BAB 7

Humor Completed 9107

Ned menarik nafas lega masalah yang dihadapinya sejak beberapa
hari lepas akhirnya dapat diselesaikan juga. Hari ini dia perlu
ke /head office/. Untuk bertemu dengan pekerja. Matanya
dialihkan pada satu sudut bilik kerja yang dipenuhi dengan
gambar-gambar kenangan dia bersama keluarga.

Matanya tertancap pada gambar dia dengan Safira yang tersenyum
gembira. Dia turut tersenyum mengingati kenangan mereka.

/"Safira jom selfie?"/

/"Hah? selfie dekat sini?" Mata Safira memandang sekeliling
mereka yang agak sibuk dengan orang./

/"Aha.."/

/"Perlu ke?" Safira ini memang perlu paksa ke untuk buat
sesuatu. Apa ye ayat nak bagi./

/"Perlu...sangat perlu, ini kan First Date kita jadi kita akan
ingat selalu gambar ni."/

/Balasan yang aku dapat adalah senyuman dia yang paling
sweet. Gambar candid yang hanya menampakkan separuh muka aku
yang tersenyum lebar kepadanya./

/Tapi bila balik dia yang sibuk nak print dan letakkan gambar
ni dekat sini./ /Katanya gambar ni comel sangat./

Senyuman Ned mati apabila teringat yang beberapa hari lepas
dia juga telah memarahi Safira tanpa sebab. Tiba-tiba sahaja
rasa rindu teramat pada isterinya. Dia mesti tengah marah
dekat aku sekarang ini. Kalendar yang berada di atas meja ditatap.

Alamak, masuk hari ini telah dua hari sepatutnya penerbangan
mereka terlepas untuk balik ke negara Safira. Dia akan mati
dikerjakan isterinya. Hari graduasi isterinya juga dia sudah
terlupa. Hatinya diterjah dengan rasa bersalah. Ya Allah apa
dah aku buat ni. Dia perlu cari Safira sekarang.

...

"Mummy."

"Hemm..." Mrs.Wilcott layan endah tak endah sahaja anaknya yang
satu itu.

"Mum, mana Safira?"

"Entah." Jawapan yang buat Nathan rasa gundah tidak tentu
arah. Sudah satu rumah dia pusing mencari isteri dia yang satu
itu. Tidak jumpa juga. Mungkin keluar.

"Tahu dia pergi mana?"

"Mummy bukan suami dia mana lah mummy tahu." Jawapan Mummy
buat dia rasa pelik.

"Hah, Ned tak faham. Mana Safira?"

"Kamu fikir sendiri apa yang kamu cakap dengan dia hari tu.
Pandai-pandai kamu selesaikan sendirik. Kamu yang carik masalah."
Mrs.Wilcott terus angkat kaki tinggalkan Ned terpinga-pinga
dengan rasa geram terhadap anaknya yang tak reti menjaga hati
orang lain.

Ned tertanya-tanya apa yang dia buat hari tu.

/"Graduation...Graduation...Graduation! Benda tu tak sepenting
kerja saya ni awak tahu tak! Rimaslah saya dengar. Tolong
jangan cakap apa-apa lagi. Menganggu orang sahaja tahu. Awak
tahu tak saya tengah pening sekarang ni! Keluar sekarang!
Keluar dari sini!"/

Ya Allah, aku tak bermaksud macam tu pun. Aku cuma nak ruang
selesaikan masalah kerja. Tapi disebabkan marahnya yang satu itu
Safira juga terkena tempiasnya. Sekarang ini dia mesti sudah
tersalah anggap yang aku menghalau dia dari sini. Ned mengeluh
lemah.

Ned merebahkan diri pada kerusi kesukaan Safira. Kerusi zaman
Victoria yang sering menjadi tempat lepak Safira. Cukuplah hanya
dapat duduk di tempat kesukaannya untuk melepaskan sedikit rindu
padanya.

"Baby..maafkan Ned." Ned menarik nafas sedalam-dalamnya kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience