Wahidah yang sedang menyiram pokok dihalaman, perasan ada kereta berhenti dihadapan rumahnya. Wahidah memandang sepi pada tetamu yang tidak diundang itu. Tengok kereta pun tahu siapa yang datang. Awal betul dia datang, belum pukul 8 lagi ni.
Bibik yang membukakan pintu. Wahidah membuat seperti tiada siapa yang datang, dia terus menyiram pokok diabaikan lelaki yang semakin menghampirinya.
" Assalamualaikum, Wahidah." Agak-agak Ahnaf memberi salam. Kecil hati juga dia apabila melihat bukan Wahidah yang membuka pagar tadi. Dipujuk hati supaya jangan berkecil hati dengan Wahidah
" Waalaikumsalam, awak nak apa lagi?" Tanya Wahidah tegas. Wahidah berjalan menghampiri pili air untuk mematikan saluran air dan berjalan perlahan mendekati meja bulat dan duduk di kerusi batu itu. Nabi pesan kalau marah, duduk. Ahnaf pun mengikut perbuatan Wahidah, dia mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan Wahidah. Mudah baginya melihat wajah Wahidah dan mudah mendapat teka apa yang Wahidah rasa.
" Saya nak pulangkan ni." Ahnaf menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kotak cincin itu. Diletakkan diatas meja dan ditolak lembut kehadapan, supaya Wahidah mengambilnya semula. Wahidah menghembus nafas kesal.
" Awak tak faham lagi ke, saya dah tak nak jadi tunang awak. Perkahwinan tu batal. Takkan terjadi." Jawab Wahidah berani. Apa dia nak lagi? sepatutnya dia bahagia aku bagi dia peluang untuk terus ada hubungan dengan perempuan yang bernama Iffa tu.
" Wahidah, itu semua salah faham sayang.." Pujuk Ahnaf lembut. Perkataan sayang itu langsung tidak menyentuh hati Wahidah.
" Salah faham apanya Ahnaf? tell me." Tanya Wahidah berani menentang pandangan Ahnaf yang sayu.
" Saya dengan dia tak pernah ada apa-apa hubungan. Saya...." Belum sempat Ahnaf bercerita Wahidah sudah menyelar kata-kata Ahnaf.
" Huh, teman tapi mesralah? kawan boleh sampai pegang-pagang sampai macam tu sekali? maknanya bukan dia seorang kawan awak? Hahaha, sorry Ahnaf.. Kalau awak cakap dia ex-girlfriend awak, saya boleh terima. Kalau hanya kawan sampai macam tu sekali, saya rasa.. saya tak boleh terima lagi." Wahidah sudah mahu berdiri dan ditahan oleh Ahnaf.
" Sekejap sayang. Ya, saya mengaku. Saya playboy dulu. Tapi, tu dulu. Lepas bertunang dengan awak saya tak buat kerja macam tu lagi. Percayalah. Saya ada awak seorang je." Cerita Ahnaf ikhlas.
" Tipu.." Luah Wahidah tegas.
" Awak tengok mata saya Wahidah, saya tipu ke?" Tanya Ahnaf berani. Ahnaf menukar tempat duduk dan duduk disebelah Wahidah.
Wahidah diam. Dia melihat mata Ahnaf.
" Sayang, saya tipu ke?" Tanya Ahnaf lagi.
Wahidah berdiri dan berkata. "Awak buktikan yang awak tak menipu. Saya tak reti nak tengok kebenaran dalam mata awak. Orang kalau dah terror menipu, macam-macam cara dia boleh perdayakan orang." Wahidah menjawab berani. Ahnaf mengetap bibirnya. Ya Allah susahnya buat dia percaya.
" Awak nak saya buktikan apa Wahidah?" Tanya Ahnaf keliru. Buktikan yang Iffa tu bukan awek dia, atau buktikan dia dah berubah?
" Buktikan yang awak betul-betul berubah dan cincin ni saya ambil semula. Awak bernasib baik perkara ni saya belum sampaikan pada ummi dan ayah saya. Kalau tidak, saya takkan ambil cincin ini semula." Jawab Wahidah tegas. Disarungkan cincin emas itu pada jari manisnya. Lega Ahnaf melihat cincin itu sudah berada pada tempat asalnya. Mujur bakal ibu dan ayahnya pergi bercuti ke luar negara bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, kalau tidak.. mahu kecoh tentang masalah pertunangannya ini.
" Baik sayang, saya akan buktikan. Lagi satu terima kasih sebab bagi saya peluang." Luah Ahnaf Ikhlas.
" Ini peluang terakhir awak, kalau saya nampak perempuan tu lagi. Kita putus. Dah lah dia tampar saya, ingat saya ni bantal ke?" Marah Wahidah lagi.
" Maaf sayang, saya tak dapat halang. Dia laju sangat." Pujuk Ahnaf. Asal aku jadi lembut hati macam ni. Asal aku pula yang tergila-gilakan perempuan ni? Begini rupanya rasa takut kehilangan. Rasa ini betul-betul buat aku tidak tentu hala.
Share this novel