BAB 4

Humor Completed 9107

Sudah beberapa bulan berlalu. Aku dengan dia bukan lagi
strangers. Saat ini mungkin boleh dikatakan kami sangat
mencintai satu sama lain. Walaupun tak pernah diucapkan
tahu-tahu sendirik sudahlah. Aku bahagia sekarang. Dia seorang
yang sangat /sweet/ habis sudah agaknya semua sugarcane dalam
negara ni dimakannya sampaikan semua perbuatannya tersangat sweet
dekat aku. Buat aku melting sebelum takat didih 100 tu.

Tak pernah ada lagi lelaki selain ayah aku yang siapkan bekal
makanan untuk aku. Lepas itu sanggup berulang-alik hantar dan
ambil aku di Uni tak pernah miss buat masa inilah..hemm...

Bila aku tanya kenapa jawapan dia simple je. Dia suka aje
nak ambik /and /hantar aku. Dia kata lagi bila dia hantar aku
dia dapat masa untuk tenung aku lebih lagi and bila dia
datang ambil aku akan buat dia hilang penat bila tengok aku.
Aduhai, Pak mat salleh ni kenapalah mulutnya manis macam
gula-gula kapas ni. Setiap kali teringat nak saja aku
terkinja-kinja seorang-seorang.

/Sometime/...sebenarnya banyak kali /sometime /tu. Pantang aku
dengan dia /free /waktu /lunch/ rajin saja mengangkut aku makan
sana sini. Setiap kali dia akan /text/ benda yang sama.

/'Baby, lunch free?'/

Bila aku jawab balik '/free'/ cepat sahaja dia sampai depan
///lobby faculty./

/On weekend/ rajin pula bawa aku pusing-pusing kalau aku tak
sibuk. Dia kata kita kena keluar /date / selalu kalau kita nak
kenal and sayang /each other./ Tapi kalau aku sibuk dia rajin
saja jadi penaip aku yang setia. Terima kasih sayang.

/The best thing is,/ dia rajin saja jadi Imam dalam solatku
hampir setiap waktu kecuali Zohor dan Asar jarang dapat solat
bersama sebab kami sibuk dengan urusan masing-masing waktu itu.//

Masuk hari ini tinggal seminggu dua sahaja lagi untuk aku
grad dan aku dah dambakan yang indah-indah untuk majlis itu.

Lepas /graduation/ mestilah nak tinggal sini. Tak boleh lagi
berjauhan dari dia. Sesak nafas kalau jauh-jauh sangat. Ingatkan
nak sambung kerja di sini sahaja. Lagi pun /base office/ Ned
pun di sini kalau kami ada anak nanti biarlah dia di sini
lagipun aku tak mahu pisahkan Ned dengan ibunya. Kan tak adil
tu. Lagipun dia kan lelaki satu-satunya pulak tu. Memang sudah
diwajibkan dia menjaga Mum.

Masalah kami yang satu itu masih belum selesai. Ibu dengan
ayah tak tahu lagi tentang kami. Ingatkan nak beritahu mereka
selepas graduation ni. Ned dah janji akan balik sekali dengan
aku jumpa ayah dengan ibu untuk jelaskan keadaan kami. Aku
rasa serba salah sangat setiapkali ibu atau ayah telefon.
Banyak kali sudah aku menangis dan setiap kali Ned akan
memujuk dan berjanji akan pulang sama untuk jelaskan kepada
mereka. Hemm.

Saat ini perasaan aku pada dia bak awan berkepul-kepul yang
simpan air hujan tanpa merembesnya. Kalau sesuatu terjadi
mungkin akan banjir dunia ni sebab awan yang satu tu.

....

/"Baby, good news!" /Teriak Ned dari dalam bilik kerjanya.

"Hem.." Sejak dari pagi dia duduk bersimpuh dengan buka novel
terbarunya di kerusi ala zaman Victoria di hadapan bilik mereka.

"Baby?" Suara Ned bergema lagi. Kini dekat sedikit berbanding tadi.

"Sini.. Sini." Safira melaungkan suaranya dengan mata masih
tertancap pada buku di tangan.

Buku di tangan Safira ditarik tutup dan diletakkan ke tepi.
Tangan Safira diraih ke dalam genggamannya. "Baby." Ned
tersenyum besar. Besarnya senyum dia. Senyuman yang buat seluruh
muka dia berseri-seri. Senyuman yang buat aku turut tersenyum.
Senyuman yang sering buat aku bahagia sejak beberapa bulan ini.

"Iya, gembiranya sayang saya ni, ada apa?"

"Tender baru masuk, Ned gembira sangat baby." Tangan Safira di
dalam genggamannya dicium berkali-kali kegembiraan.

"Bagusnya sayang, Jom kita buat sujud syukur." Ned tersenyum
lagi dalam hatinya berbunga kerana ada Safira yang sentiasa
mengingatkanya kepada sang pencipta alam dan dirinya. Safira
bangun dari duduknya tangan Ned ditarik masuk ke bilik untuk
berterima kasih kepada Yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience