BAB 16

Humor Completed 9107

Skrin telefon ditelek. Hemm susah betul phone tak cukup canggih ni.
Phone yang canggih sengaja ditinggalkan konon merajuk sangat. Nombor
yang dekat sana pula tak boleh pakai kat sini.

Nombor Ned dipandang sepi. Nak call ke tak nak? Call ke tak nak?
Mesej ajalah. Handphone dia bergegar.
'Sedap murtabak?'

Eh sape ni? Kening Safira terjongket sebelah. Ned ke? Mana kertas, mana
kertas? Kertas! Ada pon! Cepat sahaja tangannya mencapai kertas
bertulisan tangan Ned tu. Mata fokus pada nombor pada telefon. Yup
betol tepat sekali rasa macam menang loteri...

Sedap mertabak? Sedap sangat awak sebab awak yang hantar. Ahhhh...
Safira ketawa sendirik. Hehe nak balas ape ye? Hemm. Safira mengusap dagu.

'Bolehlah, tak sedap mana pun' jual mahal sangat.

'Habis tak?' Tanya Ned.

'Licin' Jawabnya senang.

'sedaplah maknanya..’

Ceh! Ada ke tanya macam tuh, lepas tu jawab macam tuh.

'Whatever'

'Aik merajuk ke' Dah tahu tanya. Luku baru tahu.

'Taklah happy sangat!'

'Janganlah marah-marah, kita baru nak berbaik ' Text Ned semula.

'Sapa kata dah baik?!'

'Okey. Esok nak apa-apa?'

'Belomlagi. Esoknanti beritahu.'

Okay I’ll see you tomorrow . Goodnightbaby.'

'Night!'

...

'Ned, ari ni nak makan sup sayur sahaja.'

Pagi-pagi Ned dah dapat mesej dari Safira. Masa sarapan pagi mesej masuk
dia sudah tersenyum-senyum sendirik. Ibu pandang Ned. Ayah dicuit .
'Tanya' suruh ibu.

" Ned, siapa tu?"

" Safira mintak makanan lagi."

" Asik makan aja makin berisi lah budak sorang tu." Ned senyum sahaja
mendengar. Dia tak kisah Safira nak makan apa selagi dia boleh penuhi
dia akan sediakan. Setakat berisi sedikit tak apa dia lagi suka.

Ibu krik..krik tak paham. Ayah dicuit lagi suruh alih bahasa. Susah
betul dapat menantu mat salleh ni rupanya. Susah nak cakap.

'Sup tu nak yang buatan tangan! Tak nak beli!'

Mesej arahan diterima lagi dari Safira. Okeylah baby ape-ape pon okey je.

"Ayah, Safira nak makan sup sayur. Tapi dia nak yang masak sendirik."

Mata ayah membulat ada-ada aja si Safira ni. Nak membuli si Ned ni agaknya.

"Ibunya, Ira nak makan sup sayur nanti masakkan." Ibu angkat wajah dari
pinggan. Sup sayur pon boleh nak dingidamkan budak seorang ni. Ada-ada
sahaja. Ibu angguk setuju.

"Nanti ibu buat. Ned hantar." Ned senyum.

‘Okay nanti Ned hantar, sabar okay..’

Hari-hari seterusnya Safira minta juga makanan. Ned tetap turutkan
sampailah Safira minta nak makan lemak daging salai yang Ned masak. Ned
terlongo. Apa tu? Lauk tu bentuk macam mana pon dia tak tahu. Daging
salai kata ayah sini susah nak jumpa. Macam mana ni? Abang pon pening
kepala dibuatnya.

Tiga hari Ned diamkan diri. Mencari daging salai Safira. Tiga hari juga
Ned tak datang ke rumah Kak Zee. Safira tercari-cari Ned. Handphone
pon tak ada bunyi ping pong ping.

Mana Ned ni? Senyap aja. Risau tau tak. Rindu dah ni.

‘Ned awak kat mana?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience