Ahnaf yang sedang membaca buku di ruang tamu pada hujung minggu itu membuatkan Tengku Aariz dan Tengku Aliya berpandangan sesama sendiri ketika menuruni anak tangga .
" Dah kenapa anak awak tu , yang ? tak pernah saya tengok dia bangun pagi masa hari ahad . Siap baca buku lagi ? " Tengku Aariz bersuara perlahan pada isterinya .
" Manalah saya tahu .. dia nak breakfast sama-sama lah kot ." Jawab Isterinya .
Mereka berdua terus berjalan ke ruangan makan . Ahnaf yang sedang membaca buku itu terus mendekati mereka dan menyalami .
Tengku Aariz sudah mengangkat kening sebelah pada isterinya . Dengan maksud 'Kenapa pelik sangat anak awak ni .'
Sedang semua menjamu selera . Ahnaf memulakan bicara . Memecahkan kesunyian pagi itu . Hanya bunyi sudu berlaga dengan pinggan kaca .
" Err .. Ibu dan abah nak pergi mana .. cantik-cantik ni ?" Tanya Ahnaf pelik . 'Diorang nak pergi jumpa Waheeda ke ? nak ikut ... dah 2 minggu tak nampak muka dia.'
' Apa aku merepek ni ?'
" Ibu dan abah nak ambil adik kamu lah ." Jawab ibunya .
' nak ambil Liyana dekat Uitm Shah Alam rupanya .. Ingatkan nak jumpa keluarga Mak Uda Hana.'
Ahnaf hanya menganggukkan kepalanya tanda faham .
" Nak ikut ke ?" Tanya Abahnya .
" Tak mahu lah . Nak duduk rumah je ." Jawab Ahnaf jujur . Terasa seperti tiada mood mahu keluar . Nak keluar dengan siapa , Firash ? keluar dengan Firash buat sakit hati sahaja . Asyik nama Wahidah sahaja di sebut-sebut . Nak ajak Iffa ? lagilah tak .. sudah 2 minggu dia tidak menghubungi Iffa sejak bertunang . Nak ajak Wahidah ? dalam mimpilah . Massage pun tak pernah balas Hi semula . Asyik di balas bye .
" Kalau macam tu baguslah . Kamu tu dah nak kahwin , jangan keluar merayau . Tingkatkan ilmu rumah tangga ." Pesan ibunya .
Pada petang yang redup itu Ahnaf membaca buku di tepi kolam renang di belakang rumah . Tiba-tiba matanya ditutup oleh seseorang .
Ahnaf senyum .
" Yana .. " Teka Ahnaf . Liyana terus ketawa . Dilepaskan tangannya yang menutup mata abangnya .
" Tahu-tahu je Abang ni ." Liyana terus menyalami abangnya dan duduk di kerusi sebelah abangnya.
" Abang .. tahniah dah bertunang . Tak dapat join .. itulah abang bertunang masa orang exam ." Liyana memandang abangnya .
" Hmm .. terima kasihlah . Sebut pasal tunang ni . Asal Yana tak pernah cerita dekat Abang pasal Wahidah ? bukan kau orang ni rapat ke ? " Tanya Ahnaf . Buku ditangan sudah di tutup .
" Asal , abang tak suka ke bertunang dengan Wahidah ?" Tanya Liyana .
" Abang tanya ni .. asal tak pernah cerita pasal Wahidah dekat abang sebelum ni ? " Tanya Ahnaf lagi sekali . Takkan lah nak jawab soalan budak seorang ni .. Tak suka ke ? aku ok je .. seronok je . Suka ? errrr ......
" Abang tak pernah tanya pun . Lagipun Liyana dah tak rapat dengan Wahidah sangat sejak dia belajar luar Negara . Lagipun dia jarang balik sini . Raya Aidil Fitri dia balik , tapi 2 minggu raya baru nampak muka dia . Dia balik setahun sekali je .. cuma tahun lepas dia tak balik langsung . Yana terkejut juga bila ibu call katanya abang nak ditunangkan dengan Wahidah ." Cerita Liyana . Ahnaf mendengar dengan teliti .
" Dia baik tak Liyana ?" Tanya Ahnaf serious .
" Baik sangat . Terlalu baik . Liyana selalu rasa terpinggir kalau dia ada . Yelah , dia tu hafaz Al-quran , cerdik .. lagi tak boleh blah dia cantik sangat . Tapi , Liyana pun cantik ." Liyana ketawa geli hati dengan ayatnya sendiri . Ahnaf pun senyum geli hati .
" Tapi serious bang .. Yana cemburu dengan dia . Sebab dia jugalah sekarang ni Yana pergi menghafaz Al-quran juga . Wahidah pesan dekat Liyana suruh jadi Doctor pakar yang menghafaz Al-quran . Bila dah start menghafaz ni kan bang .. banyak benda yang Yana kena jaga . Tapi Yana rasa tenang je . Walaupun Wahidah dan Yana tak rapat sangat macam dulu , still Yana rasa seronok tengok dia bahagia . Mudah-mudahan lepas abang kahwin dengan dia Yana dengan Wahidah rapat semula ." Cerita Liyana lagi .
" Serious Yana pun menghafaz Al-quran . Bilanya Yana start menghafaz Al-quran ni . Abang tak pernah tahu pun ?" Tanya Ahnaf teruja .
" Dah 2 tahun dah . Eiii ...... abang tak tahu ? menyampahnya , orang nak khatam dah tau ." Jawab Liyana sambil menepuk bahu abangnya kuat .
" Sakitlah makcik .. macam mana abang nak tahu , Yana tak pernah cerita pun ? " Ahnaf menjawab sambil mengasai tempat ditepuk adik kesayanganya itu .
" Bukan tak cerita .. abang tu yang tak pernah tanya keadaan orang sekeliling . Tengoklah .. pasal Wahidah pun tak pernah tanya . Mesti masa jumpa Wahidah , abang terkejut macam berukkan ? " Tanya Liyana sambil membuat muka mengejek .
" Terkejut tu memanglah terkejut . Tapi tak lah macam beruk eh . Abang pelik je , macam mana dia boleh lain sangat ?"
" Apa yang lain ?" Tanya Liyana
" Dia lain lah ." Jawab Ahnaf . Takkan nak cakap cantik sangat macam bidadari . Tak pasal pasal kena bahan dengan budak ni .
" Tapikan bang .. Liyana tengok Wahidah tu , dari dulu macam tu . Lainnya dia dulu rendah , sekarang tinggi . Itu je . Takkan itu pun terkejut ?" Tanya Liyana pelik . Bukan ke Wahidah memang cantik dari dulu . Apa abang aku ni buta ke ?
" Dulu dia pakai cermin mata ." Ahnaf bersuara .
" Ohhh .. sekarang pun dia pakai . Tapi tak selalu macam dulu . Masa belajar je . Dia dulu kan , hantu novel .. selalu nampak dengan buku je , tu yang abang asyik nampak dia pakai cermin mata gajah dia tu . Apalah abang ni . Pasal dress up , memang dia hebat sekarang . Cun gila but still sopan ." Puji Liyana pada bakal kakak iparnya . Ahnaf hanya mengiyakan .
' Dia memang cantik dan bergaya .'
Liyana yang sedang membuka pin tudungnya hanya melihat abangnya diam dan tersenyum seorang diri . Pin diletakkan atas meja . Kemudian terus dia terbaca tajuk buku yang di baca oleh abangnya tadi . 'Tuhan .. terimalah aku .' gambar kaabah .
" Abang baca buku macam ni? " Tanya Liyana pelik . Sambil mengangkat buku tersebut . Diselak satu persatu .
" Asal , tak boleh ke abang baca ?" Tanya Ahnaf sambil menaikkan kening sebelah .
" Bukan tak boleh . Tapi pelik ." Liyana mengerling abangnya seketika . Di buka helaian demi helaian . Buku ini tentang pengalaman orang berada di Makkah ketika membuat haji .
" Wahidah tu dah Hajah dah .. abang pun nak juga pergi Haji . Paling kurang pergi Umrah pun okay ." Jawab Ahnaf jujur .
" Ohhh .. patutlah ..... Jom kita pergi Umrah , bulan depan Yana cuti sem . Kita ajak ibu dan abah sekali . Mesti diorang nak ." Tanya Liyana teruja .
" Ok juga ."
" Ibu kata .. kalau kau orang berdua rasa tak serasi , kau orang boleh putus . Abang serasi ke dengan Wahidah ?" Tanya Liyana ingin tahu perasaan sebenar abangnya .
" Baru 2 minggu bertunang . Abang tak tahu lagi apa-apa tentang Wahidah . Wahidah pun tak tahu pasal abang . Masih baru nak buat keputusan ." Jawab Ahnaf .
" Abang suka ke dengan Wahidah ?" Tanya Liyana serious .
' Nak jawab ke ? boleh percaya ke budak ni ?'
" Hmmmm .. suka kot ." Jawab Ahnaf mendatar .
" Wah .. baguslah . Bila dah suka , nanti sayang .. lepastu cinta ." Sakat Liyana pada abangnya yang nampak malu-malu .
" Jangan lebih-lebih ya .. Abang cakap suka je" Ahnaf sudah tidak senang dekat suara menyakat adiknya . Bukan boleh budak ni .. nanti satu rumah dia cerita .
" Tenanglah .. Liyana faham . Siapalah yang tak jatuh hati tengok Ain Wahidah tu . Namanya cantik seindah wajahnya ." Madah Liyana saja mengusik emosi abangnya .
" Mulalah tu .. " Ahnaf sudah mengecilkan matanya .
Liyana ketawa .
" Ibu !!! abangkan ..... "
Liyana sudah barlari . Ahnaf sudah berdiri segera mengejar .
' Aku dah agak dah .. tak selamat kalau bagi tahu budak ni .'
Liyana sudah masuk ke dapur dimana ibunya sedang mengupas buah-buahan . Dia ingin menghampiri ibu untuk memberitahu sesuatu .. Ahnaf yang nampak Liyana seperti ingin memberitahu ibunya cepat-cepat dia mendapatkan adiknya . Rambut adiknya ditarik kegeraman .
" Adooiiii .. sakit bang sakit ." Liyana sudah memegang tangan ibunya . Kalau abangnya geram mesti ditarik rambutnya bahagian tepi .
" Ya Allah budak berdua ni .. " Puan Aliya sedah menepuk tangan anak lelakinya . " Dah besar gajah pun masih gaduh macam kucing dengan anjing ." Ibunya sudah membesarkan matanya .
Liyana masih memegang tangan ibunya . Dia tersenyum mengejek pada abangnya yang sudah membuat muka seperti memberi maksud . ' Yana cakap , siap !'
Liyana menjelirkan lidahnya pada Ahnaf .
" Betul tu ibu .. Yana kucing , abang anjing ." Liyana sudah ketawa .
" Abang anjing ? Ohh abang anjing ." Ahnaf sudah buat ayat merajuk . " Tak apa lah kalau anjing . Abang baru ada niat nak belanja Yana Beg jenama Chanel , dah cakap anjing .. tak jadilah ." Liyana sudah melopong . ' Wah .. bukan senang abang aku ni nak belanja barang .'
Yana terus memeluk abangnya .
" Okay lah .. abang bukan anjing . Abang kucing , Yana pun kucing ." Ucap Liyana . Dia menggesel-gesel pada bahu abangnya seperti kucing .
" Meow .. "
" Meow .. "
Tengku Aliya yang melihat telatah anak mereka juga turut tersenyum .
" Dah .. dah . Pergilah sana . Ibu nak buat kerja pun susah ."
" Meow .. " Liyana masih menjadi kucing . Ahnaf hanya membuat muka slumber . Tidak termakan dengan manja adiknya .
" Sorry .. tiada maaf bagimu ."
" Okaylah .. Yana tak bagi tahu Ibu ." Bisik Yana pada abangnya .
" Betul ni ?" Bisik mereka lagi .
" Nak bagitahu ibu apa yana ?" Tanya Tengku Aliya . Liyana dah Ahnaf tersengih pada ibunya dan menggelengkan kepala serentak .
Share this novel