BAB 10

Humor Completed 9107

Teksi berhenti di hadapan rumah. Dalam kepala tertanya-tanya ini ke
rumahnya. Ditinjau kawasan rumah itu tidak sebesar rumah dia tapi tidak
juga kecil. Terdapat petak-petak padi berhampiran rumah itu. Memberi
pandangan yang menenangkan. Tapi hatinya kini hanya Tuhan yang tahu.Dia
turun dari teksi dengan perasaan berbaur.

"Assalamualaikum."

"Walaikumsalam."

Ned rasa cuak. Hati berdebar tak hingat. Ikutkan rasa mahu sahaja dia
menggosok dada untuk menenangkan hatinya. Wanita itu didekatinya.

Wanita itu jongketkan kening.

Jadi tak tentu arah Ned dibuatnya.

"Saya nak cari Safira." Haah, terkeluar juga ayat yang satu itu. Ned
menoleh mencari teksi biru yang dinaiki tadi. Pemandu teksi tadi masih
setia menunggu dia di hadapan rumah seperti diarahkan.

"Hah?" Wanita di hadapannya terpinga-pinga. Apa mat saleh nak datang
rumah aku ni?

"Sa..fira..?" Ned tanya sekali lagi perlahan. Dari tadi wanita
dihadapannya ini memandangnya terkebil-kebil.

Ned memanggil pemandu teksi yang sedari tadi hanya memandang interaksi
mereka.

" Boleh jadi jurubahasa?" Tanyanya.

Pemandu dalam lingkungan akhir 30 puluh itu mengangguk. Alhamdulillah
lega Ned. Kalau tak sampai esok pun tak selesai lagi ni.

Nathan mula bercakap dan pemandu itu jadi /translator/ tak langsung dia.

"Dia datang sini nak cari Safira. Ini rumah dia ke?"

Ibu Safira sudah boleh mengagak siapa di hadapannya tapi dia berdiam
diri dahulu. Takut salah orang buat naya anak orang sahaja. Sudahlah
segak budaknya.

"Hah, kenapa nak cari dia?" Nadanya di tinggi sikit dari biasa.

Pemandu itu menerangkan semula kepada Ned. Ned lega, betullah ini rumah
Safira. Leganya dia. Dia sudah mula tersenyum. Dia kemudian
memperkenalkan dirinya dan memberitahu tujuan dia ke rumah itu.

"Mak cik dia cakap nama dia Ned, dia datang sini sebab nak bawak Safira
balik." Terang pemandu itu.

"Hah nak bawak Safira balik?!" Penyapu lidi yang dibuat menyapu rumah
sudah selamat mengena badan Ned.

Ned yang tidak faham apa-apa itu. Terkejut terus lintang pukang berlari
dalam halaman rumah itu sambil dikejar ibu. Sekali pandang sudah macam
kejar ayam nak disembelih.

Sambil belari mulut ibu tidak habis membebel. "Oh senang-senang kau
datang sini eh muka tak malu nak bawak anak aku balik. Kau ingat kau
siapa? Bulat dah anak aku kau kerjakan baru kau muncul. Berani kau
datang sini ye. Sini kau aku libas dengan penyapu ni baru padan muka
kau." Penyapu lidi di tangan ibu berkali-kali melibas Ned.

Ned terjerit-jerit kesakitan sambil meminta tolong pada pemandu teksi
tadi. Pemandu itu terkejut sakan dengan mulut terbuka terlalu terkejut
bila mat saleh itu dipukul dengan penyapu.

"Tolong saya. Dia cakap apa saya tak faham!" jerit Nathan.

Pemandu itu bagaikan baru tersedar dia juga ikut berlari mengejar ibu
dan Nathan yang menyerigai kesakitan itu.

"Dia tanya awak siapa?" Jerit pemandu itu kepada Ned.

"Ned!" jerit Ned kembali.

"Bukan tu, awak siapa pada Safira tu."

"Saya suami dia, suami dia , suami dia okey!"Ned sudah mencangkung di
hadapan ibu sambil menjerit. Ibu pula masih lagi memukul Ned.

"Mak cik sudahlah tu! Mak cik sudahlah dia suami Safira tu!" Pemandu itu
cuba menyelamatkan Ned. Dia juga terjerit sama. Tak pasal aku pulak
masuk dalam drama swasta mereka ni.

Ibu seperti dirasuk. Makin laju tangannya mahu melibas Ned yang sudah
pasrah dipukul itu.

"Ibu!" Jerita suara seorang lelaki dari belakang.

"Sudahlah, apa ibu buat ni habis budak ni kamu kerjakan." Ayah Safira
datang menyelamat. Tangan ibu serta-merta berhenti. Wajahnya dikalih ke
kanan memandang suaminya yang sudah merah muka marah. Ibu membaling
penyapu ke tepi dan terus masuk ke dalam rumah.

Mata ayah beralih pada pemandu teksi itu dan Ned. "Kamu ni siapa?"
Suaranya kembali mengendur lembut seperti biasa. Tetamu perlu dihormati
walau dalam keadaan apa sekali pun.

"Saya pemandu teksi yang bawak dia ni. Nama dia Ned katanya datang sini
nak cari isteri dia Safira. Nak dibawa balik." Terang pemandu itu pada
ayah Safira pula.

Ayah mengalih pandang ke arah Ned. Tak sempat dia nak terkejut akan
berita yang diterima itu. Dia terkejut akan Ned yang sudah terjelepok
pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience