BAB 19

Humor Completed 9107

Safira tidak selesa untuk tidur seperti biasa. Risaukan Ned teramat
sangat. Boleh ke ibu jaga dia? Ned tu kalau sakit cerewet sikit.
Risaunya. Dia teringatkan dulu masa dia sakit. Masa tu Safira masih
dalam kuliah lagi.

Pagi tu masa nak ke kuliah. Ned masih berselubung. Eh pak cik ni tak
nak bangun ke?

"Sayang... bangun. Ira dah nak kena pergi kuliah ni."
"Hem." Pelik ni hemm je. Sedor ke tak ni?
Selimut Ned ditarik sedikit. Terkejut Safira melihat Ned yang pucat
lesi. Dah kenapa ni. Tak kan sebab hujan semalam tu.
"Ned, Sayang..." Panggil Safira lembut. Tangannya melekap pada bahu Ned.
Panasnya. Macam mana ni hari ni ada class pagi. Ned pula sakit aku yang
tak demam ni boleh jadi demam buatnya.

Safira turun ke dapur carik jus oren dengan air masak.

"Safira tak pergi kelas?" Langkah Safira terhenti bila mummy Ned
menegurnya.
"Tak lagi mummy. Ned demam."Safira memulakan langkah semula ke dapur
sambil diekori Mrs. Wilcott.
"Demam?"
"Em, kena hujan semalam agaknya." Mrs. Wilcott mengangguk sambil
memerhati Safira.
Safira membawa dulang berisi jus oren, granola bar dan flusk air masak.
Tak lupa sepapan Tylenol untuk Ned.

Sampai dalam bilik Ned masih berbungkus. Safira letak dulang ke tepi
dahulu. Safira betulkan suhu bilik supaya tak terlalu panas atau sejuk.

"Sayang, bangun sekejap."

"Penat." Tu aja yang Ned mampu kata.

"Tau.. tapi kena minum air sikit lepas tu makan ni." Safira tunjuk
granola bar di tangan " Lepas tu ambik ubat tido." Safira tersenyum.
Semudah abc aje apa yang Ned perlu buat.

"Siapa nak hantar baby hari ni?"
"Nanti Ira pergi sendirik ye. Ira nak mintak izin bawak kereta sayang
hari ni. Tengah hari nanti Ira balik..janji." Tangan Ned dipegang kejap.

"Okey." Suara Ned lemah sahaja. Risau betul Safira dibuatnya.
"Balik nanti Ira masakkan chowder boleh?"
Ned geleng kepala. " Ned tak boleh terima benda bersusu kalau demam rasa
loya."
"Ye ke! Nasib baik beritahu kalau tak dah siap nanti siapa nak makan.
Tak apa nanti Ira masak sup ayam dengan sayur je ye."
Ned mengangguk setuju sebelum tersenyum.
"Ira pergi dulu tau, bye." Safira cium pipi Ned sebelum beredar.

Petang tu Ira masakkan Ned sup ayam dengan sayur. Lepas tu dia duduk
melepak sahaja dalam bilik mereka sambil bacakan buku untuk Ned.

Safira tersenyum teringat kenangan tu. Makin tidak betah dia duduk di
dalam rumah ini lama-lama. Almari didekati, baju dan barangan peribadi
diletak dalam beg. Lantaklah nak tunggang-langgang sekali pun dia sudah
tak peduli. Telefon dicapai.

"Hello, abang ambik adik sekarang. Adik nak balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience