26

Drama Series 13200

" Kenapa sayang terima pinangan keluarga abang?" Tanya Ahnaf pada isterinya yang sedang berbaring berbantalkan lengannya.

" Ada dua sebab. Satu, sebab permintaan Ummi dan Ayah. Dua, sebab Wahidah memang dah lama suka abang. Tapi abang tak pernah pandang atau nak menyembang dengan sayang." Luah Wahidah.

" Serious? since when?" Tanya Ahnaf teruja.

" Sejak abang form 3 lagi." Cerita Wahidah jujur. "Bila abang suka Wahidah?" Tanya Wahidah pula.

" Hari pertama kita jumpa selepas 5 tahun tu." Jawab Ahnaf jujur.

" Hmm, maknanya.. sayang je lah yang suka abang dari dulu?" Tanya Wahidah, kepalanya didongak memandang mata suaminya.

" Hehehe.. but, untuk sekarang dan selamanya abang cintakan sayang. Abang sangat kagum dengan sayang. Sayang Hafizah dan boleh berbahasa Arab. I am so proud with you." Ucap Ahnaf dan ciuman kasih diberikan pada ubun-ubun Wahidah.

" Thanks abang sebab terima sayang. Sayang banyak kekurangan." Ujar Wahidah merendah diri.

" Sayang jangan risau. Kita sama-sama belajar dan sentiasa bertolak ansur dalam hubungan. Abang nak sayang percaya dengan abang."

" InsyaAllah. Tapi apa cerita dengan Iffa tu?" Tanya Wahidah berani.

" Abang dah jelaskan pada dia. Alhamdulillah, dia terima dengan hati yang terbuka. Lagipun, kami memang berkawan sahaja sayang. Tak pernah serious. Dia yang salah faham."

" Ok, good news. Jangan dia tampar pipi sayang lagi dah lah. Nanti sayang tampar abang pula." Ujar Wahidah. Ahnaf ketawa gembira.

" Tak sabarnya nak tunggu dalam ni ada isi." Jawab Ahnaf sambil tangan kanannya mengusap perut Wahidah.

" Hahahaha.. kita doa sama-sama dan usaha sama-sama." Ucap Wahidah.

" Betul tu. Usaha sama-sama dengan bersungguh-sungguh." Jawab Ahbaf sambil berbisik pada telinga isterinya.

Again?

-The End.-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience