BAB 17

Humor Completed 9107

Esoknya Safira terdengar orang memberi salam. Waktu sudah petang. Safira
duduk dalam bilik melayan perasaan. Kak Zee yang jawab. Kak Zee pun ade
dekat rumah dia, cuti hari ini. Uruskan hal sekolah untuk Kimi.

"IRA!" Laung kak Zee dari bawah.

Safira keluar dari bilik. Kak Zee sudah berdiri dekat tangga. " Ada
orang nak jumpa, pergi turun." Arah Kak Zee.

Safira turun ke ruang tamu. Ned lah tu dah berhari tak menjenguk telefon
tak ada /text/ pun tak ada. Tiba-tiba muncul aja. Nak merajuk tak kira
nak merajuk juga. Hemph..

"Ibu?" berkerut kening Safira. Kenapa ibu pula yang ada dekat sini? Ned
mana?

Safira pergi bersalam dengan ibu. Safira diamkan diri tak tahu nak kata
apa sejak insiden di kampung hari tu inilah kali pertama dia berjumpa
semula dengan ibu.

"Safira, nah lauk lemak daging salai kamu. Ned dah masak jangan tak
makan pula. Susah payah budak Ned tu mencari daging salai kamu ni. Lepas
ni kalau boleh jangan nak mengidam benda pelik-pelik pula. Kalau kamu tu
duduknya di sini tak apa juga. Nanti bila dah balik mana nak cari
makanan ni semua."

Safira terdiam. Oh.. tiga hari ni Ned tak ada rupanya pergi cari daging
ni ke? Safira rasa terharu sangat. Terima kasih awak.

Eh.. kejap bila masa pula ibu boleh ada dekat sini ni? " Bila ibu sampai
sini?"

"Dah berhari pun dekat sini. Ibu dengan ayah ikut abang kamu dengan Ned.
Ibu suka gila dengan budak Ned walaupun ibu tak faham apa-apa dia cakap.
Pasal yang hari tu tak payah ambik kisahlah ye. Lupakan aje ye."

Makin terharu Safira dibuatnya. Alahai ibuku seorang ni. Hormon orang
mengandung ni dahlah tak tentu arah makin ibu buat drama makin
berderailah segala air dalam mata ni. Huh!

Eh...kejap..kejap. Mana Ned watak terpenting cerita ni?

"Ira ibu dah nak balik ni. Kesian Ned nanti tunggu lama-lama sangat."
Ned tunggu lama? Dia dekat mana?

"Ibu, Ned mana?"

"Ada dalam kereta tu. Jangan lupa makan ni susah dah orang masak untuk
dia." Safira bersalaman dengan ibu. Dia hantar ibu sampai ke pintu.

"Kamu ni bila nak balik?" Safira terpandangkan Ned yang berada dalam
kereta. Kenapa dia tak turun. Berkerut dahinya.

"Ira!" terkejut dibuatnya bila suara ibu naik satu anak tangga.

"Hemm.."

"Bilanya kamu ni nak balik. Sampai bila nak duduk rumah orang ni?"

"Nantilah bila dah sampai seru nak balik." Ira pandang Ned yang
memandang tepat ke arahnya. Ibu sudah melangkah ke arah kereta sebelum
meninggalkan pekarangan rumah itu.

Dia tak turun pun..sampai hati. Bukan dia yang nak sangat makan lauk tu,
anak dia yang nak takkanlah sebab suruh masakkan sampai tak nak turun
jenguk kita. Sudahlah! Ned memang macam tu, mulut manis. Katanya
sendiri, jauh hati dengan insan bernama Ned.

' Dah makan? Sedap tak Ned masak?'

Ned mengimbang-ngimbang telefon.. Sejak akhir-akhir ini kalau
Dia mesej cepat sahaja Safira balas. Tapi sekarang ni dah dekat
setengah jam tapi tak ada apa-apa pun. Kepala yang pening dipicit
sedikit. Ned fikir-fikir lagi. Kepala yang sudah sedia pening ni makin
pening dibuatnya.

"Ned, ibu suruh naik atas tidur." Abang sampaikan arahan dari ibu. Ned
pandang ibu yang sedang sibuk mengemas meja makan. Dengan langkah
longlai Ned pasrah, naik ajalah. Tapi sebelum tu satu aja lagi/message
untuk Safira.

Sengaja semua text Ned dibiarkan tak berjawab. Merajuk insiden petang
tadi punya pasal. Hem biar dia. Ned masak sedap ke tak apa dia peduli.
Lauk dah habis pun dia makan tadi dengan Kak Zee dan Kimi. Kak Zee kata
okey tapi aku tak nak comment. Huh menyampah. Tapi habis juga lauk tu
dibedal. Malas nak layan orang tu.

Handphone Safira berbunyi lagi tanda message sampai.

'Merajuk ke?'

Merajuklah... Sangat merajuk benci nak balas apa-apa.Biar dia. Dalam tak
suka tunggu lagi mana tau Ned message lagi ke. Tapi tak ada, dah
tidurlah tu. Tak ada perasaan punya orang. Bukan dia nak pujuk kita.
Biar dia malas nak layan. Kebudak-budakan betol aku ni. Ned tu cuma tak
turun pun petang tadi. Ahh.. biarlah kalau dia rasa nak pujuk, pujuklah
dia. Kalau tak, pujuk diri sendirik ajalah Safira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience