BAB 5

Humor Completed 9107

Namun, kegembiraan itu tidak datang pada hari-hari seterusnya.
Ned akan duduk terperap di dalam bilik kerjanya tanpa
menghiraukan orang sekelilingnya. Pabila malam datang bilik
mereka turut tidak dijengahnya. Bantal dan selimut untuk Ned
telah dibawa oleh /maid/ beberapa hari lepas.

Dia turut terasa kehilangan Ned yang tiba-tiba tiada untuk
rutin harian mereka sejak beberapa hari ini. Sudah dua hari
Safira pergi berlari sendirian. Selalunya ada sahaja Ned yang
akan menemaninya berlari ke taman berdekatan rumah mereka seawal
pukul enam pagi. Tapi sudah dua hari juga Safira jadi pak
tunggul menunggu Ned yang tidak kunjung tiba.

Rutin mereka yang akan bersarapan bertiga hampir setiap pagi
juga hanya tinggal dia dan Mrs.Willscott sahaja. Makanan Ned
akan dihantar kepadanya oleh /butler/ atau /maid/ mereka. Sudah
beberapa hari ini juga Safira sudah mula hilang rasa untuk
makan. Kemungkinan besar sebab Ned tiada untuk teman makan
seperti selalu.

Bila malam pula tidur Safira tidak nyeyak sebab Ned tiada
disisi. Sebelum ini akan ada orang yang kejutkan buat solat sunat
sebelum subuh tapi sekarang hanya akan bangun pada waktu subuh .
Sehari menjadi dua, dua menjadi tiga dan hari- hari seterusnya
Ned bagaikan tidak lagi wujud di dalam rumah itu.

Safira mengira hari hingga hari graduasinya. Ned ingat ke hari
tu? Sejak beberapa hari ini Ned sudah tidak endahkan Safira
yang sering berdiri di muka pintu untuk berbual dengan dia.

Jarinya sering diangkat menunjukkan tanda satu saat. Tapi satu
saat akan menjadi lima minit atau lebih kemudian dia bagai
terlupa yang Safira berdiri di muka pintu bilik kerjanya. Dia
tak pernah lagi jumpa sisi Ned yang ini. Ned yang gila kerja.
Dia yang ini buat Ira takut, Dia yang ini buat Ira terfikir
apa yang dia lalui selama ini hanya mainan perasaannya ke?
Tapi bukti ada di sekelilingnya cuma watak penting dalam hidup
Safira yang tiba-tiba sahaja hilang. Dia yang ini buat Safira
rindu pada dia dihadapan mata. Mungkin salahnya kerana mudah
mencintai.

...

Lagi dua hari, Hari Graduasi akan tiba. Tiket kapal terbang
bertarikh dua hari selepas konvokesyen dipandang sepi. Dapat ke
dia balik? Safira mengeluh lesu. Handphone di meja solek
diambil. Apps contact dibuka, nombor ayah ditelefon.

Tiga kali deringan talian bersambut.

"Hello, Assalamualaikum."

"Walaikumsalam, ayah."

"Adik..."

"Sorry adik telefon lambat sangat, ayah mesti dah tidur."

"Tak lagi, baru habis solat sunat dik."

"Adik, sihat?"

Air mata Safira yang bertakung mendengar suara ayahnya diseka
laju. "Sihat, Ayah."

"Adik menangis ye?" mendengar suara tua ayah menbuatkan Safira
menyimpan rasa sedunya.

"Hemm.."

"Kenapa ni adik ada masalah?" Suara ayah yang perlahan
mengingatkan dia pada ayah yang sentiasa berlembut padanya. Adik
ada buat banyak salah pada ayah dengan ibu. Adik tak tahu di
mana dia nak mula, adik rindukan ayah dengan ibu.

"Adik?" Suara ayah bergema lagi dicorong handphonenya.

"Adik rindukan ayah dengan ibu. Adik nak balik."

"Tak lama lagi kan adik balik dapatlah jumpa ayah dengan ibu."

Rasa sebak tidak dapat ditahan. Adik tak tahu lagi ayah nanti
Ned beri ke tidak sebab sekarang ni dia dah tak pedulikan adik
lagi.

"Tak, adik cuma rindu dengan semua orang dekat sana ibu,
abang, ayah. Lagi pun adik kan dah nak convo ni.. Sendirik je
pula kali ni. Dulu ada juga abang teman. Sekarang abang pun
sibuk tak dapat datang."

"Tak apalah adik, jangan sedih-sedih macam ni..ingat Allah ye
nak. Kalau hati tu tak tenang banyakkan zikir, baca Al-quran,
rajin-rajinlah buat solat sunat supaya adik tenang. Itu aja
yang ayah boleh bekalkan untuk adik. Ayah dengan ibu jauh.
Adik jangan nangis lagi ye. Ibu dengan ayah dekat sini sihat aja."

"Hemm..."

"Sudah jangan nangis nanti gambar nak tunjuk kami dekat sini
semua sembap-sembap mukanya." Terdengar ayah tertawa kecil.

"Okey."

"Good. Nanti ambil /selfie/ banyak-banyak sikit whattsapp kat
ayah nak tunjuk ibu kamu tu."

"Hemm, haha" Safira tertawa sedikit.

Orang yang di talian sebelah sana tersenyum lega hilang
sedikit kerisauannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience