1

Drama Series 13200

Tengku Aariz memicit-micit dahinya seperti memikirkan sesuatu yang berat lagaknya .

Adik Iparnya Tengku Omar hanya memerhati gelagat abangnya dari sebelum mesyuarat tadi sehingga habis mesyuarat . Selepas semua kakitangan pejabat keluar Tengku Omar mendekati Tengku Aariz di tepuk lembut bahu abangnya yang masih mengelamun entah apa difikirkannya .

" Abang .. what's wrong with you , ada apa masalah? " Tanya Tengku Omar pada abangnya . Kerusi disebelah Tengku Aariz ditarik dan melabuhkan punggung disitu .

" Hmm .. masalah berat ni haa . Kakak kamu masuk wad malam tadi . Tekanan darah tinggi dia naik sangat tiba-tiba . Sampai pengsan ." Keluhan dilepaskan . Terkejut Tengku Omar .

" Kenapa abang tak call saya pun .?" Suara seakan-akan terkejut . Marah pun ada . Ada ke tak bagitahu perkara yang serious macam ni .

" Bukan abang tak nak call . Terlupa nak call . Kalut sangat malam tadi .. tapi tak kena tahan wad pun , malam tu balik rumah semula ." Terang Tengku Aariz sambil memandang adik iparnya . Nampak raut wajah Tenang Tengku Omar mendengar penjelasannya .

" Baguslah kalau dah ok . Macam mana boleh jadi macam tu bang .?" Soalan yang mudah ditanya oleh Tengku Omar seakan-akan berat sangat untuk di luahkan . Keluhan berat dilepaskan lagi oleh Tengku Aariz .

" Si Ahnaf tu lah .. buat perangai . Kakak kamu tu naik angin lah ." Jawab Tengku Aariz

" Apa dah jadi . ?"

" Si Ahnaf tu , bawa balik buah hati jumpa mamanya minta restu . Kakak kamu tu tak berkenan dengan perempuan tu . Malam tu bertekaklah si ibu dan anak tu . Abang pun tak berkenan dengan perempuan yang di bawa si Ahnaf tu ." Jelas Tengku Aariz dengan muka kusut .

" Apa yang tak kenanya dengan perempuan yang di bawa Ahnaf tu ?"

" Haihhh .. biasalah anak muda ni . Pakaiannya usah ceritalah .. ada ke jumpa bakal mak dengan pak mertua dengan pakaian menjolok mata . " Tengku Aaris menarik nafas dan lepaskan . Seperti menahan sabar lagaknya .

" Tapi kan bang .. saya tak nampak masalahnya .. Pandai-pandailah lepas kahwin nanti si Ahnaf tu bimbing isteri dia perlahan-lahan ." Pujuk Tengku Omar pada abang iparnya .

" Betul , itu bukan masalahnya . Masalahnya Abang ada suruh orang siasat pasal perempuan tu , abang terkejut perempuan tu bekas perempuan simpanan Dato' Johari . Kenyataan itu yang abang tak boleh terima . Dato' Johari adalah musuh ketat kita . Dah banyak kali dia cuba Fitnah kita . Takut pasal perempuan ni oun helah dia ." Sambungan ayat yang ini , Tengku Omar turut terkedu dan melepaskan keluhan .

" Sudah confirm ke si Ahnaf tu mahu bernikah dengan perempuan tu bang .?" Tanya Tengku Omar setelah lama berdiam diri .

" Tak adalah di sebut pasal nak kahwin . Tapi bila dah bawa jumpa abang dan maknya . Maknanya serious lah tu . Haish .... susah betul perangai si Ahnaf ni . Baru setahun balik Malaysia dah banyak kali gosip buruk dia ni abang dengar . Buntu abang . Kalau kecik lagi boleh dipukul , ini dah besar panjang .. haih ." Tengku Aariz memegang kepalanya di tarik-tarik rambutnya .

" Hmmm .. saya pun tak tahulah nak tolong macam mana bang . Abang cubalah pujuk si Ahnaf tu elok-elok ." Tengku Omar menepuk-nepuk lembut bahu abangnya .

" Yelah .. InsyaAllah .. kamu doa-doakan lah juga untuk si Ahnaf tu supaya tukar fikiran ."

"InsyaAllah .. saya ni nak minta cuti bang dua hari . Meeting esok pagi saya tak dapat datang .. PA saya wakilkan ." Tengku Omar berkata setelah meneguk Air kosong diatas meja .

" Kenapa , kamu sakit ke ?"

" Ehh .. tak lah abang , saya sihat . Haritu saya dah bagitahu abangkan , Si Wahidah nak balik sini esok tengah hari . Lepastu saya terus nak luangkan masa dengan si Wahidah dan terus ambil di Johor . Dah 2 tahun si Wahidah tu tak balik sini ." Terang Tengku Omar , Tengku Aariz yang melihat wajah adiknya seakan berseri-seri untuk menyambut kepulangan anaknya Wahidah .

" Cakap pasal Wahidah . Dia dah ada buah hati ke Omar .?" Tanya Tengku Aariz .

" Setahu saya tak ada . Saya memang dah pesan awal-awal jangan bercinta lagi masa belajar . Tak tahu lah kalau senyap-senyap . Kenapa bang ?" Tanya Tengku Omar pelik pada soalan abang iparnya itu . ' Tak pernah-pernah nak tahu masalah peribadi anaknya seorang ni . Tiba-tiba bertanya ada apa-apa ke ?' .

" Abang tiba-tiba datang satu idea . Tapi tak tahu lah kalau kamu setuju ataupun tak . Tapi abang harap kamu dapatlah tolong abang ." Wajah Tengku Aariz tanpa senyuman ketika mengucapkan ayat itu seperti sesuatu yang serious ingin di utarakan .

" Cakap je lah . Selagi saya boleh tolong .. saya tolong . Abang pun dah banyak tolong saya masa saya susah ." Ucap Tengku Omar jujur .

" Abang nak jodohkan Ahnaf dengan Wahidah . Kamu setuju ? " Masih dengan wajah serious . Tengku Omar terkedu seketika . Apakah jawapan yang baik untuk diberikan .

" Berat permintaan abang tu . Tapi nanti saya bincang dengan Hana tentang ni . Tapi kalau boleh bang , saya tak nak lah si Ahnaf tu terpaksa terima si Wahidah tu . Biar lah mereka berkenalan dulu . " Tengku Aariz tersenyum dan menganggukkan kepala tanda faham .

Ibu ayah mana yang tidak risau pada nasib anak-anaknya .

" Abang faham .. Kamu bincang lah suami isteri . Apa-apa jawapan abang terima . Tapi abang berharap sangat kamu dapat tolong abang . Abang betul-betul buntu nak selamatkan si Ahnaf ni ."

" InsyaAllah .. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience