13

Drama Series 13200

Liyana yang baru sahaja mengaji selepas solat subuh terus menuju ke dapur untuk minum air. Sedang dia minum air , dia mendengar pintu utama berbunyi .

Liyana terus berjalan laju ke ruang tamu. Terkejut dia melihat abangnya sedang duduk di sofa.

" Abang .. abang dari mana ni?" Tanya Liyana.

" Yana tengok, agak-agak ... abang pakai macam ni dari mana?" Liyana melihat abangnya pakai baju melayu dan kain pelekat. Kopiah masih dikepalanya.

" Masjid? " Teka Liyana.

" Bingo !!" Ucap Ahnaf sambil memetik jari.

" Wow .. abang mimpi apa solat subuh di Masjid,?" Tanya Liyana oelik melihat abangnya. Tak pernah-pernah pergi Masjid. 'Tak pernah aku nampak dan tahu.' Liyana terus mendekati abangnya dan memegang dahi abangnya.

" Ehh .. eh .. apa ni?" Tangan adiknya yang melekap pada dahinya di tarik.

" Abang tak demam pun .. ke Abang sakit lain?" Tanya Liyana cemas.

" Ish budak ni .. nak pergi Masjid kena sakit dulu ke?" Tanya Ahnaf serious.

" Tak adalah.. Yana pelik. Kalau betul Abang dah berubah, Yana suka sangat. Lelakikan memang wajib solat berjemaah manakala perempuan wajib solat awal waktu." Jawab Liyana lembut.

" Abang nak berubah. Abang wajib berubah. Abang dah nak mendirikan rumah tangga. Takkan lah amalan abang takat so-so je kan?" Luah Ahnaf yakin dengan apa yang dilakukannya.

Liyana yang mendengar hanya tersenyum.

" Yana bangga dengan Abang." Liyana terus memeluk abangnya.

" Eii .. peluk-peluk . Dah mandi ke belum ni?" Ahnaf menolak kepala adiknya.

" Orang dah mandi ok." Liyana meleraikan pelukannya.

" Jom sarapan." Ajak Ahnaf.

" Sarapan tak ada. Bibik balik kampung seminggu ibu cakap." Liyana memberitahu.

" Ok.. jom buat sarapan?" Ajak Ahnaf pada adiknya. Liyana sudah ternganga.

" Nak masak apa? Roti bakar?" Tanya Liyana tersengih. Kalau itulah Abang aku nak cakap aku pun boleh buat.

" Roti bakar? Yana perlekehkan Abang Ya. Kalau abang masak selain roti bakar Yana nak bagi abang apa?" Tanya Ahnaf.

" Okay .. Yana bagi tahu Abang tentang Wahidah, semuanya."

Ahnaf membuat muka tak kisah. Itu semua aku boleh cari sendiri. Ahnaf menggelengkan kepalanya.

" Err .. ok lah . Yana jadi kuli abang 1 bulan." Jawab Liyana . 'Elleh kerat jarilah kalau abang aku masak.'

" Betul ni ? disebabkan tawaran itu sangat berbaloi. Harini bukan setakat breakfas abang masak . Lunch,sneak,dinner and supper sekali." Jawab Ahnaf yakin.

"Wow... ok . Yana tunggu."

"Jom tolong abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience