20

Drama Series 13200

Wahidah menyiapkan makanan tengahari dan dessert untuk tunangannya. Takkan nak bagi makan desser je kan. Mesti dia lapar. Selepas menyiapkan masakannya Wahidah terus naik ke atas untuk mandi dan bersiap.

" Dah nak pergi, Wahidah?" Tanya Umminya yang sedang menghidang masakannya tadi di atas meja.

" Ha'ah.. ni nak letak dalam mangkuk tingkat jap." Jawab Wahidah sambil berjalan mendekati mangkuk tingkat yang berada di kabinet.

" Ummi dah siapkan dah semuanya. Kamu tinggal ambil dan pergi." Jawab Umminya.

" Terima Kasih ummi, love you." Wahidah memeluk ibunya.

" Yelah, kamu pergi cepat. Dah pukul 12 lebih dah ni, makan tengahari pukul 1 nanti." Datin Hana menolak lembut bahu anaknya yang cantik berbaju kurung kedah dan bertudung bawal itu.

" Ok, salam." Wahidah menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan ibunya.

" Hati-hati memandu, jaga diri."

Wahidah melihat sekeliling pejabat Ahnaf. Ramai kaki pejabat tersenyum melihatnya. Ada juga yang membuat endah tak endah.

Wahidah berjalan perlahan pergi ke meja pembantu Ahnaf. Tapi tiada orang disitu. Wahidah terus menolak pintu yang bertulis CEO Tengku Ahnaf Ibrahim.

Wahidah terkejut dengan apa yang dilihatnya. Ahnaf yang sedang memegang kedua-dua tangan perempuan yang tidak dikenalinya itu amat menyakitkan hatinya. Ahnaf cepat-cepat meleraikan pengangan tangannya dan terus mendekati Wahidah. Wahidah tersenyum sinis pada Ahnaf.

" Ni salah faham Wahidah, Saya tak ada apa-apa dengan dia." Cerita Ahnaf ikhlas dan jujur. Tapi tidak bagi Wahidah, lelaki di depannya ini hanya menipu.

Iffa mendekati Wahidah. Iffa dapat meneka pasti inilah tunangnya si Ahnaf. Cantik dan sangat sopan. Tapi perampas kekasih orang.

" Pang.." Terkejut Wahidab dengan tamparan yang hinggap di pipinya. Kenapa aku pula yang mena tampar ni, bukan aku ke yang kena tampar dia?

" Iffa, you buat apa ni?" Tanya Ahnaf marah. Mahu saja Ahnaf memegang pipi Wahidah yang sudah kemerah-merahan. Pasti sakit.

" You tanya I buat apa? I tengah ajar perempuan perampas ni." Jawab Iffa berani. Wahidah memegang pipinya yang sakit. Kuat juga tamoaran dari gadia yang bernama Iffa ni. Dah ada buah hati rupanya tunang aku ni. Ok, faham.

Wahidah terus berjalan menghampiri meja Ahnaf dan terus meletakkan mangkuk tingat itu. Setelah itu dia terus meninggalkan Ahnaf dan kekasihnya bernama Iffa itu.

Wahidah berjalan laju, dia sedar Ahnaf cuba mengejarnya. Wahidah tidak mahu berhenti berjalan laju dan terus masuk kedalam lift dan terus turun meninggalkan pejabat Ahnaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience