21

Drama Series 13200

Sudah seminggu Ahnaf cuba menghubungi Wahidah. Tapi tidak satupun dijawab. Pesanan dia juga haram tidak dibalas. Sudahlah masalah pejabat memang sedia bertimbun. ini ditambah pula rajuk Wahidah.

Ahnaf duduk di halaman rumahnya. Tiba-tiba ibunya datang menghampirinya.

" Hai bu, duduklah teman abang." Ajak Ahnaf lembut. Datin Aliya menarik kerusi itu dan melabuhkan punggungnya.

" Ibu nak bagi sesuatu ni, Ahnaf jangan marah pula." Ucap Ibunya serious.

" Apa dia ibu?" Tanya Ahnaf pelik.

" Nah." Datin Aliya meletakkan kotak kecil di meja itu dan ditolak lembut pada anaknya.

" Apa ni bu?" Tanya Ahnaf lagi.

" Bukalah." Arah Datin Aliya. Ahnaf membuka kotak kecil itu, dia dapati itu cincin, cincin yang sama dipakai olehnya sekarang.

" Cincin untuk siapa ni?" Tanya Ahnaf pelik dengan pemberian ibunya ini.

" Abang, itu cincin abanglah. Wahidah pulangkan cincin ni pada ibu pagi tadi. Kamu gaduh ke Ahnaf, sampai Wahidah pulangkan cincin pula. " Datin Aliya sudah mula bertanyakan anaknya itu. Terkejut dia dengan kehadiran Wahidah pada pagi tadi. Perkara ini Datin Aliya masih tidak memberitahu suaminya.

" Kenapa dia pulangkan?" Tanya Ahnaf pelik. Takkan sebab perkara semalam terus tak nak pakai cincin pemberiannya? macam budak-budak gaduh pula.

" Ish budak ni, ini tandanya Wahidah nak putuskan pertunanganlah." Jelas Datin Aliya pada anaknya yang seakan-akan tidak faham dengan maksud pulangkan cincin itu. Ahnaf diam. Terkejut dia dengan berita itu.

" Kamu ni bang, kenapa diam?. Kamu bergaduh ke? kalau gaduh sikit-sikit janganlah sampai putus. Ibu cuba tanya Wahidah tadi, dia kata tanya Ahnaf, tu yang ibu tanya kamu ni." Cerita Datin Aliya tenang. Ahnaf yang masih tidak boleh bertenang dengan perkara yang berat ni.

" Ada salah faham bu sebenarnya." Jawab Ahnaf mendatar ada nada kesal dalam bicaranya.

" Salah faham apa pula, cerita dengan ibu. InsyaAllah kalau ibu boleh tolong ibu tolong." Pujuk Datin Aliya lembut.

" Iffa, dia datang office Abang hari rabu lepas. Dia pegang pipi abang, abang pun cubalah lepaskan. Tak sangka masa tu Wahidah datang." Cerita Ahnaf.

" Kamu ada hubungan dengan Iffa tu lagi ke?" Tanya Datin Aliya masih bernada lembut. Patutlah Wahidah tu nekad mahu memutuskan tali pertunangan.

" Tak bu, sumpah tak. Saya dengan dia sebelum ni berkawan je sebenarnya. Lepas bertunang saya tak pernah contact dia. Lepas Wahidah datang tu, Iffa tampar muka Wahidah. Abang terkejut dengan perbuatan Iffa. Belum sempat abang terangkan pada Wahidah, Wahidah tinggalkan abang. Abang cuba kejar tapi tak sempat bu. Seminggu abang cuba call dan bagi pesanan, tak pernah dijawab atau balas. Abang cuba untuk bagi dia masa bertenang, tak sangka harini ibu tunjuk cincin ni tanda Wahidah mintak putus." Cerita Ahnaf panjang lebar menerangkan situasi sebenar.

" Kenapa perempuan tu pegang pipi kamu?" Tanya Datin Aliya lagi. Sebenarnya dia pun tak puas hati bab yang itu. Selagi anaknya tak jawab selagi tu dia akan bertanya.

" Hmm, abang bagitahu abang dah bertunang. Dia tak percaya, dan ingatkan abang bergurau. Bila abang cakap abang tak bergurau terus dipeluknya badan abang dan dia pujuk abang. Abang terangkan lagi lepastu tangan dia pegang pipi abang." Cerita Ahnaf dengan jujur pada ibunya. Biarlah ibunya tahu situasi yang sebenar.

" Haih kamu ni. Itu lah, banyak kali ibu pesan jaga pergaulan. Kawan boleh tapi janganlah sampai pegang-pegang. Dia buat kamu macam tu sebab kamu pernah bagi dia buat macam tu dulu, tu yang dia rasa tak salah bila dia buat macam tu pada kamu." Datin Aliya mula bersuara serious. Ahnaf menunduk mengaku salah.

" Habistu, macam mana bu? Abang tak nak putus." Luah Ahnaf penuh Ikhlas.

" Pergilah rumah dia, pujuk dia. Jangan lupa mintak maaf dan terangkan pada dia. Kalau tak menjadi juga nanti ibu tolong pujuk."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience