Lagi 2 hari Majlis pertunangan akan tiba . Ahnaf yang seakan tidak boleh duduk diam .
'Nak ajak ke , tak nak ?'
'Ajak je lah .. kau dah janjikan ..'
'Tapi tu sebelum aku tahu Wahidah tu.'
'Teruknya kau..tengok muka terus suka. Sebelum tu bukan main kutuk rabun lah , pendeklah .'
Ahnaf berdiri di muka pintu keluar rumah berdekatan ruangan tv .. Ahnaf terus membuat panggilan pada sahabatnya . Ini bukan sahabat namanya , ini pesaing . Panggilan dijawab .
" Asal .. ?" Tanya Firash Selepas salam dijawab .
" Aku nak keluar dengan Wahidah ni ." Jawab Ahnaf .
" Yeahhh .. boleh aku jumpa dia . Planning on ye ?" Tanya Firash ceria .
" Hmm ...kau datang pukul 4.30 . Dekat Ieon . Aku pergi beli cincin tunang ."
" Ok . Tq bang .. " Ucap Firash .
" Siapa abang kau ?" Tanya Ahnaf . Tiba-tiba abang.
" Kau lah .. " Jawab firash sambil ketawa.
" Asal pula ? " Tanya Ahnaf pelik . Mamat ni dah masuk air ke apa .
" Kalau aku kahwin dengan Wahidah aku panggil kau abang . Macam mana isteri aku panggil , macam tu juga aku ." Jawab Firash ceria ketawa bahagia mengiringi . Ahnaf yang mendengar tak rasa itu lawak .
" Tak ingin aku . Dah lah kau . Aku nak keluar ambik Wahidah dah ni . Bye ." Panggilan terus dimatikan .
' Hadoyai .. Firash ni cepat pula terus jatuh cinta .'
' Jatuh cinta tak salah , yang salahnya .. jatuh cinta dekat bakal isteri aku . Itu yang salah .'
' Bukan kau yang bagi ? '
' Memang lah aku bagi . Tapi sebelum aku tahu siapa dia .Ini sekali jumpa dah teruja sangat nak jumpa.'
' Bukan kau pun sama ? '
' No way man , no way .'
' Menyesal lah tu .. Ego !! '
" Arrrrggggghhhhhh " Ahnaf menjerit kuat tanda bengang yang amat dasyat . Bengang dengan Fikiran yang tak habis-habis mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati .
Tengku Aliya ibu kepada Ahnaf yang sedang menonton tv di situ terkejut dengan jeritan anaknya itu .
" Oh mak kau .. " Latah Tengku Aliya sambil mengurut-urut dadanya lembut .
" Sorry bu .. Ahnaf tak sengaja ." Ahnaf mendekati ibunya yang tadi sedang menonton tv itu . Dipeluk ibunya dari belakang dan di tepuk lembut belakang ibunya .
" Kamu kenapa Ahnaf ? " Tanya Tengku Aliya risau.
" Tak ada apa bu .. Ahnaf ok ." Takkan lah nak dijawab ' Ahnaf stress dengan si Firash ni bu , dia nak Wahidah juga.'
" Kamu tak nak keluar dengan Wahidah ke ?" Tanya Tengku Aliya lagi .
Cepat-cepat Ahnaf merungkaikan pelukan .
" Bukan tu ibu . Ahnaf ok keluar dengan Wahidah. Cuma ada masalah lain sikit . Ibu jangan risau ya . Ahnaf nak keluar dah ni." Ahnaf menyalami tangan ibunya lembut .
Share this novel