BAB 1

Humor Completed 9107

Hidup ini memang sukar, sebelum ni pun hidup aku sukar tapi apa yang aku hadapai sekarang ini lagi payah sebabnya...

15 minit sebelum.

"Uncle suka kamu, Safira." What?! Safira terkebil-kebil memandang
Mr.Wilcott.

"Uncle suka macam anak." Mr.Wilcott terbatuk-batuk. Tubuh tua itu
kelihatan semakin lemah. Nafas yang ditarik juga nampak payah. Ira cuma
mampu senyum memandang Mr.Wilcott yang terlentang sakit di atas katilnya.

"Sejak ada Safira uncle nampak anak uncle ada perubahan." Mr.Wilcott
sukar untuk mengeluarkan kata-kata. Isterinya di hujung katil hanya
memandang dengan mata sayu.

"Uncle ada permintaan terakhir sebelum uncle pergi." Mr.Wilcott hanya
senyum lemah sambil memandang Safira.

"Apa dia uncle?" Ira memandang satu-satunya anak lelaki Mr. Wilcott yang
duduk di hujung bilik wad. Safira nampak matanya tertutup rapat.

"Uncle nak Safira jadi menantu uncle."

"Tapi uncle tak kenal saya." Mata Safira membulat terkejut tak terkata.

"Uncle tahu kamu baik untuk dia." Safira hanya mendiamkan diri. Dia di
hujung terus berdiri tegak dengan mata bulat melihat ayahnya. Permintaan
ayahnya memberi kejutan kepada semua.

"Uncle nak kamu nikah hari ini juga. Uncle rasa masa uncle tinggal sikit
sahaja lagi." Ira hanya senyum sahaja walaupun payah.

*Sekarang.*

Aku termangu melihat dia yang duduk di hadapan Imam sedang melafazkan
akad untuk menyatukan kami. Terbayang wajah ibu dan ayah nun jauh kat
disana. Anak sendirik nak dinikahkan di negara orang tidak diketahui.
Rasa bersalah berbakul di dalam diri tidak terkata. Semua berlaku dengan
terlalu cepat. Aku jadi tak terkata apa-apa. Apabila akad nikah selesai
dan kami disahkan sebagai suami isteri yang sah. Keadaan Mr.Wilcott
menjadi semakin teruk. Keadaan menjadi kelam-kabut dan kucar-kacir
serta-merta. Malam itu kami semua bermalam di hospital. Dua hari
kemudian Mr.Wilcott meninggal dunia. Itulah pertama kalinya aku melihat
dia menangis sendirian di satu sudut yang agak terpencil. Aku hanya
mampu melihat tanpa sepatah kata bicara. Keadaan kembali seperti sedia
kala dua hari selepas pengkebumian Mr.Wilcott. Dari situlah cerita aku
dan dia bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience