"Aku terima nikahnya Tengku Ain Wahidah bt Tengku Muhammad Omar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai." Dengan satu lafaz hubungan yang haram menjadi halal. Ahnaf mengucap syukur di dalam hati.
Ketika berjalan menghampiri Wahidah, hanya Allah yang tahu betapa cintanya pada gadis tersebut. Siapa sangka gadis yang suka pandang rendah itu sudah sah menjadi isterinya.
Cincin emas itu disarung kemas pada jari manis Wahidah. Sejuknya tangan sayang. Hanya senyuman manis berbalas. Kerdipan kamera tidak sedikit pun menganggu pasangan baru itu berpandangan.
" Amboi pengantin, nanti-nantilah buat drama. Cepat salam suami tu Wahidah." Suara-suara tetamu mengusik. Tersipu malu Wahidah dengan arahan itu. Salam diberikan disambut lembut oleh suaminya dan tangan suaminya dicium lembut. Ahnaf pula mencium lembut dahi isterinya.
Selepas majlis nikah selesai, Wahidah dan Ahnaf masuk kebilik. Sebenarnya hanya majlis akad nikah dan makan-makan bersama tetamu. Semua konsep adalah permintaan Wahidah. Wahidah tidak mahu terlalu mewah dan gah. Hanya pelamin untuk nikah dan makan-makan yang sedap-sedap.
Wahidah duduk di depan cermin, dibuka mahkota di atas kepalanya, kemudian jarum-jarum yang ada pada layah dan selendangnya. Anak tudung dibuka. Rambut yang diikat sanggul itu buka ikatannya. rambutnya di sikat kemas. Tiba-tiba pintu di buka, Ahnaf masuk dengan senyuman. Wahidah membalas senyuman suaminya.
" Ganggu ke?" Tanya Ahnaf dan duduk di birai katil, matanya melihat mata isteri di cermin.
" Kalau ganggu, nak keluar ke?" Tanya Wahidah pula, pandangan suami dibalas.
" Eh, mestilah tidak." Jawab Ahnaf dengan ketawa kecil.
" Tahu pun. Saya nak bagi hadiah ni. Boleh berdiri tak?" Tanya Wahidah pada suaminya. Ahnaf berdiri masih berdekatan dengan katil. Wahidah mendekatinya.
" Hadiah apa?" Tanya Ahnaf teruja.
" Wahidah sure mesti abang suka." Ujar Wahidah lembut.
" Abang?" Tanya Ahnaf dengan senyuman.
" Tak nak ke?" Tanya Wahidah dengan senyuman.
" Nak..nak..nak." Jawab Ahnaf manja.
" Ok, abang pejam mata." Ahnaf hanya mengikut arahan isterinya. Wahidah menjingkitkan kakinya.
" Cupp.." Wahidah mencium bibir suaminya. Terkejut Ahnaf, terbuka matanya. Tapi tidak pula menolak. Wahidah merangkul leher suaminya pula. Ahnaf membalas kucupan isterinya,Lama. Ahnaf memejamkan matanya semula. Menikmati kemanisan bibir isterinya. Wahidah melepaskan kucupan. Dia tersenyum manis begitu juga Ahnaf. Sebenarnya Wahidah malu, tapi mengenangkan nasihat-nasihat seniornya, Wahidah ketepikan persaan malu itu. Wahidah lihat mata Ahnaf, wajah Ahnaf yang kemerah-merahan menahan malu.
" Nak lagi." Ujar Ahnaf sambil tersenyum memandang isterinya.
" Boleh. Tapi sayang nak mandi dulu lepastu solat isya." Jawab Wahidah tangan memeluk pinggang suaminya.
" Hmm, mandi sama-samalah." Ujar Ahnaf sambil tersenyum nakal. Tak sangka Wahidah boleh jadi menggoda macam ni. Berani dia. Tapi tak apa, aku suka.
" Ok. jom lah." Jawab Wahidah berani. Terkejut Ahnaf, ingat di tolak pelawaannya.
" Eh, eh.. sayang mandilah. Abang tunggu turn. Nanti bukan mandi sayang, jadi benda lain pula. Tak baik lama-lama dekat dalam tandas" Tolak Ahnaf lembut.
Share this novel