Pagi itu semasa Wahidah mahu keluar ke pasar untuk membeli barangan dapur, wajah Ahnaf sudah berada diluar pagar rumahnya.
" Awak nak apa pagi-pagi buta dah ada depan rumah saya?" Tanya Wahidah pelik. Dia berdiri berhampiran sedikit dengan Ahnaf yang dipisahi dengan pagar.
" Saya nak teman awaklah." Jawab Ahnaf laju dan senyuman paling kacak diberikan pada Wahidah.
" Saya nak pergi pasar pun nak ikut ke?" Tanya Wahidah pelik.
" Boleh je."
" Masalahnya saya yang tak boleh. Saya tak selesa keluar berdua-duaan dengan awak." Luah Wahidah jujur.
" Ala, kan pasar tu ramai orang. Saya pergi naik kereta saya, awak pergi naik kereta awak, ok?" Cadangan Ahnaf tetap ditolak dengan gelengan Wahidah.
" Kenapa sayang tak setuju?" Tanya Ahnaf pelik.
" Saya tak nak. Fullstop. Dah, pergi alih kereta awak tu, saya nak keluar." Arah Wahidah tegas.
Alahai susahnya nak mengorat anak dara seorang ni, keluar berdua tak nak, asing-asing tak nak.
Selepas Ahnaf mengalihkan keretanya, Wahidah keluar dari perkarangan rumah menaiki kereta CRVnya.
Keesokan harinya wajah Ahnaf ada lagi di luar pagar.
" Assalamualaikum sayang, selamat pagi." Ucap Ahnaf ceria.
" Waalaikumsalam. Awak tak pergi kerja ke?" Tanya Wahidah dengan wajah yang tertanya-tanya, jam tangan dikerling seketika. 8 pagi.
" Pergi. Sengaja singgah sini sekejap. Nak tengok sayang, kasi aura semangat kerja datang." Gurau Ahnaf. Tapi memang betul pun.
" Ish awak ni, jangan nak merepek. Tak elok lah jiran-jiran tengok." Tegur Wahidah pada Ahnaf.
" Yalah, saya pergi dulu. Esok saya datang lagi. Bye sayang." Ucap Ammar sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Share this novel