15

Drama Series 13200

Hujung minggu itu Ahnaf membuat Hokkaido Chiffon cup cake . Liyana setia disisi membantu abang tersayang.

" Abang pandai buat ke?" Tanya Liyana semasa mereka berdua membeli barang-barang keperluan untuk membuat cup cake tu.

" Pandailah." Ahnaf hanya mengarahkan Liyana mengambil segala yang dia inginkan. Memandangkan Liyana sekarang menjadi budak suruhannya.

" Tinggi sangatlah baking powder tu. Abang tolonglah." Liyana sudah terjengket-jengket kakinya.

" Bukan tinggi sangat pun, dia tu yang pendek." Ejek Ahnaf dia mendekati adiknya dan diambil baking powder itu.

" Sedap kata orang pendek. Dapat bini pendek padan muka." Marah Liyana pada abangnya. Ahnaf hanya senyum mengejek.

" Sorry dear, My future wife tinggi ok." Jawab Ahnaf bangga. Wajah Wahidah terlayar diminda. Liyana baru teringat Wahidah tu tinggi. Cis, tak boleh dah kenakan dia ni. Liyana terus berjalan kedepan. Meninggalkan abangnya.

" Ehh, ehh.. budak. Gula kastor belum ambil lagi. Yana pergi ambil cepat, abang tunggu sini." Arah Ahnaf,telepon sudah dikeluarkannya dari poket seluarnya. Liyana sudah menyumpah dalam hati. 'tulah mulut, berani kau cakap jadi budak suruhan dia. Ini sudah tahap hamba abdi dah ni.' Liyana merengus sebal.

Setelah pulang ke rumah. Ahnaf sudah bersedia untuk memulakan membaking di dapur. Liyana terus menuju ke sofa dibaringkan tubuhnya pada sofa berkembar 3.

" Yana, boleh lagi baring. Sini, tolong abang." Ahnaf sudah berdiri agak jauh dari adiknya.

" Eiihh, nantilah dulu. Orang penat lagi kehulur-kehilir. Dia tu lain lah mengarah je." Omel Liyana kuat.

" Amboi, dia yang nak jadi budak kita, kita pula yang salah. Sudahlah kalau tak ikhlas." Ucap Ahnaf dan hendak berlalu ke dapur.

" Merajuk, merajuklah tu. Handsome sangat merajuk." Liyana sudah bangun mendekati abangnya.

" Nak Yana buat apa?" Tanya Liyana lembut.

" Ha,... macam tulah." Diusap dagu adiknya.

" Eii, cepatlah. Orang nak rehat ni." Liyana menepis lembut tangan abangnya.

" Yelah-yelah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience