BAB 3

Humor Completed 9107

Kotak sederhana besar dan bag galas merahnya penuh berisi keperluan
dibawa ke dalam bilik Ned. Safira terhenti di pintu dengan
barang-barangnya. Nak masuk sahaja ke? Pintu bilik yang terbuka luas itu
dipandang sepi.

Dari dalam Ned memerhatikan Safira yang berdiri bak jeneral di hadapan
biliknya. Budak ini kalau aku tak tarik agaknya mengeraslah dia depan
pintu tu.

"Safira, jom." Tiba-tiba sahaja Ned muncul terus menarik tangannya ke
/walk in closet/ dia. Peh..besarnya tempat letak baju dia. Bilik
sederhana besar itu dipenuhi dengan baju dan aksesori. Besar bapak
wow...huh barang aku sikit je bagi aku satu almari kecik pon dah cukup.

"/Come/" Tangan Safira ditarik ke penjuru bilik. " Okey sini /your side/
jadinya baju semua boleh letak dekat sini." Beg galas merah Safira
diletak ke bawah. "Kalau tak cukup /hang / saja baju dekat almari baju
saya." Tangan Safira di capai semula ditarik ke ruang tidur. " Buku and
yang lain-lain boleh letak dekat rak buku tepi tingkap ni." Safira hanya
mengganguk tanda faham. Kotak sederhana yang berisi buku dicapai Ned.
Buku-buku di dalamnya dicapai Ned dan disusun dalam rak.

"Apa awak buat ni?"
"Kemas"

"Kenapa? Tinggal sahaja dekat situ nanti saya kemas."

"It's okey, Mengemas kan salah satu tanggungjawab suami juga." Ned
tersenyum kepadanya sebelum teruskan kerjanya.

Safira tak terkata apa terkedu. Manisnya seyuman dia. Ahhhh... Ira
bertenang... bertenang. Dia hanya berdiri di sisi Ned tak bergerak.

"Ira?" Ned memandang dirinya di sisi.

"huh.. oh... aa saya nak ambil barang lagi" Safira laju saja berjalan
keluar.

Nad tersenyum sendiri. Comelnya dia.

....

"Ira...jom tidur." Ned menyentuh bahu dia terkejut mak /I/ dibuatnya.
Dari tadi lagi dia perhatikan Ned yang sedang membaca di kerusi depannya
dengan harapan dia akan tidur dulu. Kemudian dia nak kuak lentang dekat
sofa /love site / itu. Adeh tak kesampaian leh gayenya macam ni.

" Tak pe tidur dulu.. nak habiskan buku ni.." buku kecil di tangan
diselak- selak tanpa tujuan.

" Apa yang best sangat buku terbalik ni? Dah dekat sejam awak baca."
mata Safira membesar. Apenye terbalik? Matanya tertancap pada buku di
tangan. Kau ni Ira buat malu kaum sungguhlah... dah kantoi. Malu o meter
tolonglah turun.

"Jom tidur.." ajak Ned sekali lagi.

"Eh..em awak tidur dululah saya nak habiskan benda ni." buku terbalik di
tangan dikibarkan ke arah Ned.

"Buku terbalik ni?"

"Buku ni memang terbaliklah." /best/ kan jawapan aku. Memang wujud
sahaja buku terbalik tapi bukan yang ni lah.

"Bawak sini buku tu"

" Eh nak buat apa?"

"Nak tengoklah...menarik ni." Kata Ned sambil memegang dagunya.

" Eh tak payahlah." Safira besarkan matanya. Hadoi ai.. dia nak tengok
pulak. Ish... pak cik seorang ini.

"Kenapa?" Kenapa dia tanya? Dah sah-sah aku menipu tak payahlah nak
kantoikan. Heh!

"Iyalah, saya tidur sekarang ni! /Satisfied/?"

"Very." kata Ned sambil tersenyum. Berjaya juga akhirnya. Kalau tak
dipaksa entah dekat mana dia lelap nanti.

Dengan rasa tak puas hati laju saja jalannya. Selimut tebal yang
membaluti katil ditarik kasar. Safira terus baringkan diri dan
diselimutkan satu badannya sambil menghadap ke kiri.

Ned hanya menggelengkan kepala apelah nasib dapat bini macam dia ini.

Ned siapkan diri untuk tidur lampu bilik ditutup dan selimut ditarik
sedikit. Matanya tertacap pada Safira yang mengeraskan diri di satu
sudut. Hem.. lantaklah dia nak kata apa nanti pandailah aku jawab.
Badannya didekatkan ke Ira. Tangannya pula selamba memeluk Safira
ketat-ketat.

Safira yang tersedar akan perbuatan Nathan itu terus berpaling menghadapnya.

"Awak buat apa ni?"

"Tidur." mata Ned tertutup rapat macam tiada apa.

Safira tak puas hati. "Awak lepaslah."

"Tak mahu"
"Awak..." suaranya sudah mula meregek.

"Awak kata nak kenal saya, jadinya inilah /first/ /step/ untuk kita
berkenalan."

"Dengan peluk saya?"

"Yup" kata Ned mudah. "Lagi pun dengan saya buat macam ni saya boleh
dengar awak bercakap... kalau tak macam ade diamond dalam mulut tuh."
Safira tersedar sesuatu sejak makan pagi tadi dan mengemas dia tidak
bercakap sangat hanya Ned yang bercerita itu ini.

"Awak nak tau apa?" Ayat itu tak disangka keluar dari mulut Safira oleh Ned.

"Anything pasal awak, parent, rumah, kampung, hidup awak. Saya nak kenal
awak jadi senang untuk saya sayang awak lebih lagi dari dulu."

"Hah! awak sayang saya?" Safira terkejut sampai nak terbangun tapi
pelukan kemas Ned menghalangnya.

" Mestilah awak isteri saya. Sebenarnya dari dulu lagi saya nak buat
macam ni tapi awak bukan milik saya jadi mana boleh."

Safira yang mendengar jadi terharu sangat. Sweetnya Dia.

" Awak ceritalah apa-apa..saya nak dengar." Kata Ned lagi.

"Apa-apa cerita je ye...?,"

"yup"

"Okeylah..saya dulukan..hem apa ya...hah..."

Malam itu kami berbual panjang sampai bila tertidur pon tak sedar dari
cerita ibuku yang garang macam dalam cerita 'Ibu Mertuaku' itu sehingga
ke cinta pertama yang tak kesampaian. Kami bergelak ketawa sakan macam
aku dah kenal dia sangat lama. Malam tu kami tidur dengan rasa happy
yang mengebu. Itulah permulaan dia jadi cinta hatiku. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience