BAB 14

Humor Completed 9107

Telefon Safira berdering pagi Isnin itu. Siapa pula call ni? Tak kan kak
Zee kut. Kimi tak sihat ke nak ambil awal. Pagi itu Safira sarapan
biskut kering sahaja dengan air teh. Tak lalu nak makan benda lain. Tapi
dia teringin nak makan buah kedondong. Hem... tapi kat mana nak cari.
Ah! dekat jalan rumah abang dulu dia pernah nampak pokok itu depan salah
satu rumah di situ. Yum...yum kalau dapat makan cecah dengan garam. Um!
Terbaik.

Nanti nak suruh abang petikkanlah. Telefon masih berdering. Lupa pulak,
nak kan kedondong telefon pon lupa nak angkat. Di /screen '/Abang'. Eh
nak apa pula telefon pagi-pagi ni.

"Hello?"
"Assalamualaikum, Adik." Suara abang menjengah di talian.
"Waalaikumsalam, Kenapa call pagi-pagi ni?"
"Saja." Eh tu pulak jawapan dia. Safira berkerut kening.
"Dah makan? Hari ni okey?"
"Dah tadi. Okey macam biasalah /morning sickness/ kata/Doc masuk second
trimester baru cool down/. Inshallah." Kenapa abang pelik je hari ni..?
"/Breakfast /ape?" Eh, selalu tak tanya pun aku /breakfast/ apa? Telefon
pon selalunya bila dah tengah hari. Sebab dia kata dah dapat /update/
dari Kak Zee. Ceh, nak tanya pasal adik pun nak tanya Kak Zee. Kronik
sungguh.
"/Cream crackers/ dengan /tea/. Tu je yang mampu telan." Nak apa
sebenarnya Abang ni tak kerja dah ke? /Call/ orang pagi-pagi ni. Mata
mengeling pada Jam dapur Kak zee. Sembilan dua puluh. Bukan waktu macam
ni sepatutnya sibuk ke?

" Abang nak apa sebenarnya? Tak kerja ke? "
"Lah tanya pon salah ke tu namanya orang /take/ /care/ pasal dia,
/caring/ pasal dia. Jawapan untuk soalan tak kerja tu. Ye saya cuti hari
ini."
"Eh nape pulak?"
"Saja, penatlah dik drive dari kampung. Ni salah adiklah sape suruh
menikah jauh-jauh tak pasal abang pun terbabit masuk pulak. Nak kena
tolong jawab dekat ibu. Kasihanilah Abang mu ini."

Ish, Abang ni drama pulak dia. Asal balik kampung mula lah tersangkut
dengan ibu. Tersampok drama melayu. Hah, memandangkan abang dah call ni.
Hemm...
Safira tersenyum sendirik.

"Adik kesian sangat dekat abang jadinya adik nak bagi abang hadiah."
"Hadiah?" Teruja saja suara abang bila dengar hadiah.
"Hemm hadiahnya ialah, petikkan buah kedondong depan rumah jiran abang
tu." Hemm Safira dah terbayang-bayang buah kedondong cecah garam umm..
/Marvellous/ sungguh.
"Ceh, tu bukan hadiah tapi arahan."
" Ala.. Abang ni. Adik nak bagi hadiah anak sedara ni. Jadi beri buah
kendondong tu adik nak makan sangat ni. Cecah dengan garam sedapnyaa."
Safira terpejam-pejam membayangkan kelazatannya. Dapnya yum..yum..

"Yelah-yelah nanti abang bawakan. Nak apa-apa lagi tuan puteri?2"
"Buat masa ni tu aje. Abang cuti kan hari ni jadi hantarkan hari ni ye
kalau boleh secepat yang mungkin dah teringin sangat ni."
"Okey-okey..terok bebenor mengidamya nak hari ni juga pulak tu."
"Okey thank you, abang. Muah..muah. Bye." Talian di matikan. Huu dapat
juga aku makan hari ni. Ceria sahaja Safira lepas tu.

>,<
...

" Dah dengarkan?" Ned di sebelah dipandang Abang. Sejak lepas makan
sarapan tadi Ned dah tolong abang. Dia mahu dengar suara Safira, tu
sahaja. Soalan semua dari Ned, abang cuma tukang sampai. Teruja sungguh
Ned bila dengar suara Safira.
"Sekarang ni kita ada kerja. Jom."
"Pergi mana?"
"Mana lagi petik buah kedondong jiran selang 3 pintu dari rumah ni. Ada
permintaan mak buyong tahu."
"Hah"
"Pregnant adik. Nak makan. Buah kedondong." Kata abang satu-satu. Susah
juga dapat adik Ipar mat-cak-leh ni. Semua nak terangkan.
"Ke-don-dong? Apa tu?"
"Ni nak pergi tujuklah ni jom." Arah abang. Nathan hanya perturutkan aja.

Nathan dan abang pergi kerumah jiran abang yang digelar pak cik Salleh
itu. Bila sampai depan rumah pak cik Salleh naik pelik. Apa pasal pulak
jiran dia ni datang dengan budak orang putih ni?

Lagi pelik jadinya bila Abang mintak nak buah kedondong sikit. Bila
dicerita siapa Ned dan adiknya yang mengidamkan buah itu baru hilang
kerut dekat dahi orang tua itu. Ned pulak hanya tersenyum bila namanya
disebut-sebut. Apa yang dia faham cuma nama dia dengan nama buah itu
sahaja.

Malang betul bila ada /language barrier/ ni. Rasa macam dia tak pandai
sahaja. Dia yang dikatakan hebat oleh ramai orang di negaranya kini rasa
kerdil sahaja bila dia tak mampu untuk faham dan bertutur bahasa ibunda
isterinya itu. Betullah Allah itu maha berkuasa jadi kita jangan bongkak
dengan apa yang kita ada.

Dapat sahaja buah yang diinginkan Safira itu. Ned sibuk pula tenung
dalam plastik. Tak ada apa pun yang istimewa pon pada rupa buah ni.
Sedap sangat ke? Sampai di rumah, Abang minta ibu potongkan buah tu.
Mesti Ned nak rasa katanya pada ibu. Siap dibuang kulit ibu sedap saja
masukkan kedondong yang dipotong dalam mulut. Sedap kata ibu. Nathan
cuba ambil sikit dia ikut aja apa yang ibu buat. Tapi cepat sahaja dia
ke singki.

Masam! Ahh masam. Terkebil-kebil mata Ned. Cepat air paip dikumur. Tak
suka rasa buah ni. Pelik kenapa Safira mengidamkan buah ni. Tak sedap
bagi dia. Sudahlah masam kelat pula tu. Nampaknya dia kena belajar
banyak benda dengan Safira pasal makanan di sini.

...

Hari hampir tengah hari bayang abang tak nampak lagi. Lama sangat ke nak
ambik buah tu? Lagi pun rumah Abang bukannya jauh dari sini. Mane ni..
Hem...

Tak lama lepas tu Safira nampak kereta abang berhenti depan rumah. Laju
sahaja pintu dibuka sambil tangan membetulkan tudung express yang
dipakainya. Hemm buah kedondong bestnya. Seronok sungguh Safira dibuatnya.

Abang turun lenggang kangkung ke arahnya. Mana pula buah yang dipesan?
Tangan abang kosong je. Mukanya sudah berubah berkerut. Tak ada ke?
Jiran abang tu tak bagi ambil ke. Alah... muka Safira berubah hampa.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam, mana kedondong adik? Jiran abang tak bagi ambik ke?"
Abang tergeleng-geleng, Hish budak ini tidak menyabar. Semua orang
mengandung macam ni ke?

"Adalah. Risau sangat kenapa? Tak ke mana buah tu. Adik, abang nak cakap
cikit ni."
"Apa?" Safira sudah terjengah-jengah dibelakang abang. Macam boleh
nampak buah yang diinginkan. Eh macam ada orang je dalam kereta tu.

"Duduk diam-diamlah, nak cakap pun tak senang." Marah Abang.

Safira terdiam, dia pandang muka abang khusyuk. Harapnya dia dapatlah
plastik yang penoh dengan kedondong lepas ni.

"Abang ada surprise ni untuk adik."
"Surprise? Surprise apa?" Tanya Safira pelik. /Surprise/ kebendanya
tengah-tengah hari ni?

"/Surprise/ lah. Jom ikut abang." Tangan Safira sudah ditarik.
"Lepas /surprise/ ni dapat buah tak?" Tanya Safira polos.
" Dapat, dapat lebih lagi." Safira berkerut mendengar kata-kata abang itu.
"Jom." Tangannya ditarik lagi.

Safira ikut sahaja abang ke keretanya. Surprise apa entah abang ni
jangan-jangan ibu kot. Safira sudah membesarkan mata. Oh /no/! mesti ibu
akan bebelkan dia nanti. Safira asik mengelamun tentang ibu sampai dia
tak perasan ada orang sudah berdiri di depan dia.

Safira terperasan plastik merah di depannya. Kedondong..hemm. Terus dia
rasa seronok. Suka, suka, suka. Ada juga kedondong ni.

"Abang..." Ayat Safira terhenti. Wajahnya terus berubah riak. Apa ni?
Safira mengigit bibir. Matanya sudah panas. Bibirnya diketap sekuat
mungkin menahan tangis. Rasa sedih di dalam hati buatkan dia rasa sesak
dada. Terus kakinya dihayun berpusing masuk ke rumah semula.

Nathan terkedu. Dia tak sangka itu reaksi yang dia dapat. Hatinya rasa
sakit sangat. Matanya mula bergenang. "/Baby/." Panggil Nathan perlahan.

Tiba-tiba sahaja Safira berhenti di tengah-tengah /porch/. Abang pandang
Safira pelik. Bukan tadi nak merajuk sangat ke? Safira pusing. Laju
sahaja dia jalan ke arah Ned. Ned juga turut pelik dengan tingkah Safira
itu.

Plastik merah berisi buah kedondong itu di tarik kasar dari tangan Ned.
Ned terkejut. Besar matanya. Safira kemudian buat muka menyampah sambil
berpaling muka ke kanan. Huh... eksyen sungguh gayanya sebelum jalan
semula masuk ke dalam rumah. Sebelum masuk dia berhenti di sebelah abang.

" Terima kasih daun keladi, jangan bawak dia lagi!" Kata Safira sebelum
masuk ke dalam rumah.

" Allah, adik aku ni. " Abang menepuk dahi kemudian memandang Ned yang
terpinga-pinga. Bila mata mereka bergabung kedua-duanya bantai gelak di
hadapan rumah itu. Safira...Safira...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience