" Saya tak setuju." Jawab Tengku Hana . Mencerlung matanya memandang suaminya . Geram dengan sikap suami . Adakah patut .
" Hana .. cuba dengar dulu abang nak cakap ." Tengku Omar memujuk isterinya yang nampak sangat sedang marah dengan katanya sebentar tadi .
" Nak dengar apa lagi . Tadi abang yang tanya saya setuju ke tak . Jawapan saya TAK SETUJU!!! . Saya tak nak Ahnaf tu jadi menantu saya . Wahidah layak dapat lelaki 100x ganda dari Ahnaf tu bang ." Tengku Hana masih dalam mood kegeraman dengan suaminya yang masih dengan muka cool dia tu .
" Itu sebab saya nak Wahidah dan Ahnaf tu berkenalan dulu ." Pujuk Tengku Omar pada isterinya . Tiba-tiba Tengku Hana turun dari katil dan berdiri memandangnya yang masih duduk menyandar di kepala katil . Nampaknya Tengku Hana makin Marah . Tersalah ayat ni .
" Berkenalan ? Tak cukup ke kita ni kenal perangai buaya Ahnaf tu . Kita sendiri lebih 10 kali jumpa dia dengan perempuan . Siap berpeluk , berpegangan tangan bagai . Kalau dengan perempuan yang sama tak apa juga . Ini , perempuan lain-lain . Kalau depan kita ni ha , berani dia bermesra sampai macam tu sekali dengan perempuan mana entah . Lagilah belakang kita , mahu ... " Belum habis ayat Tengku Hana . Tengku Omar sudah menggelengkan kepalanya seraya berkata wajahnya sudah beriak tegas .
" Hana .. berkata perkara yang benar , lalu dicanangkan itu namanya mengumpat . Berkata perkara yang salah , lalu dicanangkan itu namanya Fitnah . Sedangkan Fitnah itu lebih kejam dari membunuh . Hana rasa , apa yang Hana cakap tadi betul ke salah ? " Tengku Omar masih dalam mood menenangkan isterinya yang sedang marah .
Setelah mendengar nasihat suaminya . Cepat-cepat Tengku Hana beristighfar berulang kali .
' Aku lagi berdosa dari Ahnaf . Aku sudah hampir memfitnahnya berzina . Astagfirullah ."
Tengku Hana duduk semula di birai katil . Wajah suaminya di renung . Percaya pada suami . Suami aku tahu apa yang terbaik untuk keluarganya .
Tengku Hana menghampiri suaminya . Jari suami di genggam .
" Okay lah . Hana setuju . Hana percaya pada abang . Kita bagi Wahidah berkenalan dulu dengan Ahnaf . Tapi , kalau Wahidah atau Ahnaf menolak .. tiada paksaan dari mana-mana pihak untuk teruskan rancangan ini ." Tengku Omar tersenyum dengan bicara isterinya .
Menjadi seorang suami ini , mestilah sentiasa sejuk . Sentiasa menjadi Air . Tenang mengawal amarah isteri . Pastikan ketika dia marah , simbah dengan Air bukan minyak .
Share this novel