BAB 6

Humor Completed 9107

Saat ini Safira sangat memerlukan Ned. Dia sudah penat terbongkok-
bongkok di toilet. Habis segala makan malamnya keluar semula. Rasa
seperti mahu pengsan. Keletihan, badan rasa longlai dan layu.

Safira teringat akan kata-kata ayah tadi pagi. Air sembahyang diambil
untuk menunaikan solat dan memohon kepadaNya kekuatan buat dirinya.

Sesudah solat Safira pergi ke bilik kerja Nathan. Harapnya dapat dia
berbual dengan Ned walau sekejap. Dapatlah dia leraikan rindu pada Ned.
Pintu bilik itu diketuk sekejap. Tiada balas. Tombol pintu di pusing
perlahan tidak berkunci.

Ned masih di kerusinya seperti hari-hari yang lepas. Komputer
mengelilingi dirinya. Apa entah perlunya komputer sebanyak itu untuk
satu orang. Dia tak faham jadi buat tak endah sahajalah bukan bidang
kerjanya pun.

"Ned..." Panggilnya perlahan. Sejak beberapa hari ini panggilan sayang
buat Ned bagaikan hilang dari lidahnya. Mungkin sebab hati dia sakit.
Ned hanya buat tidak endah, hanya matanya sahaja bergerak melihat ke
arah Safira menandakan dia tahu Safira berdiri di situ. Tangannya
kembali ligat pada keyboard tak henti.

Safira mengigit bibir. Macam-macam rasa ada. Rasa macam nak keluar dari
situ pun ada tapi bila lagi dia nak cakap dengan Nathan. Graduation dia
lusa lepas tu dua hari lagi sepatutnya dia balik ke kampungnya. Jadi ke?
Atau Ned dah tak ingat. Adanya tiket kapal terbang tak bermaksud pasti
akan balik.

"Ned pasal Graduation tu.."

"Kejap.." arah Ned apabila telefon berbunyi. Headphone di kepala ditekan
sebelum talian tersambung. Tangannya turut diangkat tanda sesaat.

Bencinya aku pada isyarat satu saat itu. Hari ni pun akan jadi macam
hari-hari yang lain ke? Aku yang menunggu dia yang tak endahkan diri
aku. Safira hanya memerhatikan wajah Ned yang berubah riak tiba-tiba
sebelum dia mula marah- marah pada orang di talian sebelah sana. Safira
rasa kecut tapi dia still berdiri di situ. Tak pernah lagi dia lihat Ned
yang marah sehingga merah mukanya. Betul ke apa yang aku nak buat ni?
Fikir sekarang Ira cepat blah atau tak... blah or tak..

"Nak apa?" Safira terkejut disergah Ned.

"Emm.." Mata Ned yang macam berapi buat Safira rasa terbakar.

"What?" Tanya Ned lagi.

"Graduation tinggal lagi..."

"Graduation...Graduation...Graduation! Benda tu tak sepenting kerja saya
ni awak tahu tak! Rimaslah saya dengar. Tolong jangan cakap apa-apa
lagi. Menganggu orang sahaja tahu. Awak tahu tak saya tengah pening
sekarang ni! Keluar sekarang! Keluar dari sini!" Nathan menghalau Safira
sekeras-kerasnya.

Ned yang marah meluap-luap padanya hilang apabila telefon berdering
semula. Tangannya mula laju menaip pada keyboard dan tumpuannya jatuh
terus pada skrin. Tidak mengendahkan Safira yang mengetap bibir
sekuatnya menahan sebak dan marah.

Awak suruh saya keluar. Saya akan keluar jangan awak cari saya lagi Ned.
Saya benci awak.

Safira berjalan perlahan tanpa semangat keluar dari bilik itu. Tapi
hatinya hanya mahu dia mengejar diri ini meminta maaf dan mengatakan apa
yang tidak pernah diucapkan sebelum ini. Saya cuma nak waktu kita yang
dulu Ned. Sayang saya sudah hilang. Sejak adanya kerja baru yang lebih
penting dari saya ataupun orang lain. Aku cuma mahukan dia yang dulu.

....

Keesokkan harinya Safira tinggalkan rumah tersebut dengan rasa sebak
yang menggunung di dada. Pintu bilik kerja Ned dikerling sekali lagi
sebelum melangkah keluar mungkin buat terakhir kalinya. Mummy sudah
menghalang tapi aku bertegas juga. Orang dah tak sudi buat apa nak
menayang body lagi dekat situ.

Tempat berteduh buat masa ini? Rumah Nidia. Empat hari bukan lama
tahu-tahu dah selamat jupa ibu and ayah. Nidia pula tak kata apa-apa.
Nidia biarkan sahaja aku tanpa berkata apa. Hari ini pula aku sibuk
dengan urusan Graduation tidak sempat lagi untuk berfikir tentang dia.

Graduation Day. Hari yang ditunggu-tunggu aku sejak datang ke sini. Tapi
hari ini hambar dan tidak ceria langsung. Aku tunggu dia sejak pagi
tetapi hampa kelibat atau text dua-duanya tiada. Bila melihat sekeliling
rasa sebak yang tidak dapatku tahan. Mujur ada mummy yang sanggup teman
kan aku. Kalau tidak nampak sangat aku ni lonely dan alone kerana sejak
pagi tadi aku sibuk mengambil /selfie/ sendirian. Bukan tiada kawan tapi
mereka pun ada /family/ sendirik. Orang yang ditunggu-tunggu tidak
kunjung tiba hingga ke sudah. Rasa marah dalam hati bagai terkubur
dengan rasa kecewa yang teramat sangat mengigatkan janji- janji manisnya
suatu ketika dulu.

/"Baby, nanti masa hari graduation habis saja ceremony. Ned nak kita
habiskan masa berdua je for a day. Sebelum kita jumpa parents baby."/

/" Kita dua je?"/

/"Yup berdua je. Baby nak pergi mana?"/

/"Mana-mana pun boleh yang penting dengan sayang." Kata Safira gembira./

Dahi Safira dicium Ned penuh kasih. Menandakan hatinya yang turut gembira.

Tapi itu dulu sebelum semuanya pergi. Saat Ned masih sayangkan aku. Tapi
betul ke dia sayangkan aku atau cuma aku yang terhegeh-hegeh mahukan
dia. Betullah bila Allah tarik balik nikmatnya dalam sekelip mata
semuanya boleh hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience