BAB 20

Humor Completed 9107

Rumah abang sunyi sahaja, orang semua dah tidur. Aku ni yang kurang
sikit telefon abang malam-malam suruh ambil. Masalah sekarang ialah mana
bilik Ned? Karang buatnya salah masuk bilik buat haru aje.

Muka tunjuk simpati ditujukkan pada abang.

" Pintu 2 belah kanan." Laju aja Safira jalan ke tangga.
"Cup." Jerit abang. Safira terhenti di tangga.
"Apa nye?"
"Upah?"
"Esok okey?"
Abang tunjukkan isyarat 'thumbs up' tanda boleh.
"Terima kasih, adik naik tau"

Perlahan-lahan tombol pintu bilik dibuka. Rasa berdebar-debar pula.
Masuk ajalah Safira kejap lagi abang naik lagi malu. Lagi haru bila
abang dah mula menyakat karang. Terfikirkan tu semua cepat-cepat pintu
dibuka dan boloskan diri ke dalam.

Safira berdiri menghadap pintu, lega masuk juga akhirnya. Nafas
dilepaskan. Entah bila dia tahan nafas pun dia tak sedar.

Ned tersedar dari bunyi pintu. Dia yang berselubung dengan selimut dari
atas sampai bawah cuba nak mengendap dari celah-celah selimut yang
terbuka sedikit. Bilik gelap gelita tak bergitu membantu. Ned terlihat
ada sesuatu berwarna putih hampir dengan pintu. Terbeliak matanya.
Allah, hantu! Cepat-cepat mata dikatup rapat. Jangan benda tu ganggu
aku. Aku nak tidur je.

Ned rasa selimutnya ditarik sedikit. Allah! Benda ni dah main tarik
selimut pula. Mengigil dibuatnya Ned. Kenapa aku yang kau kena ganggu.
Ned terkedu bila dirasakan mukanya terdedah.Bila ada jari yang menyentuh
mukanya Ned terus menjerit.

"Ahhhhhh"

Safira yang terkejut ikut sama menjerit.

Ned menepis-nepis mukanya. "Jangan ganggu aku, aku tak ganggu kau
pergilah balik tempat kau. Jangan ganggu aku." Jerit Ned.

Ini dah kenapa pulak ni? Safira terpandangkan baju dan tudung express
dia yang berwarna putih. Alamak macam mana boleh pakai baju putih ni.
Kan dah terkejut budak Ned dibuatnya.

"Ned, Iralah ni. Ned!!" Ned masih meracau-racau suruh pergi. Macam mana
ni? Lampu. Terus suis lampu dibuka.

Nathan terdiam bila tiba-tiba rasa suasana jadi terang. Mata dibuka
luas. Safira di hadapan dia sudah bercekak pinggang dengan wajah tidak
puas hati.

"Mende apa baby?Terkejut tak terkata apa Ned.

"Apa baby baby ni? Isteri sendiri dia ingat hantu. Teruk betul!"
Terdiam Ned dibuatnya.

Terus pinggang Safira dipeluknya. Muka disembamkan pada perut Safira.

"Baby dah balik. Baby dah balik. Rindu dekat baby sangat-sangat"

Tak jadi Safira nak marah. Safira membalas pelukan Ned kuat-kuat. Kalau
macam ni gayanya kenyang peluk sampai pagi. Dah tak payah susah-suasah
nak tidur lagi. Hehehe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience