17

Drama Series 13200

Liyana melihat abangnya dari tadi hanya tersenyum sambil memandu. Berbunga betul hati abang aku ni lepas jumpa tunang.

" Abang, apa yang disenyumkan tu, ada apa dekat jalan tu sampai senyum hingga ke telinga." Sakat Liyana pada abangnya.

" Hmm, saja nak senyum. Tak boleh ke? senyum kan sedekah." Jawab Ahnaf ceria.

" Senyum memanglah sedekah. Tapi kalau senyum sorang-sorang tu namanya sewel." Usik Liyana lagi. Kata-kata Liyana tidak mengusik langsung mood Ahnaf. Ahnaf masih tersenyum dan terus tersenyum. "Parah dah abang ni."

" Yana, agak-agak Wahidah suka abang tak?" Tanya Ahnaf, matanya masih memandang dihadapan.

" Sukalah kot." Jawab adiknya ragu.

" Mestilah dia suka abang kan, abang dah lah pandai masak, handsome. Siap dia suap abang pula tadi. Memang confirm dia suka abang." Ahnaf menjawab bagi soalannya sendiri.

" Perasannya. Kalau abang nak tahu, Wahidah tu memang suka suap orang makan. Masa Yana berkawan dengan dia dulu, dia selalu je suap pakcik driver, pakcik kebun. Sekalinya Wahidah tu anggap abang ni pangkat Pakcik-pakcik je, tu yang dia suapkan." Cerita Liyana sambil ketawa dengan cerita rekaannya sendiri. Liyana melihat muka abangnya yang sudah tiada senyuman. Hahaha, abang aku percaya?

" Asal abang diam?" Ahnaf tidak menjawab.

" Hahaha, apalah abang ni. Yana gurau je, muka tak boleh blah." Liyana ketawa lagi melihat muka abang dia yang hilang senyuman pada wajahnya.

" Tak baik Yana fitnah Wahidah macam tu, kalau abang percaya tadi macam mana?" Tegur Ahnaf pada adiknya yang masih ketawa.

" Yelah-yelah tak buat lagi. Tapi serious kelakar tengok muka abang. Nampak sangat muka cemburu. Nanti Yana bagitahu Wahidah." Liyana masih tersenyum mengingati sikap abangnya yang jauh berbeza sebelum dan selepas mengenali Wahidah. Abang aku dah rajin duduk rumah. Rajin memasak. Rajin solat berjemaah. Wah, hebat betul penangan Wahidah dalam hidup abang aku.

" Jangan nak pandai-pandai ya, abang dapat tahu yana bagitahu dia, tahulah abang nak buat apa dekat Yana." Ugut Ahnaf pada adiknya. Liyana diam malas membalas ugutan abangnya tu. Tak lain tak bukan, mesti ugut aku pasal cerita aku dulu.

" Abang jadi ke, nak buat dessert lagi esok, esokkan abang kerja?" Tanya Liyana meminta kepastian tentang denda yang abang dia kena tunaikan.

" Wahidah kata, hantar next week, hari ahad juga." Jawab Ahnaf. Ahnaf tersenyum lagi. Teringat perbualan dia dan Wahidah. Nampaknya dia sudah sangat bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

" Ok. Abang nak baking apa pula?" Tanya Liyana lagi. Tangannya sudah menekan screen telepon bimbitnya.

" Brownies kot." Jawab Ahnaf pendek.

" Ok. Yana tengok resepi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience