BAB 8

Humor Completed 9107

"Ira!"

Suara abang mengalih pandangannya pada abang yang sedang berdiri di
salah satu tiang di situ. Eh awat abang aku ni diri kat sini puas aku
cari dekat balai ketibaan tadi. Orang tunggu dekat pintu dia tunggu
dekat sini pulak. Buatnya aku tak lalu sini, nangis!

"Kenapa tunggu dekat sini?"
"Saje." huh abang aku sorang ni.
Abang tertinjau-tinjau di belakangku.
"Cari ape?" eleh macam tak tahu saja sape dicarinya
"Sapa lagi, cik abang awaklah."
"Entah."
"Entah?" nak kena ni budak sorang ni boleh dia jawab 'entah'.
"Dia balik tidak."
"Tak."

"Dia sibuk ?"

"Hemm..." Sibuk sangat sampai isteri sendiri disuruh keluar katanya.
Menyemak aja Ira ni. Boleh tak cakap dekat abang macam tu mau hangus Ned
dikerjakan. Ada bagus juga dia kena macam tu biar dia rasakan. Eh apa
pikir macam ni. Mulutnya ditampar beberapa kali perlahan. Cepat-cepat
Safira beristighfar untuk menenangkan hati.

Biarlah hanya dia dengan Ned sahaja tahu lagi pun masalah rumah tangga
mana boleh dihebahkan, tak baik.

"Habis bilanya masalah korang ni nak selesai. Sampai bila nak
sembunyikan dari ayah dengan ibu."

"Tak tahu." Itu sahaja jawapan yang dia ada.

....

Bila sampai di rumah, ayah dengan ibu menyempit dengan aku. Aku ke kiri
diorang ke kiri bila aku ke kanan mereka pun sama. Semua makanan
kesukaan dimasak ibu. Kenyang sangat sudah.

Esoknya pula ibu dengan ayah buat kenduri kesyukuran. Riuh rumah dengan
sedara yang datang. Tak termasuk dengan jiran-jiran sekampung. Nasib
baik rumah ayah ni rumah batu kalau plywood dah roboh agaknya. Hehe.

Tapi aku perasan sesuatu sejak hari itu lagi. Aku mula mabuk hampir
setiap pagi. Tekak mula rasa loya dan yang paling penting aku mula nak
makan benda pelik-pelik. Macam hampas kelapa yang dah siap diperah
santannya. Aku tahu aku mesti sudah mengandung tapi belum buat test-kit
lagi. Buat masa ni belum kantoi lagi dengan ibu tapi sampai bila. Ned
pula dah tak hingin kan aku. Agaknya kalau aku beri tahu pekara yang
sebenar nak ke ayah dengan ibu percayakan aku.

Masuk hari kedua di sini orang sudah soksek-soksek nak jodohkan aku
dengan orang ini, orang itu. Rasa serba salah pula, kalau ikut hati mahu
je kata. Mak cik saya ni dah berlaki. Tapi karang ibu pula yang pengsan
mendengar. Tapi ibu pon apa kurang samanya sibuk bercakap pasal anak
orang itulah, anak kawan dia lah sampaikan anak- anak kawan ayah turut
tersangkut sekali. Dilema aku skarang ni. Nathan sudah tak mahukan aku
orang lain pulak sibuk nak menjodohkan aku.

Abang hanya tersengih saja bila topik itu berbangkit. Dia buat tak tahu
lepas tu angkat-angkat kening macamlah aku tak paham. Hemm.

...

Ned akhirnya dapat juga berpijak ke tanah selepas penerbangan berjam-jam
lamanya. Rasa sangat asing bila berpijak di negara orang ini. Tapi
disebabkan mahu memujuk si buah hati yang merajuk dia sanggup sahaja
meredah.

Buku nota kecil dengan alamat kampung Safira dipandang sekali lagi.
Harap dapatlah jumpa dia cuma ada alamat ni sahaja sebagai panduan.
Selepas berhari mencari cik buah hati sekeliling bandar.

Mummy datang bawa berita gembira.

"Dia dah balik." Kata mummy.

Ned pandang mummy terkebil-kebil. Huh patutlah tak ada. Penat dia cari
kesana kemari tapi hampa. Rupanya orang yang dicari dah lama tinggalkan
tempat ini.

"Ini alamat rumah keluarga dia. Mummy bagi kamu peluang ni Nathan. Kamu
tak guna betul-betul siap kamu. Kerja- kerja juga orang lain pun sama
penting juga. Lepas ni kalau jadi apa-apa lagi Mummy tak akan tolong lagi."/

Ned tersenyum gembira tak terkata. Tuhan sahaja tahu bertapa riang ria
hari raya hatinya kini.

Teksi ditempah dengan penuh harapan agar dia dapat sampai ke rumah yang
dicari. Kalau tidak ke mana dia nak pegi bukan dia tahu tempat ni.
Serba-serbi asing semuanya. Safira awak boleh buat saya ni sakit meroyan
tahu tak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience