BAB 11

Humor Completed 9107

Ned terkebil-kebil melihat persekitarannya yang asing. Dia lebih
terkejut bila lihat ada orang sebelah dia. Bukan seorang tapi dua.

"Alhamdulillah, sedar juga kamu."

Ned bangun macam kena letrik tapi dia terbaring semula bila dapat
dirasakan badannya sengal-sengal semuanya.

"Pelan-pelan."

Ned cuba sekali lagi bangun perlahan-lahan seperti di arahnya. Ned rasa
lega apabila ada yang boleh berbahasa yang dia paham.

Bila mata Ned tertancap pada ibu, segera badannya dijauhkan dari ibu.
Takut! Trauma!

Ayah mengalih pandang pada ibu yang memandang Ned seperti mahluk pelik.

"Ibulah ni buat budak ni takut." Keluh ayah. Ibu disebelah buat muka toya.

"Dah okey?" Ned hanya mengangguk.

"Irah?"

"Irah tak ada. Ibu kamu ni dah suruh dia pergi." Kata ayah. Ned yang
mendengar terkejut dan hampa.

Ayah perasan perubahan wajah Ned itu. "Tak apa nanti kita cari dia ye.
Tak kemana budak tu."

Ned mengangguk.

"Kamu suami Safira?" Ned mengangguk lagi. " Bila kamu nikah? Kamu ni
muslim ke?" Ned agak terkejut dengan soalan yang diberi ayah tapi dia
jawab juga dengan sopan.

"Saya muslim, kami dah nikah hampir enam bulan sudah..." Ned kemudian
mula bercerita kisah mereka sejak enam bulan yang lalu sehinggalah dia
ke mari.

Ayah hanya mendengar dengan tenang manakala ibu hanya berdiam diri
kerana tidak memahami apa yang sedang dibincangkan. Tak apa kejap lagi
tahu juga. Kata ibu dalam hati.

....

Safira sampai ke perhentian bas hampir waktu maghrib. Nasib baik abang
dah menunggu. Tapi macam biasalah dia. Nak buat Mission Impossible susah
gila nak cari dia. Bila jumpa ayat pertama dia.

"Lambat." Itu kata dia. Sakit hati. Huhu...
"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh."
"Hah...perli...perli, yalah Assalamualaikum."
"He..he suka, suka, suka." Aku dan abang mula berjalan ke arah parking.
"Jangan nak suka sangat. 'Singa of the west' dah mengamok." Wajah Safira
berubah cemberut.
"Ibu kata apa?"
"Ayat cita melayu dia biasa tengoklah."
" Hemm dah agak dah." Aku dengan abang sudah lali dengan ibu yang sering
bercakap ikut dialog drama melayu dia.
"Habis tu, sekarang ni dah jadi macam ni still tak call dia?" Saat itu
Safira sudah selesa di dalam kereta. Abang pula baru mengerakkan kereta
keluar dari kawasan parking kereta.
"Siapa?" Tanya Safira buat-buat tak tahu.
"Siapa lagi? Penyu dalam perahu, jangan buat tak tahu."
Keluhan berat dilepaskan. "Entah biarlah dia."

"Sampai bila? " Abang sudah tergeleng-geleng mendengar.

"Sampai dia ingat bini dia ni lah. /If /lah. /If /dia ingat."
"Payah masalah korang ni."
"Malas nak fikir" Tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Ned, macam mana awak sekarang , sihat ke sakit ke dia, makan tak dia,
rindu tak dia pada aku macam aku rindu dia atau dia dah tak ingat
langsung dekat aku ni.

...

Ned menghadap makanan di depan mata. Ikan goreng, nasi putih, kangkung
goreng, sup daging. Itu kata ayah. Kalau suruh dia yang namakan memang
dia tak kenallah. Setakat nasi dengan sup sahaja /substance/ yang dikenali.

Benda ini semua nampak pelik sahaja di matanya. Selama ini pun. Safira
jarang ajar dia makan benda ini semua setakat sampai nasi lemak sahaja
sesi pembelajaran makanan Malaysianya.

Dari tadi ibu hanya pandang dia tajam. Rasa takut masih tebal gerun
dengan ibu tak dapat diturnkan volumenya lagi.

Ayah sendukkan nasi putih dalam pinggan dan dihulur kepada Ned.
"Ned makan ni." Arah ibu sambil menghulur sup daging padanya.
"Hah?" Tak faham.
"Ibu suruh makan ni."
"Ohh..." Laju sahaja sup daging dicedok ke dalam pinggan. Lagi pun sup
ni tak nampak menakutkan macam yang lain. Chili...chili...cili.
Ned perhatikan kedua-dua mertuanya makan. Doa dibaca kemudian tangan
dibasuh dengan koleh air yang disediakan. Sebelum makanan dimakan
mengunakan tangan. Ned pandang tangannya kemudian yang lain. Dia kekok.
Pernah juga dia lihat Safira buat bergitu tetapi dia lebih selesa bersudu.

Ned terpinga-pinga lagi di meja makan itu. Sudu dan garfu itu yang dia
perlukan. Matanya meliar pada kawasan dapur yang tidak jauh dari situ.
Mana sudu? Hah tu dia matanya terhenti di tempat pengering pinggan.
Sudu! Bagaikan dapat nur laju bak /road runner / Ned berjalan ke arah
pengering itu. Bila dapat dia bagaikan dapat hadiah terbesar. Ned
memegang set /cutlery/ itu dengan senyuman lebar sambil berjalan ke arah
meja makan semula.

Tak menyempat duduk sahaja terus nasi dan sup di gaul. Terus masuk mulut
tanpa fikir. Belum sempat masuk anak tekak. Phuuuu.. menyebur semula
semua yang di makan. Pedas..pedas, panas.. panas lidahnya dikibas-kibas
konon boleh mengurangkan panas.

Ibu dan ayah yang melihat terlongo. Biar betol menantu mereka ni. Ned
rasa ada mata yang memandangnya. Terus merah mukanya menahan malu.
Ohhh... malunya.

"Panas...pedas." Kata Ned pada ayah.
"Memanglah pedas ni sup daging siam memang pedas. Ingatkan kamu ambil
banyak-banyak pandai makan..hem kes tak tahu rupanya." Ayah mengerling
ibu yang tersenyum-senyum. Agaknya sengaja di masak lauk ni si ibu ni.
Jelingan maut sedas dihantar pada ibu. Ibu pula membesarkan matanya berani.

"Sudah...sudah. Ibunya gorengkan telur untuk si Ned ni. Biar ayah
bersihkan meja."

Ned hanya memandang tidak tahu mahu bertidak macam mana. Satu dia tak
faham apa yang dikatakan ayah dan ibu, sebab ke-duanya dia malu sangat
sekarang ni. Boleh tak nak sorok dalam kusyen?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience