BAB 22

Humor Completed 9107

Dah top up part ni.up there can be Kak Zee kot. Anyway x nak kacau yr
imagination it can be anyone just like the style look simple.
Not Edited- Eddenqh

....

Hujung minggu tu rombongan dihantar ke rumah Kak Zee. Kami sibuk
menguruskan macam-macam barang untuk abang. Paling seronok si Ned lah
siapa lagi. Pelik dan teruja teramat dengan semua persiapan yang kami buat.

Yelah budaya lainkan, lain lah caranya. Semua dia nak tolong. Menyebok
sunguh-sunguh, penat nak menjawab soalan berbagai dia tu. Pening kepala
melayan cik saleh sorang ni.

Jadinya dah confirmabang akan nikah tahun depan. Lepas aku habis
pantanglah. Safira orang terpenting okey untuk majlis ni. Ned pula
lagilah teruja. Baru cita sikit-sikit macam mana majlis dekat sini dia
dah tak sabar nak tengok.

Tiket balik Ned dah siap ditempah. Dalam dua hari lagi baliklah kami ni.
Ned punya kerja kan dekat sana, itu pun dah dekat sebulan dia dekat sini.

Ibu dengan ayah pun dah sibuk nak balik kampung. Baru setahun jagung
duduk kampung dah pandai tak betah duduk lama-lama dekat bandar.
Berpuluh tahun duduk bandar. Tapi bila pindah balik kampung terus tak
nak udara penuh asid kat bandar ni.

"Fikir apa tu?" Tanya Ned yang baru turun dari atas.

"Jom keluar." Ajak Safira.

"Pergi mana? " Berkerut dahi Ned. Ned yang tadinya baru nak tengok tv
tergendala rancangan dia nampaknye.

"Jalan-jalan. Jom siap." Safira tarik tangan Ned hendak bersiap. Ned
senyum aje dengan kerenah Safira.

.............

Safira bawak Ned pusing-pusing sambil makan-makan. Nama pun jalan, kan.
Banyak benda yang kami bualkan kecuali hal yang satu tu. Soal kenapa
kami gaduh. Ned pula nampak macam tak nak address the issue je.

Hari sudah menginjak ke petang. Kami bergerak ke arah taman berdekatan
dengan shopping complex. Kami sempat belikan souvenir untuk mummy
Ned dan kawan-kawan dia masa berjalan dekat mall tadi.

Ned dan Safira jalan-jalan sambil berpegang tangan. Ned asik tersenyum
sahaja. Hilang masalah bila Safira ada dengan dia. Telefon Ned
berdering. Cepat sahaja tangannya tergapai-gapai mencari dalam kocek seluar.

Safira yang sedang makan ice-cream terhenti. Ned mengangkat telefon.
Suara Ned berubah tegas. Nampaknya hal penting. Ned mengangkat jarinya
satu saat. Sebelum berganjak sedikit dari tempat dia berdiri.

Safira terdiam, teringat balik hari itu.

/'Safira sering berdiri di muka pintu untuk berbual dengan dia. Jarinya
sering diangkat menunjukkan tanda 1 saat. Tapi 1 saat akan menjadi 5
minit atau lebih kemudian dia bagai terlupa yang Safira berdiri di muka
pintu bilik kerjanya.'/

Mimik wajah Safira berubah. Hatinya tiba-tiba rasa sakit. Dia benci
dengan isyarat tu. Tak suka sangat-sangat. Safira berjalan jauh sedikit
dari Ned. Aiskrim di tangan dilupakan. Hemmm.

"Nak aiskrim." Ned tiba-tiba datang dengan riak ceria dia.

Lagi buat Safira rasa jengkel. Safira mengeluh sebelum aiskrim diberi
pada Ned. Kemudian dia berlalu dengan langkah longlai.

Ned di belakang jadi pelik. Berkerut dahi dia. Dia tak faham. Aiskrim
yang semakin cair itu dipandang. Kenapa pulak ni? Dia kemudian mengejar
Safira yang sudah agak jauh di hadapan.

"Kenapa ni?" Tanya Ned bila dapat mengejar langkah Safira yang laju
tinggalkan dia.

" Awak memang /annoying."/Marah Safira. Safira buat tak tahu sahaja
lepas tu. Malas nak layan orang yang tak paham-paham ni. Sudah diam tu
tanda marahlah. Itu pun nak tanya ke?

Ned terdiam tak tahu nak kata apa. Cuba diberi aiskrim tapi Safira tolak
juga, dia menggeleng. Sudah mogok bercakap nampak gayanya. Terpaksalah
Ned habiskan aiskrim Safira. Nanti membazir pula kalau dibuang.

Semasa mereka berdua berjalan melayan perasaan, ada orang suara
memanggil Ned.

"Ned."

"Ned." Jerit satu suara di belakang.

Kedua-dua mereka menoleh ke belakang. Ned tersenyum. Safira pula tak
tahu siapa itu. Tak sangka Ned boleh terjumpa kawan dia disini. Kawan
dia masa belajar dulu.

Lepas berjabat tangan, mereka berpelukan seketika. Kawan Ned terperasan
Safira yang berdiri sebelah Ned sejak dari tadi.

'Siapa ni?" Tanyanya.

Ned terdiam. Dia baru terperasan dia tak beritahu pun kawan yang agak
jauh darinya yang dia dah berkahwin. Tapi diam Ned dah buat Safira
terasa hati.

"Cantik." Puji kawan Ned. Ned rasa cemburu sikit bila lelaki lain puji
isteri dia. Memanglah isteri dia cantik.

Dalam waktu yang sama Safira dah tinggalkan lelaki berdua tu di situ.
Tanpa kedua-duanya perasan.

"Susah nak jumpa kau sekarang. Tapi boleh terjumpa pula dekat sini."

Ned senyum sahaja. Dia memang agak sibuk. Lagi pula sekarang dah ada
Safira dia sibuk berkepit sahaja pulak.

"Buat apa dekat sini?" Tanya Ned pula.

"Kerja."

"Jumpa dekat sini ke?" Kawan Ned maksudkan Safira.

"Tak ah." Ned jawab sambil menggeleng.

"Siapa tu?" Tanya kawannya lagi.

"Isteri aku. Orang sini sebab tu aku ada dekat sini. Balik kampung."

"Ohh..kahwin tak beritahu. Senyap-senyap aja."

Ned sengih aja tanda menjawab.

"Macam mana nak pujuk perempuan merajuk?"

Kawan Ned pelik dengan Ned, tiba-tiba bagi soalan macam tu.

"Komunikasi yang baik itu yang satu-satu hubungan perlu. Cuba tanya
kenapa dia jadi macam tu." Nasihat kawan Ned.

Ned terdiam. Dia bermenung jauh seketika. Masalah hari itu dia tak
bincang lagi dengan Safira.

"Eh, mana isteri kau?" Tanya kawan Ned.

Baru Ned tersedar Safira tiada disitu. Tadi nampak Safira berganjak
sedikit darinya. Ingatkan nak beri ruang dia berbual. Rupanya lesap. Ned
melepaskan nafas kasar.

Ned minta diri setelah membuat janji dengan kawannya untuk jumpa semula
di sana. Lepas tu Ned menjalankan pula misi mencari Safira yang merajuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience