BAB 13

Humor Completed 9107

Selepas makan tengah hari barulah mereka semua bergerak ke rumah abang.
Ibu dengan ayah ikut sekali. Katanya backup plan untuk Ned. Ned sendiri
pun terkejut. Tidak sangka ibu dengan ayah sokong dia.
Dalam perjalanan handphone Ned tidak henti-henti berdering buat Ned rimas.
Setiausahanya mahu adakan /online/ /conference/ untuk /confirm/ kan
semua kerja dan /progress/. Ned mengerling jam tangannya.

"Lama lagi ke kita nak sampai?" Tanya Ned pada Abang yang sedang memandu.
"Dalam sejam lebih lagi ni." Nathan mengangguk. /Conference/ perlu
ditangguh esok hari kalau tidak sampai tengah malam lah pekerja dia
perlu menunggu.

"Dekat mana ada /stable/ /wifi/ /connection/?" Ned tanya lagi.
"Dekat rumah ada /wifi/ tak payah risau."
Ned lega. Fikirannya terus terfikirkan Safira. Bila boleh jumpa isteri
dia yang manja tu.
/
Hari tu kami cuma berdating dalam kawasan taman rumahnya sahaja. Taman
jagaan Mrs. Wilcott yang dipenuhi rose, gardenia dan hydrangea pelbagai
color. Safira baring di peha Ned yang menyandar pada pokok peach.
Dikelilingi warna-warna lembut buat suasana jadi romantic. Walau hanya
dibelakang rumah. Anak sungai yang lalu di kawasan itu buat suasana jadi
lebih tenang./

/"Fikir pasal apa?" Dari tadi Ned memerhati Safira yang tersenyum-senyum
di sebalik bukunya.
"Tak ada apa." Kata Safira sambil tangannya memaut pinggang Ned dan
mukanya disembamkan ke perut Ned.
Ned senang dengan Safira yang manja. Kalau awal-awal dulu dia yang
tebalkan muka untuk bermesra dengan Safira yang malu dengannya. Sekarang
ini dah terbalik pula. Safira sanggup pusing keliling rumah mencari dia
cuma untuk peluk dia sahaja. Rasa terharu sangat. Ned tersenyum sendiri
memikirkan hal itu.
"Tak baik senyum sorang-sorang. Kongsilah."
"Tak ada apa."
"Tak baik tau."
"Tak ada apa nak kongsi."
"Merajuk!"Safira berura-ura mahu bangun tapi ditegah Ned. Kepalanya
digelengkan sebelum tersenyum nakal mahu menyakat Safira./

Ned tersenyum sendiri. Dia rindukan masa itu. Masa Safira tidak lari
dari dia, masa dia boleh lihat lagi sayang dan cinta Safira untuk dia
dalam mata itu. Perbuatannya yang dipenuhi kasih sayang untuk dia. Ned
rindukan saat itu sangat-sangat. Rindu pada Safira yang manja denganya.
Tapi sekarang semuanya dah tiada kerana dirinya yang pentingkan diri.
Ned mengeluh kesal. Semuanya salah Ned. Ned minta maaf /baby/. Tolong
jangan buang dirinya. Ned sangat mencintai Ira. Tolong jangan tinggalkan
Ned, baby. Tolonglah.

"Fikirkan Safira ke?" tegur Abang. Nathan tersenyum segan. Malu
tertangkap mengelamun.
"Nanti jumpa juga. Jangan risau." Kata abang sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience