Firash dan Tengku Ahnaf datang setengah jam awal dari waktu temu janji bersama bakal tunangannya . Mereka berdua duduk Restoran Kenny Rogers Roasters .
" Kau buat apa Firash ? asyik main handphone je ." Tanya Tengku Ahnaf .
" Engkau pun sama ."
" Aku memanglah . Aku tengah berbalas massage dengan ibu aku ni ha ." Jawab Tengku Ahnaf sambil menunjukkan Screen handphonenya pada Firash . Firash mencebikkan bibirnya .
" Aku tengah cari makna nama Wahidah . Maksud Wahidah , cantik ." Mata Firash masih di screen hand phonenya .
" Cantik ke .. ?" Tanya Tengku Ahnaf . Nada memerli . Senyum sinis tersungging dibibirnya ketika menyebut ayat tadi .
" Kau betul ni , nak aku mengorat Wahidah ni ?" Tanya Firash . Handphone sudah di letakkan diatas meja .
" Ya . " Jawab Firash yakin .
" Tapi aku tak nak kahwin dengan dia . Kau kata dia buruk ." Akui Firash .
" Aku bukan suruh kau kahwin dengan dia . Aku suruh kau mengorat dia . Bila dia jatuh suka dekat kau , tak adalah dia nak kahwin dengan aku . Lepas confirm family aku cancelkan rancangan pelik tu .. baru boleh kau tinggalkan dia . Ingat , jangan sampai kantoi ." Terang Ahnaf pada sahabatnya yang sudah tersenyum .
" Kau rasa dia suka aku tak ? " Tanya Firash .
" Suka lah kot . Muka kau kan ada muka-muka china sikit mix mat salleh . Badan pun dah smart macam aku . So , handsomelah . Tapi aku lagi handsome ." Ahnaf ketawa . Firash buat muka menyampah .
" Ohh .. muka aku macam China . Bukan Korean ke ? adik aku si Farah tu kata , muka aku macam Daniel Henney .. kau kenal ?" Tanya Firash pada Ahnaf .
" Tak .. siapa tu ? "
" Artist korea adik aku cakap . Mari kita google ."Firash menekan-nekan screen handphonenya .
" Mesti muka jambu adik kau samakan kau dengan Daniel Honey ke henney tu .." Ejek Ahnaf .
" Sorry sikit .. kau tengok ni . Betullah , muka aku macam muka lelaki ni . Tapi yang membezakannya aku muda dia dah nampak tua dan aku lagi handsome ." Firash ketawa dengan kenyataannya sendiri . Ahnaf pun ketawa mendengar ayat perasan Firash tadi .
" Adalah sikit , tapi teruk dah perasan kau ni ." Comment Ahnaf selepas melihat wajah Daniel Henney tadi .
" Aku bukan perasan tapi confidence ." Jawab Firash yakin .
Ketika mereka berbual . Handphone Ahnaf berbunyi tanda panggilan masuk .
Ahnaf tak angkat . Ahnaf memang begitu . Jika panggilan yang tidak dikenalinya dia abaikan . Selalunya dia yang call orang .
" Lagi 10 minit .. " Firash mengerling jam tangannya .
Setelah lama handphonenya senyap . Bunyi pesanan pula masuk .
- Assalamualaikum . Abang Ahnaf , ini Wahidah . Wahidah dah sampai di mall ni . Nak jumpa dekat mana ?
" Wehh .. dia massage aku ." Ucap Ahnaf . Kenapa dia rasa gemuruh pula ni .
" Balas lah ." Arah Firash .
- Wsalam . Kenny Rogers .
Setelah 5 minit berlalu . Pesanan masuk lagi .
- Abang .. Abang dekat aras berapa ?
Ahnaf membalas . Firash hanya memandang ke depan melihat kelibat orang lalu lalang .
- Aras 2
Massage masuk lagi .
- Ok . Wahidah dekat aras 2 dah ni . Tq . see you later .
" Dia dah dekat aras 2 . Kalau kau nampak perempuan pendek , pakai cermin mata . Kau kasi tahu aku ." Arah Ahnaf pada sahabatnya .
" K ." Jawab Firash .
Ahnaf memegang handphonenya bermain game .
Firash tiba-tiba mengejutkannya .
" Wehh .. tengok-tengok . Apahal model arab sesat dekat sini ni . Cantiknya .. " Ucap Firash ketika melihat perempuan arab berselendang biru lembut bersama baju kurung kedah berwarna biru pekat berbunga berjalan laju itu . Ahnaf juga melihat pada gadis yang dikatakan tadi .
" Hmm .. lambatnya budak ni ." Omel Ahnaf . Jam sudah tepat pada waktu di janjikan .
Firash bersuara semula .
" Wehh .. perempuan tadi ." Mereka berdua melihat perempuan tersebut berdiri berdekatan dengan mereka . Perempuan sangat cantik tadi sedang mengeluarkan handphonenya dari beg tangannya dan sedang membuat panggilan .
Sedang mereka berdua ralit melihat perempuan cantik itu . Mereka dikejutkan dengan bunyi telephone Ahnaf . Nama Wahidah di screen handphonenya . Panggilan diangkat .
Firash melihat Ahnaf yang sedang menjawab panggilan .
" Assalamualaikum .. " Wahidah memberi salam . ' Sedapnya suara dia.' monolog Ahnaf .
" Waalaikumsalam .. dah sampai ? " Tanya Ahnaf seakan-akan terpukau dengan suara si pemanggil .
" ya , dah sampai .. boleh abang angkat tangan tak , ramai sangat dekat sini .. padat . Tak dapat cam abang ." Wahidah yang melihat seseorang lelaki mengangkat tangan tidak jauh darinya terus dia mendekati dua orang lelaki tersebut dengan penuh rasa debaran .
" Wehh .. wehh .. " Panggil Firash .
Ahnaf yang mengintai-ngintai untuk mencari kelibat si pendek dan bercermin mata terbantut kerana panggilan Firash .
" Apa kau ni .. aku tengah cari Wahidah ni ." Jawab Ahnaf masih tidak memberi tumpuan pada Firash .
" Perempuan cantik tu datang sini .. dia datang dekat kita ." Ucap Firash terkejut , pelik dan teruja .
" Ha ?" Ahnaf juga melihat langkah perempuan cantik tadi semakin menghampiri ke arah mereka.
' No way .......' pandangan Ahnaf berbalas dengan pandangan Firash dan kemudian pada perempuan cantik itu pula memberi senyuman manis .
' Oh my Allah ... '
Share this novel