Wahidah yang sedang menonton tv disapa oleh Ummi dan ayahnya .
" Tengok cerita apa ? " Ayahnya Tengku Omar menegur anaknya yang sedang ralit menonton tv .
" Drama melayu yah . Dah habis dah pun ." Ucap Wahidah .
" Wahidah , ayah dan ummi nak cakap sikit ni . Tutup tv tu ." Tengku Hana bersuara .
" Oookayy .. " Wahidah mengikut saja arahan diberikan . Selepas menekan punat off pada remote tv , Wahidah terus duduk tegak . Gaya yang menunjukkan dia bersedia mendengar kata-kata yang akan diucapkan oleh kedua-dua orang yang disayanginya .
" Macam ni Wahidah . Ummi dan ayah sudah berbincang . Kami mahu jodohkan Wahidah dengan Ahnaf . " Tengku Omar memulakan mukadimah .
Terdiam .
Terpaku .
Terkaku .
Apakah ?
' Jodoh ? '
" Tapi , Wahidah dah 5 tahun tak jumpa dia . Senang cerita Wahidah tak kenal dia ." Jawab Wahidah tenang . ' Tenang Wahidah .. ini hanya perancangan . Masih boleh di kompromi .'
" Sebab tu ayah dan ummi jumpa Wahidah ni . Kami mahu Wahidah berkenalan dengan Ahnaf dan bertunang ." Jawab Tengku Omar tenang .
" Ok . Tapi kenapa kena bertunang terus . Kenapa tak kenal-kenal dulu sebelum bertunang ? " Semakin keliru Wahidah .
" Wahidah jumpa dia dulu . Tengok muka dia . Nanti tak adalah terkejut tengok muka tunang sendiri . Lagipun Wahidah , masa bertunang ni .. kita kena kenal hati budi dia . Kalau Wahidah rasa dia baik , Wahidah teruskan .. Kalau Wahidah rasa tak baik , kita putuskan cara baik .. Ayah tak kisah apa-apa pun keputusan Wahidah . Pastikan keputusan teruskan dan putus setelah bertunang . Ayah cadang nak buat majlis pertunangan kecil-kecilan sahaja .. Jika apa-apa berlaku tidak lah menanggung malu . Hanya keluarga kita dan keluarga Pak Long Aariz . Wahidah setuju ?" Tengku Omar bertanya pada anak gadisnya .
' Wah .. aku nak jawab apa ni ? setuju tunang kecil-kecil .. itu bukan masalah . Ok .. kenal je dulu . Tak baik pula hampakan harapan ummi dan ayah .'
Belum sempat Wahidah menjawab Tengku Omar menyambung katanya .
" Ke .. Wahidah sudah ada yang berkenan ?"
' Berkenan ? '
' Siapa ? '
' Prof Muiz .. itu Prof Muiz yang suka aku , aku tak suka dia .'
' Siapa lagi ? '
' Azren .. itu dia , bukan aku .. '
' Aku tak suka siapa-siapa ke ? '
' Betul lah .. tak ada .'
Penat Wahidah berperang dengan akal dan fikirannya .
" Wahidah tak pernah fikir sebelum ni . Kan ayah pesan jangan bercinta masa belajar ." Jawab Wahidah jujur .
Setelah berpuas hati dengan hati si anak gadis mereka . Mereka memulakan pertanyaan yang cemas dan pastinya membuatkan Wahidah merasa .
Cemas , gelisah , gelabah , takut ..
suka ?
kenapa ada perasaan suka pula .
' Aku suka ke nak kahwin paksa ni ?'
" Jadi .. macam mana , ok ? kenal-kenal dulu ?" Tengku Hana pula bersuara .
" Hmm .. kalau putus , keluarga kita dengan keluarga Pak Long Aariz still ok kan ?" Tanya Wahidah .
" Ya .. kami sudah sepakat , jika apa yang dirancang tak menjadi biarlah putusnya cara baik . Lagipun ini masjid untuk kamu berdua . Ayah dan ummi ni cuma belikan tanah untuk buat masjid , kalau sudi , belilah bahan-bahan binaan iaitu pertunangan .. jika sudah siap Masjidnya iaitu pernikahan . Pertahankan pula dengan kesabaran dan kejujuran . Pastikan Imam dan makmum sentiasa hidupkan suasana Masjid ." Tengku Hana bersuara .
Wahidah diam .
Wahidah membayang madah pujangga umminya .
Perkenalan .
Bertunang .
Nikah .
kekal .
Terbayang wajah Ahnaf . Kali terakhir dia melihat wajah itu 5 tahun yang lepas . Ketika Tengku Ahnaf ingin berangkat ke Malbourne , Australia .
Wajah yang kacak kacukan Arab .Tinggi lampai . Kurus kering . Kening dia , mata dia , hidung dia ...
Tapi , dia berlagak ..
Tengku Hana dan Tengku Omar berbalas pandangan melihat riaksi si anak diam seribu bahasa .
" So , apa jawapan Wahidah ?" Tengku Omar bersuara .
Share this novel