Petang itu Wahidah dan Wadeena sahaja berada dirumah. Ummi dan ayahnya pergi ke kenduri kahwin.
Ketika mereka berdua ralit menonton tv. Terdengar loceng berbunyi tanda ada tetamu datang. Wahidah memandang adiknya.
" Adik pergilah tengok siapa datang." Arah Wahidah. Wadeena terus mencapai tudung sarung dibelakang pintu. Tudung yang disediakan untuk kes emergency. Seperti ada pos laju datang ke, orang hantar bil ke. Jika ada tudung disediakan tidak lah lama orang yang datang menanti orang didalam keluar.
Wadeena keluar tidak sampai beberapa minit Wadeena masuk semula. Dia duduk disebelah kakaknya yang terlalu focus dengan cerita yang terpapar di tv. Wadeena membuka tudungnya dan diberikan pada kakaknya.
"Nah.." Wadeena meletakkan tudung itu pada ribaan kakaknya.
"Letaklah balik dekat belakang pintu tu." Wahidah meletakkan semula tudung itu pada Wadeena.
"Pakailah, ada orang nak jumpa." Wahidah sudah memandang adiknya. Pelik. Siapa pula nak jumpa aku?
"Siapa?" Tanya Wahidah pada adiknya.
"Tengoklah sendiri." Wahidah mencebik. Dia terus menyarungkan tudung itu. Nasib baik baju dah sempurna menutup aurat. Wahidah keluar dari rumah. Kasut yang menutup seluruh kaki disarung. Kaki kan aurat. So kenalah pakai kasut sarung, tak adalah nampak kaki. Stoking malas nak ambil jauh dekat bilik. Wahidah berjalan melintasi halaman yang luas berumput hijau. Wahidah terlihat kereta sport berwarna kuning di luar pagar. Siapa pula lah ni?
Ahnaf dan Liyana yang sedang menunggu Wahidah keluar itu tersenyum ketika melihat kelibat Wahidah yang datang mendekat.
Liyana sudah keluar dari perut kereta dan Ahnaf pula mengikut adiknya.
" Assalamualakum Wahidah." Salam diberi dengan penuh mesra.
" Waalaikumsalam, awak..." Wahidah mendakap tubuh kecil Liyana.
" Lama tak jumpa awak. Tak sangka saya awak dah nak jadi kakak ipar saya." Ucap Liyana ikhlas. Wahidah hanya tersenyum manis.
" Tulah, masa majlis tunang saya tak nampak awak. Awak pergi mana?" Tanya Wahidah lembut.
" Saya ada exam masa tu. Korang pun tunang cepat sangat. Tak menyempat." Wahidah seperti hilang kosa kata.
" Wahidah, boleh tak jemput kami masuk. Panaslah sini." Tanya Ahnaf pada tunangannya. Apalah yana ni cakap macam tu. Terdiam terus tunang aku tu.
" Maaf, maaf.. saya terlupa. Silalah masuk."
Mereka bertiga berjalan masuk ke halaman rumah. Ahnaf memegang kotak besar berisi cup cake yang dibuatnya.
Setelah masing-masing mengambil tempat duduk Ahnaf meletakkan kotak tersebut diatas meja bulat itu dan ditolak lembut dihadapan Wahidah.
" Untuk awak." Ucap Ahnaf mendatar. Hanya tuhan yang tahu bertapa malunya dia.
" Apa ni, susah-susah je." Wahidah membuka kotak itu. cake ke ? Wahidah terus membuka " Wah Hokkaido? mana beli ni, cantiknya." Puji Wahidah ikhlas. Ahnaf hanya tersenyum.
" Ini bukan belilah. Ini home made punya." Liyana bersuara.
" Serious, siapa yang buat?" Tanya Wahidah lagi.
" Teka." Arah Liyana lagi.
" Kalau salah kena denda." Ahnaf menyampuk.
" Alamak, ada denda pula. Apa dendanya tu?" Tanya Wahidah pada kedua-dua sepupunya.
" Wahidah kena balas balik manisan yang lain dan hantar ke rumah kami pula." Jawab Liyana slumber. Ahnaf memandang wajah adik. dan mengerdipkan matanya sebelah tanda bagus.
" Okay, kalau betul dapat apa pula?" Tanya Wahidah lagi. Suasana diam. Ahnaf dan Liyana berfikir ligat.
" Biar saya kasi idea. Kalau betul apa yang saya jawab. Esok saya nak dessert yang lain pula. Ok?" Tanya Wahidah pada mereka berdua.
" Ok." Jawab mereka serentak.
" Okey, saya teka ni." Wahidah menarik nafas dan hembus. "Saya rasa......Ahnaf. Betul tak?" Tanya Wahidah, matanya memandang tepat pada tunangannya.
" Alah, kenapa betul. Habislah saya." Jawab Liyana sedih. Wahidah ketawa senang.
" Yeahhh, esok saya dapat dessert lagi." Ucap Wahidah ceria.
" Saya tak puas hati ni, mana awak tahu?" Tanya Liyana.
Wahidah ketawa.
" Saya teka je, tak sangka betul. Bertuah saya." Wahidah sudah mencapai Hokkaido itu dari kotak.
" Awak bertuah saya yang malang esok. Tunang awak ni buli saya tau. Dia heret saya sekali ke dapur." Adu Liyana pada Wahidah yang sedang memotong Hokkaido itu menggunakan sudu diatas pinggan yang disuruh bibik ambil sebentar tadi.
" Ya ke , tak baiknya awak, buli adik sendiri." Wahidah berkata sambil menyuakan sesudu Hokkaido pada mulut Ahnaf. Ahnaf yang ragu-ragu membuka mulutnya. Tak sangka Wahidah boleh semesra ini padanya. 'Asal berbunga pula rasa di hati.'
" Sedap?" Ahnaf menganggukkan kepalanya. Wahidah menyuakan sepotong lagi pada Liyana pula. '
Kemudian baru disuap pada mulutnya sendiri.
" Wow, sedapnya. Tak sangka awak pandai masak. Untung saya nanti," Dia tersenyum manis pada Ahnaf." Liyana, nanti saya pula buli abang awak ni ya." Jawab Wahidah slumber.
Liyana sudah ketawa senang hati. Ada orang yang akan membalas untuk pihaknya.
Share this novel