BAB 15

Humor Completed 9107

Sejak siang sampai ke petang Safira tak habis dengan kedondong cecah
garam dia. Kimi yang dia dah ambil petang tadi juga tak dapat mengalih
perhatian dia dari mengunyah buah itu.

Bunyi kereta masuk ke porch. Kimi sudah terjerit-jerit kesukaan. Mama
dah balik sukalah budak tu. Kak Zee beri salam. Safira jawab dalam hati
sahaja. Mulutnya penuh mengunyah. Kak Zee perhatikan sahaja Safira yang
bahagia sahaja makan tak pedulikan dia. Lepas satu.. satu masuk kedalam
mulutnya. Yum...yum dap nye.

Selepas maghrib Safira turun ke dapur.

"Kak Zee masak apa?" Ramah Safira bertanya kepada Kak Zee yang sibuk
mengupas bawang di meja makan.

"Nak buat sup aja. Buat apa tu?" Safira mengambil plastik berisi
kedondong selepas tu cari pisau pula. Bahan-bahan itu diletak atas meja.
Piring kecil dicapai diisi dengan sedikit garam.

"Nak makan kedondong ni kak. Akak nak?" Bila selesai ada semua yang
diinginkan barulah dia duduk.

"Sedap buahnya?" Tanya Kak Zee bila tengok Safira sudah mula menyuap.

"Hemm...dap."

"Mana dapat?"

" Rumah abang, jiran dia ada pokok, nasib baik pak cik tu nak bagi sikit
kalau tak kempunanlah Ira."

"Siapa hantar?" Tanya Kak Zee pulak.

"Abang..." Jawab Safira.

"Siapa hantar?" Tanyanya lagi.

"Abang.."

"Ye ke?" Safira mengerut muka. Kak Zee ni tanya soalan...Ke Kak Zee dah
tahu?

"Akak dah tahu kan?" Kak Zee senyum senget.

"Ingatkan tadi dah balik. Tapi tak ada pula Ira call. Dia dah datang,
Ira tak nak balik ke?"

"Dia, siapa?"

"Aduhai." Keluh Kak Zee. " Ira tak baik tahu buat macam ni. Dia
jauh-jauh datang cari Ira. Tak nak balik juga."

"Tak mahulah. Nanti dia buat lagi. Ira macam mana..?"

" Ira tak baik tahu cakap macam tu. Ira nak bercerai ke?"

Mata Safira membesar mendengar ayat cerai itu. Tak pernah lagi dia
berfikir ke arah itu. "Taklah kak, nak merajuk sikit je lagi."

Kak Zee pandang dia tajam. Terkulat-kulat dia dibuatnya tapi tangan
masih mencecah buah ke garam, mulut pula masih asik menguyah. Tembamlah
dia macam ni.

"Safira... Kak Zee nasihat ni jangan marah ye. Akak cuma nak kamu
bahagia sahaja. Tengok macam akak ni suami tiada. Anak seorang pun tak
sempat kenal ayah dia. Takkanlah kamu nak anak kamu tak kenal ayah dia.
Sedangkan dia dipisahkan, tak macam Kimi yang tak ada choice untuk ada
atau tiada." Kak Zee sudah letak pisau ke tepi.

"Kamu tak rindu pada Ned ke? Akak ni walaupun suami akak sudah beberapa
tahun juga dia tak ada, akak tetap rindu. Inikan pula yang masih hidup
ni. Akak dah tak dapat peluang tu. Ira janganlah sia-siakan Ned tu."

Safira diam. Mestilah dia rindukan Ned. Sangat rindu. Macam mana dia nak
lupa Ned. Ned walaupun dia buat Safira macam tu. Tapi tak kan dia nak
salahkan Ned cuma pada satu kesalahan yang dibuat. Tapi itu kan cabaran
dalam rumah tangga. Ada pasang surutnya. Tapi dia still mengada-ngada.
Saja nak tengok Ned sanggup pujuk dia sampai bila. Habis kalau dia tak
pujuk macam mana? Kira kemudianlah tu hemm.

Akak..Ira nak gedik sikit je lagi. Harapnya ada lah yang nak pujuk.

...

Seharian Safira berfikir. Nak balik ke tak? Nak ke tak? Ayat yang sama
dah berkali-kali main dalam kepalanya. Tapi tak ada juga keputusan.

Petang itu Safira bawa Kimi ke taman hampir dengan rumah Kak Zee.
Harapnya dapatlah dia berfikir. Tapi sampai ke balik tak ada jawapan.
Matanya beralih ke arah orang yang lalu lalang. Kebanyakannya bawa beg
plastik. Oh ye hari ni kan ada pasar malam dekat-dekat sini. Terus
teringatkan mertabak. Sedap juga kalau dapat mertabak ni. Kalau mintak
dekat abang. Untung-untung dapat jumpa dengan Ned. Hemm best-best idea tu.

Nombor abang di cari. Hantar /message/ je lah. Malas nak layan loyar
buruk dia tu.

/'Nak pesan mertabak, beli hantarkan ye. Terima kasih.'/

Telefon di tangan dipegang takut tak sedar/message /masuk nanti.

Safira pandang Kimi yang bermain gelongsor tak jauh dari /swing/ yang
didudukinya. Tangannya dilambai pada Kimi yang sibuk bermain. Telefonnya
bergegar.

/'Tahu mengarah aja, nanti bayar! Abang hantar malam karang.'/

Safira tersenyum. suka hatilah nak loyar buruk sekalipon. Abang memang best.

...

Malam tu Ira dah tunggu dekat tempat letak kereta. Tadi abang mesej dia
kata lepas mahgrib dia sampai. Jadi sejak habis solat tadi dia sudah
menunggu. Kak Zee sudah bising suruh masuk tapi Safira degil juga. Dia
buat tak tahu sahaja. Nak juga tunggu kat luar. Nak sangat jumpa abang
gayanya macam semalam tak jumpa.

Bunyi kereta abang dari jauh sudah dikenali. Safira cepat-cepat
buat-buat duduk dekat kerusi kayu depan rumah tu. Konon-konon ambil
angin. Hish kalau dah rindu tu cakap aja rindu ape susah..

"Assalamualaikum."

Safira dapat cam suara Ned. Hati dah melonjak suka. Ira control senyum
tu. Bahaya kalau dia nampak. Habis kantoi dah tak marah nanti.
Lambat-lambat sahaja salam Ned dijawab.

Ned senyum. Tenang hati dia tengok Safira sihat. Terubat sikit rindu
dia. Petang tadi abang sudah telefon suruh siap. Bila ditanya kenapa
katanya nak pergi pasar malam apa tu pon dia tak tahu. Tapi bila dikata
Safira mahu makan. Tahulah dia tempat tu ada makanan. Sekarang dia dah
jumpa Safira jadi dia puas hati.

Bila abang suruh dia yang beri makanan pada Safira. Mulanya dia
mengerling takut Safira marah. Tapi abang kata.

/"Bukan abang yang dia nak jumpa. So silakan, orangnya dah tunggu depan
tu pon."/

"Makanan awak."

"Terima kasih."

"/Baby/ sihat?"

"Okey." Aduhai main balas satu dua ayat pulak. Nak kata kekok adalah
sikit kot. Yelah kali pertama gaduh. Besor pulak tu. Hemm.

"Okey saya balik dulu, saya ada letak sesuatu dalam tu. Baca ye."

Safira diamkan diri. Tak tahu nak kata apa. Terasa pipinya disentuh.
Safira terkebil-kebil. Pipinya diusap lembut Ned.'

"Rindu nak buat macam ni." Tangannya dilepaskan. "Bye." Ned melambai
sebelum hilang ke dalam kereta.

Safira jalan masuk ke rumah terkebil-kebil terkejut dengan Ned tadi.
Pipinya disentuh. Bahagia aja dia rasa..hemm...

Tadi macam dia kata ada something dalam ni apa ye? Plastik tu dibelek.

' Tolong telefon Ned. Rindu dekat baby. 018-7788787

Safira tersenyum. Nanti akan di telefon nombor ni lepas dia makan
mertabak ni. Hemm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience