BAB 9

Humor Completed 9107

Masuk seminggu dekat rumah, ibu macam dah perasan ada benda yang tak
kena dengan aku. Ayah still macam tu. Mungkin orang lelaki luarannya
macam tak kisah tapi hati siapa yang tahu. Ibu sudah sibuk bertanya aku
kurang sihat ke. Aku jawab ubah angin sahaja mulanya tapi bila lama-lama
aku diamkan diri sahaja.

Tengah minggu hari tu dah pergi beli pregnancy test-kit dan jawapan dia
macam yang disangka positif. Ibu macam dah syak. Tapi aku takut nak
beritahu. Matilah kalau orang tua tu mengamuk nanti. Tapi nak elak macam
manakan mata ibu tajam sahaja. Jadinya sebelum apa-apa aku dah telefon
abang. Dialah penyelamat sebab dia seorang sahaja yang tahu.

Perbualan telefon aku dengan abang straight je tak ada belok-belok sebab
keadaan sudah semakin kritikal. Jadi back up plan mesti ada.

"Abang, urgent matter."

"Kenapa?"

"Adik buat test, positif." Hari tu lagi aku dah beritahu yang aku rasa
macam aku ni prego. Abang kata bincang kemudian.

"Nathan dah tahu?"

"Biarlah dia."

"Korang ni gaduh ye."

"Entah. Biarlah dia."

"Susah korang berdua ni, kalau benda ni dah diberitahu ayah dengan ibu
awal-awal kan bagus tak lah jadi masalah macam sekarang ni."

Kalau abang tahu.. Safira mengeluh dalam hati.

"Macam mana sekarang ni?"

"Okey macam ni sahajalah kalau something happen, Abang akan letak adik
dekat rumah sewa office-mate abang ni. Okey? Budak tu tengah carik
housemate sebenarnya. Rumah abang dah jadi kawasan larangan buat
sementara ni. Karang dengan abang-abang sekali kena.

"Ceh, dasar takutkan ibu."

"Mestilah. 'Singa of the west' tahu." Aku tersengih mendengar.

"Okey, apa-apa nanti rojer."

"Hemm..."

Masuk Hari Ahad aku dah tahu. Jadi bag baju yang tak berkemas tu aku zip
dan sediakan tepi pintu. Kalau anything happen cepat dapat selamatkan diri.

Ibu asik tajam memandangku macam singa lapar. Jadinya cepat aja text aku
hantar pada abang.

'Standby jangan pergi mana-mana hari ni. 'Singa of the west' nampak
gayanya dah nak mengaum.'

Saat aku mula loya-loya. Rutin setiap hari sejak prego. Mula sibuk cari
biskut jacob dengan air teh. Mata ibu dah macam nak bakar aku dalam
larva gunung berapi. Tapi muka buat kejung macam tak perasan apa. Bila
ibu mula tarik kerusi makan hadapannya badan sudah mula nak mengeras.

Ayat pertama. " Dah berapa bulan?" Masa tu dah telan air liur.

Button tempah pada my teksi sudah di tekan. Kalau apa-apa jadi teksi
sudah sampai depan rumah tinggal cau aja. Planning kena baik sebelum ibu
buat drama untuk satu kampung.

"Dah berapa bulan!" Kali ini suaranya sudah keras sedikit buat ayat
seterusnya terus terpacul keluar tanpa tapis.

"Nak masuk dua." Huh ibu aku ni buat lemah jantung.

" Hah! Baguslah tu aku suruh pergi belajar kau pergi buat anak ya!" Masa
ni ibu dah berdiri sambil bercekak pinggang matanya berapi macam nak
meletup. Kelibat ayah tidak kelihatan langsung. Ya Allah panjangkanlah
umur ku. Aku belum minta maaf pada Ned lagi.

"Anak siapa budak ni!" Jerit ibu kuat.

"Ned!" Sebabkan terkejut dia pun ikut terjerit sama. Gigi mengigit bibir
sekuat hati.

"Ira, aku tak ajar kau buat benda tak betol ni! Mana kau dapat benda ni
semua? Entah anak mat salleh mana kau bawak balik ni. Ya Allah apa nak
jadi dengan anak aku ni mana nak letak muka ni.Malunya aku...malunya aku
Ya Allah." Ibu sudah terjelepok pula di lantai sambil mengongoi.

Reaksi yang tidak disangka Ira. Matanya ikut bertakung. Ibu... aku tak
pernah lagi lihat ibu yang ini. Terlalu kecewa. Kecewa dengan aku. Tapi
ibu salah, ibu.

"Ibu.." Tangan Ira ditepisnya sekuat hati. " Ibu.. dengar sini." Air
matanya meleleh ke pipi.

"Pergilah...pergi." Jerit ibu lagi.

"Ibu, adik dah nikah, bu..."terang Safira.

"Aku tak percaya! Aku tak percaya! Kalau betol mana suami kau mana dia!
Kau jangan nak menipu aku Safira! Aku tak ajar kau adik beradik menipu."

"Tak, ibu..adik tak tipu, ibu percayalah."

"Tak aku tak percaya kau, mari kau! mari sini kau!" Tangan Safira
direntap kasar. Tangannya melayang-layang ditarik ibu kasar. " Kau ingat
aku ni budak-budak senang kau nak tipu? Hei! Safira a kau tu tak berlaki
kau nak tutup malu kata dah berlaki! Buat malu aku dengan ayah kau pada
orang kampung. Kau keluar dari sini aku benci tengok muka kau. Pergi!"

Air mata dikesat. Beg yang sudah siap diletakkan di tepi pintu bilik
diambil. Saat langkah kakinya tiba di hadapan pintu rumah sudah ada
teksi dihadapan. Pintu sebelah penumpang dibuka orang dari dalam. Siapa
pula tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience