BAB 23

Humor Completed 9107

ed pusing keliling taman mencari Safira. Bila jumpa, dia nampak Safira
sedang duduk di bangku dengan muka masam mencuka. Mogok dengan Ned.

"Jumpa pun." Bahu Safira dipaut. Lega Ned akhirnya jumpa juga.

Safira monyok malas nak layan. Safira buat muka toya tak layan.

Masih ingat peristiwa hari itu dengan insiden tadi. Tak kenalkan dia
pun. Sakit hati. Rasanya kalau perempuan lain pun merajuk.

"Saya ada buat salah ke?"

Cheh, mamat ni baru nak tanya dari tadi aku mogok cakap. Dia baru nak
tanya. Soalan mintak kena ketam. Haram punya laki! Hish.

Ned tak paham apa salah dia. Ned buat muka blur sebab dia memang blur.
Tak tahu kenapa Safira merajuk.

Orang lelaki ni memang macam ini ke? Lambat tangkap bila kita marah.
Patutlah Nabi suruh kita diam kalau kita marah.

Tapi yang ini rasanya terlebih lambat tangkap. Nak tak nak kena
humbankan rasa ni kalau tak bengkak bernanah lah kat dalam tu.

Ned duduk sebelah Safira cuba berfikir semula apa salah dia. Dari tadi
Safira macam air batu. Keras kejung tak ada senyuman. Dia teringat kata
kawan dia tadi.

'/Komunikasi yang baik itu yang apa satu-satu hubungan perlu'/

Tak sempat Ned nak buat soalan. Safira sudah mula bercakap...

"Jangan buat isyarat tu lagi" Safira angkat jari telunjuknya tanda 1.

"Hah? Tak faham."

"/Habit/ awak tulah buat kita gaduh." Terang Safira.

"Kita gaduh sebab tu ke?" Berkerut dahi Ned. Rasanya sebab lain kot.

Safira luku pipi Ned. Lepas tu dicubit pula. Geram betul dengan Ned ni..huh!

Ned mengusap-usap pipinya, sakit. Dia buat muka comel mintak simpati.
Safira keraskan diri takut cair.

"Salah satu sebab. Setiap kali awak jawab /call/ kerja. Tanda 1 saat tu
akan naik. Lepas tu bila benda tu penting sangat terus lupa saya."
Terang Safira.

Ned terdiam sekejap. Dia tak perasan. Bila kita buat sesuatu tu
berkali-kali kita tak akan perasan dah.

Tangan Safira ditarik. "Ned akan cuba ubah ye."

Perlahan-lahan jari Safira diusap. Ned merenung Safira di sebelah yang
sedari tadi hanya menghadap ke hadapan. Dagu Safira pula dipaut dibawa
memandang ke arahnya.

"Ned janji." Tangan kirinya diangkat. Safira mengangguk.

"Sebab yang kita gaduh tu. Ned rasa tu cuma salah faham." Ned kata
perlahan-lahan.

"Apa? Salah faham? Tak dia bukan salah faham. Awak suruh saya keluar
intonasi awak masa tu. /'Get lost! I don't want to see you.'/ Yang macam
tu salah faham?" ­­­­Safira sudah berdiri. Geram sungguh dia dengan Ned
sekarang ni.

Ned pandang kiri kanan takut kalau ada orang lalu. Nasib baik kedudukan
mereka tersorok dari orang.

"Masa tu Ned suruh keluar sebab projek ada masalah besar. Ned tengah
kusut. Perlukan ruang untuk berfikir. Ned maksudkan keluar dari bilik
tu... bukannya keluar dari rumah..." Ucap Ned perlahan.
"Tak, intonasi dengan cara awak masa tu tak tunjuk macam tu. Intonasi
awak masa itu memang akan buat orang kecik hati dan buat orang faham
yang awak tak nak tengok muka saya yang cukup comel ni lagi, tahu tak?"
Ira bercekak pinggang dalam keadaan duduk. Suaranya pun kendur sahaja
tidak menjerit macam hatinya.

Kata-kata Safira buat Ned berfikir. Betul kata Safira, intonasi dan cara
tu penting.

"Ira, Ned minta maaf. Tolonglah maafkan Ned. Lagi satu tentang hari
graduasi. Ned minta maaf sebab tak datang. Memang Ned salah. Ned lupa
sebab terlalu gila kerja sampai lupa Ira. Maafkan Ned. "

Giliran Safira pula terdiam. Sampai bila aku nak marah. Lama-lama marah
pun tak bagus. Ned kan dah cuba usaha baikkan hubungan kami. Dia pun dah
minta maaf. Apa lagi aku nak pukul bantai dia. Tak akanlah! Tak masuk
syurga nanti.

Safira mengerling Ned yang berwajah sugul. Ned risau kalau Safira tak
dapatkan maafkan dia, itu aja.

Safira menghadap Ned. " Okey. Ira maafkan tapi sekali ni je. Tak nak
gaduh besar-besar lagi. Tapi Ned kena janji. Jangan terlau pentingkan
kerja. Kita dah nak ada baby, kena fikir tu juga." Safira mengusap perutnya.

"Terima kasih, baby. Ned janji sepenuh hati." Ned kata
bersungguh-sungguh sambil memegang jantungnya.

"Okey, pinkypromise." Jari kelengkeng mereka disatukan.
Kedua-duanya tersenyum bahagia. Safira tarik tangan Ned dan dikucup.
Perlakuan itu buat senyum Ned lagi melebar.

...

Hari untuk kami pulang pun tiba. Semua orang hantar kami balik termasuk
Kak Zee dengan Kimi. Lepas ni mesti rindu dekat diaorang semua. Tahun
depan baru dapat jumpa balik. Next year tambah lagi chorum. InshaAllah.

Ibu biasalah..keluar semua ayat drama 'Akasia' dia. Sambil
nangis-nangis. Aku pun sedih juga tapi tahan aje. Hehe. Lagi pun ibu
dengan ayah dah janji nak pergi sana nanti masa aku bersalin. Jadinya
tak lama lagi jumpa lagi mereka semua ni. Bahagia aje rasanya.

Ayah pula gosok kepala aku lepas tu suruh jaga diri dengan cucu dia
dalam perut. Dah lama ayah tak gosok kepala aku. Ayah, adik akan rindu
ayah sangat-sangat.

Lepas tu Ned kena kuliah sikit dengan ayah subjek hal rumahtangga. Tapi
sempat lagi kena perli. Jangan biarkan budak ni lari rumah lagi. Bila
fikir balik comel aje ibu dengan ayah aku ni. Risau sangat dekat aku ni.
Terharunya.

Tang abang biasalah kuat menyakat tak berhabis. Tapi kali ni ada back
up. Kena pulas dengan ibu. Padan muka. Ayah siap kata.

'Sudah-sudahlah nyakat adik tu. Budak tu dah nak balik dah."

Sayang ayah dengan ibu banyak-banyak. Aku dengan ayah siap laga tangan.
Pakatan berjayalah katakan.

Ned pula suruh semua orang doakan dia. Suruh dia cepat-cepat dapat
belajar bahasa Melayu. Jadinya dia boleh faham apa semua orang cakap.
Paling penting tak tertinggal bas selalu. Ibu pun tak susah nak cakap
dengan dia. Ceh..nak ambik hati ibulah tu.

...

Dalam kapal terbang.

"Sedih ke?" Tanya Ned.

Terus kena ketam berbisa luar biasa. Menyeringai Ned dibuatnya, menahan
sakit. Ada ke tanya soalan macam tu kan dah kena. Mestilah sedih, tak
perlu tanya. Pipi Ned pula jadi sasaran kena tarik.

"Baby, sakitlah." Ned gosok pipi. Pakkal lah sayang dekat dia ni.
Merah pipi dia dibuatnya.

"Kalau Ned bagi tinggal dekat sini. Ira nak tak?"

Ira geleng kepala dengan yakin nya. 'NO!'

"Kenapa tanya macam tu? Dah tak sayang dekat Ira ke? X sayang dekat
baby ke?" Ira dah mula sedih. Nathan kenapa, dah tak nak dia ke?
Safira sudah fikir bukan-bukan.

"Safira, Janganlah nangis. Ned tak maksudkan macam tu." Ned panik.

"Habis tu?"

"Ned tanya bukan sebab Ned tak sayang. Tapi sebab cintakan Ira
sangat-sangat. Ned tak nak Ira menangis."

/Ira terharu. " Tapi Ned, Ira lagi sedih kalau Ned tinggalkan dekat
sini." Safira usap perut dia. "Baby pun nanti sedih. Sudahlah mengandung
tapi hubby tak ada. Mana lagi sedih?" Safira bungkam.

"Baby janganlah menangis macam ini. Ned minta maaf. Tak tanya lagi
soalan macam tu. Janji." Tangan Safira dipegang kejap. Wajah Safira pula
dipandang tidak lepas.

"Ira akan sentiasa ada dekat mana Ned ada." Kata Safira sambil tersenyum.

Ned rasa sangat terharu, dia juga ikut tersenyum sama. Dia berterima
kasih sebab Allah pinjamkan dia wanita bak bidadari yang sangat
sayangkan dia.

"I Love You" kata Ned.

"Me too" Balas Safira malu-malu.

"Baby, bahagia?"

‘’Selalu and harap untuk selamanya..’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience