7

Drama Series 13200

Ahnaf dan Firash dalam kereta senyap .

" Wehh .. kau nak aku mengorat dia tak ?" Tanya Firash .

' Tak boleh .' mahu sahaja Ahnaf ucapkan itu .

" Hmmm .. " Jawab Ahnaf tenang .

" Thank you wehh . Risau aku kau ubah fikiran . Tapi aku tak janji tau aku nak lepaskan dia . Lepas tengok dia , cara dia .. aku tiba-tiba rasa bersedia nak nikah juga ." Ucap Firash teruja .

' Bukan main excited Firash ni .'

' Macam mana kalau si Firash ni berjaya mengorat Wahidah nanti .?'

' Ya Allah jauhkan lah hati Wahidah pada Firash.'

Ahnaf semakin tersepit . Alamak terlajak langkah boleh diundur . Terlajak kata aku yang binasa .

" Janganlah gelojoh sangat . Buat secara natural . Ingat , jangan sampai kantoi ." Ucap Ahnaf dengan sehabis yakinnya .

" Ok . Tapi kan wehh .. asal kau cakap dia pendek , pakai cermin mata .. tapi , 100% berbeza dari apa yang kau katakan . Bila last kau jumpa dia ?" Tanya Firash sambil memakai tali pinggang keselamatan . Dah jauh perjalanan baru teringat nak pakai tali pinggang . Asyik teringat Wahidah je . Keselamatan sendiri pun boleh lupa .

' Parah dah aku ni.'

" 5 tahun dah aku tak jumpa dia ." Jawab Ahnaf jujur .

" Padan pun muka kau terkejut juga macam aku ." Firash memegang dagunya dan tersenyum . Ahnaf yang mengerling pada sahabatnya pelik dengan perilaku Firash .

" Kau dah kenapa .. senyum ..senyum ."

" Aku teringat muka Wahidah . Betullah maksud nama dia . WAHIDAH maksudnya CANTIK . Mata dia cantik , bulu mata dia melentik wehh .. macam bulu mata kau . Hidung dia mancung .. Subhannallah , first time aku rasa berbunga-bunga sangat perut aku ni ." Firash sudah memejamkan matanya ..

" Sepatutnya aku dah expect dah dia tu sepupu kau . Yelah dia kan muka macam mix arab , kau pun sama .. disebabkan kau kata pakai cermin mata dan pendek tu aku jadi tak terfikir ."

' Eii Ahnaf ni .. dah-dah la tu cerita pasal Wahidah . '
' Annoying sangat .'

' Annoying ke , cemburu ?'

Ahnaf yang terasa pelik dengan perasaan sendiri . Kenapa mesti rasa tak puas hati . Cemburu ke ? Mustahil .......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience