Ketika Ahnaf sedang membuat kerjanya di pejabat. Firash datang ke biliknya.
" Kau dah kenapa Firash, muka macam asam." Tanya Ahnaf matanya masih memandang file sekali sekala matanya memandang Firash.
" Wahidah." Jawab Firash pendek.
" Kenapa dengan dia?" Tanya Ahnaf slumber. File ditilik lagi. Sebenarnya sudah hilang konsentrasinya pada file tersebut . Perihal Wahidah lagi penting untuk diketahuinya. Pura-pura tidak kisah.
" Dia tak layan aku sikit pun. Tak pernahnya dia balas massage aku. Call aku tak pernah diangkat. Aku nak give up lah. Tak dapatlah aku tolong kau Naf. Kau terima je lah jodohbkau dengan dia. Kau beruntung tau sebenarnya dapat dia. Bukan dia yang tak layak dapat kau. Kau sebenarnya yang tak layak untuk dia." Ucap Firash sayu.
Ahnaf terus merenung mata sahabatnya. Tidak percaya. Semudah itu sahajakah Firash berputus asa?
" Give up?" Tanya Ahnaf.
" Yes. Aku tak layak untuk dia. Dia sangat sempurna." Ucap Firash sayu.
" Macam tu je." Ucap Ahnaf pelik. Keningnya di jungkit sebelah.
" Nah, kau baca ni." Firash menolak lembut telepon pintarnya pada Ahnaf.
Bulat mata Ahnaf membaca ayat yang terpapar pada peti pesanan Firash. Pesanan itu dari Wahidah.
Waalaikumsalam.
Saya menolak untuk berkawan dengan awak.
Haram hukumnya saya berkawan dengan lelaki lain sedangkan saya masih tunangan pada Ahnaf.
Jika saya putus sekalipun dengan Ahnaf, awak bukan pilihan saya. Maaf. Assalamualaikum.
Selepas membaca itu. Ahnaf senyap. Kagum dengan ketegasan Wahidah. Tapi sedih melihat wajah Firash. Nampaknya dia betul-betul sukakan Wahidah. Tidak lernah dia melihat wajah Firash sebegini rupa.
" So sebab tu aku nak putus asa. Sia-sia je aku sungguh-sungguh. Dia takkan terima aku." Firash sudah berdiri untuk meminta diri.
" Firash aku mintak maaf. Tak sangka kau boleh heart broken sampai macam ni sekali."
" It's okay, kita pun tak sangkakan perancang kita akan jadi macam ni. Salah kita berdua juga ada niat jahat. Maka aku layak dapat kesakitan ini." Selepas bersalaman dan berpelukan Firash keluar dengan hati yang sayu.
Share this novel