Chapter 137.1

Mature Content Series 566

Awal pagi lagi Derick sudah menuju ke arah Sally yang sedang berdiri melayan pelanggan yang datang untuk membeli apa yang ada dijual.Jualan Sally sudah semakin berkurangan kerana sudah banyak yang dibeli oleh pelanggan.Derick pula berjalan di hadapan Sally apabila pelanggan yang berbaris tadi sudah beredar sebaik sahaja mereka membeli apa yang mereka mahukan.Sally kelihatan sedikit terkejut melihat kedatangan Derick di sana.Tidak pernah lagi Derick datang pergi melihat mereka sebelum ini.Tetapi hari ini rajin pula majikannya datang melihat.

"Sally mana budak tu pergi?saya perhati dari tadi lagi dia tak ada kat sini.Bukan saya suruh kamu berdua yang berjual ke?Tapi kenapa hanya awak seorang kat sini?."Tanya Derick serius.

"Oh,waktu macam ni dia sibuk tuan.Biasanya dia pergi hantar sayur-sayuran kat kedai makan tuan."

"Boleh percaya ke budak tu pergi hantar sayur?awak ada pantau dia ke Sally?bukan apa,nanti dia berjalan ke sana ke sini sambil guna wang hasil jualan.Masa kerja,kerja sahaja.Saya bayar gaji bukan untuk budak tu berjalan-jalan kat sini.Tak suka saya dengan perangai budak tu."Kata Derick sinis.

"Tuan..dia memang pergi hantar sayur pun.Saya tak tipu tuan.Setiap hari ada tujuh kedai makan tu yang selalu minta hantar sayur-sayuran kat kedai makan mereka.Kalau saya pergi kejar May siapa lagi yang nak jaga jualan ni?takkan saya nak tinggalkan sahaja jualan ni semata-mata nak memantau pergerakan May..err..tuan.. saya bukan nak menyebelahi May,tapi selama ni tuan tak pernah pun bagi gaji pada May.Mana datangnya wang untuk dia pergi berjalan-jalan? kalau tuan kata dia guna wang jualan tak pernah lagi dia buat macam tu sebab saya yang pegang semua wang hasil jualan ni."

Sally kemudian mengeluarkan semua wang hasil jualan yang mereka dapat di hadapan Derick.Cepat pula Derick mengambil semua wang itu lalu dia masukkan ke dalam poketnya.Sally pula ternganga melihat tindakan Derick itu.Hairan dia melihat tindakan Derick yang kelihatan sedikit keterlaluan.

"Sally awak ni ada sahaja jawaban.Memang saya tak bagi wang pada budak tu.Saya sengaja tak bagi dia.Lagipun buat apa saya nak bazirkan wang untuk budak yang tak pandai buat kerja.Hah!awak tengok muka saya macam tu kenapa lagi?wang ni saya ambil sekarang.Nanti kamu berdua ambil wang ni pula untuk membeli-belah.Saya ni kurang percaya dengan kamu berdua."

"Err..tuan..saya belum kira lagi jumlah wang tu.Nanti tuan marah pula kalau kurang pendapatan.Lagipun saya nak gunakan wang tu untuk menukar wang pelanggan.Kalau tuan ambil semua saya nak guna wang siapa untuk tukar wang pelanggan?."

"Macam awak pula yang majikan Sally.Awak tak pandai minta pada pelanggan wang kecil ke?tu pun saya nak ajar?.Dah..dah...jangan bagi alasan yang tak munasabah.Ingat Sally,kalau jualan ni tak habis,jangan balik ke Villa.Saya nak semua ni terjual walau dengan cara apa sekalipun."Kata Derick tegas.

Dia kemudian berlalu pergi dari sana.Sally pula sempat mengutuk Derick dalam hati.'Orang kaya kedekut.Muka dah tampan tapi hati busuk.'Kata Sally dalam hati.Dia terpaksa menerima bebelan dari pelanggan yang datang membeli kerana dia tidak mempunyai wang untuk menukar.Nasib baik juga Mytrice datang tepat pada waktunya.Mereka kini sudah ada sedikit wang untuk menukar wang pelanggan yang datang membeli.Wang itu diperolehi hasil dari kedai makan tempat Mytrice biasanya menghantar sayur-sayuran.

Mereka berdua kemudian bersama-sama melayan pelanggan yang semakin ramai datang ke sana untuk membeli jualan mereka.Apabila selesai sahaja melayan pelanggan yang datang sebentar tadi,Sally terduduk kerana kepenatan.Namun Mytrice masih lagi berdiri di sana sambil menyusun semua jualan mereka yang hanya tinggal sedikit.

"May mari sini duduk dulu.Awak ni tak penat ke?dari tadi asyik buat kerja.Sekarang masanya untuk awak berehat sebentar sementara pelanggan tak ada.Awak tu dah lah baru balik dari hantar sayur tadi."Bebel Sally.

"Sekejap lagi kak.Dah nak siap.Nanti saya duduk dekat kak bila saya siap susun sayur ni."

"Dah..dah..duduk cepat sebelum kak berdiri.Kak tak nak dengar alasan awak.Biarkan sahaja sayur tu.Nanti orang tuduh kak mendera awak buat kerja pula."Kata Sally tergelak kecil.

Mytrice kemudian duduk di sebelah Sally setelah dia selesai menyusun jualan mereka.Sampai di sana dia mengeluarkan makanan lalu diberikan kepada Mytrice.Tadi ada penjual makanan yang datang berjual di sana.Sempat lagi dia membeli makanan untuk dia dan Mytrice makan.Dia mahu menunggu sehingga Mytrice kembali.Tetapi memandangkan Mytrice lambat,dia makan terlebih dahulu lalu dia menyimpan makanan yang dibelinya untuk Mytrice.

"Makan lah..kak dah makan tadi.Maaf,kak tak dapat tunggu awak.Perut kak lapar sangat."

"Err..kak..wang jualan kita dicuri lagi ke?."Kata Mytrice tiba-tiba.

Hairan dia apabila melihat beg yang biasanya mereka gunakan untuk menyimpan wang sudah kosong.Wang di dalam beg itu lesap semuanya.Sempat lagi dia mendengar Sally dibebel oleh pelanggan tadi kerana tidak mempunyai wang untuk memberi baki wang pada pelanggan itu.Dia mencari-cari beg itu.Namun kerana terlalu sibuk dia terpaksa membiarkan dahulu.

"Dicuri?..hmmm..dicuri oleh orang kaya yang tamak tu.Awak tak perlu cari wang tu May.Buang masa awak sahaja.Lebih baik awak isi perut awak tu."Kata Sally.

"Orang kaya tamak?err..siapa pula tu?saya ada sedikit wang simpanan untuk bayar semula wang yang hilang tu."Kata Mytrice lurus.

"Hahaha..awak ni May.Lucu betul.Buat apa awak nak ganti wang tu semula.Tu..si kaya..tuan kita..majikan kita yang paling..paling baik sekali yang datang sini tadi lalu dia ambil semua wang jualan tu.Geram betul saya dengan majikan kita tu.Tak ada hati perut langsung."

"Oh..tuan.Baru saya faham siapa yang kak maksudkan..err..tuan langsung tak tinggalkan sedikit wang untuk menukar wang pelanggan ke?."

"May..kalau tuan ada tinggalkan wang tadi,tak adalah saya dibebel oleh pelanggan yang cerewat sampai hampir tercabut telinga saya tadi.Nasib baik awak datang sebagai penyelamat.Aduh..sakit pula perut saya.May awak habiskan makanan tu.Saya pergi cari bilik air dulu."

Sally kemudian berlari-lari menuju ke sebuah bilik air yang agak jauh dari tempat mereka berjual.Mytrice yang ketika itu sedang makan didatangi oleh seorang remaja perempuan yang kelihatan tua setahun darinya.Dia kelihatan sedang menyorong gerobak untuk menjual di sana.

"Err..adik..adik siapa nama?kat sebelah ni ada orang menjual ke?.".

"Saya May..tak ada..kak..er.. saya nak panggil kak dengan nama panggilan apa?."

"Oh..lupa pula saya nak kenalkan diri.Nama saya Aleya.Awak boleh panggil saya Aleya sahaja.Kalau tak ada orang,boleh saya menjual kat sini ke?kat depan tu tak banyak pelanggan sangat."Kata Aleya.

Setiap petang selepas dia kembali dari sekolah,dia akan bekerja sebagai penjual kuih di jalanan.Dia terpaksa bekerja kerana wang peninggalan arwah ayahnya sudah tidak banyak lagi kerana hampir dari lapan puluh peratus wang ayahnya dicuri.Dia pula perlukan wang untuk membeli makanan.Jika dia tidak bekerja,dia mungkin harus menahan lapar.

"Boleh..kat sini ramai pelanggan.Tapi penjual kurang.Kebanyakkan penjual lama kat sini dulu dah berpindah kat sebelah.Awak boleh menjual kat sini.Kalau awak ada kat sini,saya dan kak saya tak sunyi sangat."Kata Mytrice.

Beberapa minit selepas Aleya meletakkan gerobak makanan di sana,pelanggan yang datang membeli jualan Mytrice kemudian sempat membeli jualan Aleya.Mereka berdua kelihatan sibuk sehingga Mytrice terpaksa berhenti makan buat seketika untuk melayan pelanggan yang datang membeli jualannya.Apabila selesai sahaja Aleya terduduk keletihan.Pertama kali dia menerima pelanggan yang banyak.

Dia kemudian melihat ke arah Mytrice.Tenang sekali Mytrice melayan pelanggan yang banyak.Malah tangannya sangat cepat memasukkan apa yang dibeli oleh pelanggan.Dia pula yang terasa malu kerana Mytrice yang lebih muda darinya sudah cekap melakukan kerja.Sedangkan dia pula masih terkial-kial melakukan kerja kerana dia belum biasa.

Setelah selesai,dia melihat Mytrice menyusun jualan yang hanya tinggal sedikit.Kemudian barulah dia mengambil makanan yang tidak habis dimakannya sebentar tadi lalu dia duduk di sebelah Aleya.Melihat makanan itu,perut Aleya tiba-tiba berbunyi.Dia belum sempat makan sejak dari tadi.Dia mahu membeli makanan yang dijualnya.Tetapi dia tidak mahu membazir pula.Lagipun dia mahu berjimat.Jika ada lebihan jualan ini,tuan kedai akan memberi kepadanya.Tetapi dia harus menunggu sehingga petang.

"Aleya..nah ambil makanan ni.Saya dah kenyang.Perut saya ni dah tak boleh muat makanan lagi.Tapi saya harus habiskan makanan ni.Takut nanti kak Sally marah pula.Err..awak..awak boleh tolong saya habiskan makanan ni ke Aleya?."Kata Mytrice.

"Err..terima kasih.Mari saya tolong awak habiskan makanan tu.Kebetulan saya pun sedang lapar sekarang ni."

Aleya kemudian makan makanan yang diberikan oleh Mytrice dengan berselera sekali.Tangannya pantas sekali menyuap makanan yang diberikan oleh Mytrice ke dalam mulutnya.Mytrice yang melihat kelakuan Aleya yang mahu menerima pemberian darinya berasa gembira sekali.

"May..cepat sangat awak buat kerja.Saya pula masih terkial-kial.Tu yang awak jual tu,keluarga awak yang tanam ke?."Tunjuk Aleya.

"Saya dah biasa buat kerja.Nanti lama-lama awak pun biasa buat kerja juga.Tak lah..saya dan kak sally hanya menjual.Semua ni milik majikan kami."Kata Mytrice.

"Oh..sama macam saya.Awak sekolah ke May?"

"Tak..saya tak pernah pergi sekolah.Tapi saya ada belajar melukis dari kawan saya yang ada pergi sekolah."Kata Mytrice tenang.

Aleya merenung wajah Mytrice.Dia berfikir lama.Dia seperti pernah melihat wajah Mytrice.Tetapi dia lupa di mana dia melihatnya.Kagum dia dengan Mytrice yang tidak pernah pergi ke sekolah tetapi pandai mengira.

"Oh..awak pandai melukis? boleh tak awak lukis muka saya?."

"Boleh..tapi sekarang saya tak ada masa lagi.Sibuk sangat kami nak kutip hasil ladang.Nanti bila saya ada masa terluang,saya lukis muka awak."Kata Mytrice sambil tersenyum.

"Err..baik,saya tak paksa awak melukis May.Saya faham awak sibuk.May muka awak cantik sangat.Muka ibu awak macam ni juga ke?macam tak percaya pula saya bila awak kata yang awak kerja di ladang.Muda sangat."Kata Aleya dengan wajah terkejut.

"Err..saya tak tahu.Saya tak pernah jumpa ibu saya.Dia dah meninggal sejak saya lahir.Saya hanya ada nenek."Kata Mytrice.

"Maaf..saya tak tahu pula yang ibu awak dah tak ada.Err..saya tak patut cakap macam tu.Err..May tu kak awak ke?."

"Ha'a..ni kak Sally.Tak apa Aleya.Awak tak perlu minta maaf pada saya.Lagipun tak ada salahnya awak bertanya."

Sally melihat ke arah mereka berdua.Dia kemudian tersenyum manis ke arah mereka berdua.Kebetulan waktu itu juga,datang beberapa pelanggan untuk membeli kesemua jualan Sally dan Mytrice.Sally sempat mengira-ngira jumlah wang yang diterima.Sementara Mytrice pula menyusun kotak kayu yang mereka gunakan untuk menjual.Hari ini jualan mereka terjual habis agak lewat sekali.Namun mereka berdua gembira kerana jualan mereka akhirnya habis dibeli.

"Aleya..nama awak Aleya kan?."Kata Sally.

"Ha'a..kak nak beli makanan ni ke?."

"Ya..tapi kak nak beli satu bakul sahaja.Nanti makanan yang belum lagi terjual,awak letakkan kat dalam bakul.Nanti kak dan May ajar awak macam mana nak habiskan jualan awak dengan cepat.Tak sampai hati pula kak tengok awak menjual seorang diri kat sini."Kata Sally.

Aleya kemudian menurut sahaja kata-kata Sally.Apabila sudah siap, Aleya,Sally dan Mytrice berjalan-jalan di sekeliling tempat mereka menjual sambil menawarkan kuih itu kepada orang yang lalu di sana.Sekejap sahaja kuih itu sudah habis terjual kerana sudah ramai yang mengenali Mytrice dan Sally.

Selesai sahaja semua itu,mereka kembali ke tempat mereka berjual semula.Sebelum balik,Mytrice dan Sally sempat menghantar Aleya sehingga di depan kedai pemilik kuih yang dijual oleh Aleya itu.Aleya sempat mahu memberikan Mytrice dan Sally separuh dari gaji yang diterimanya.Namun mereka menolak.

Aleya terharu dengan layanan mereka berdua kepadanya.Dulu dia terlalu sombong.Dia tidak mahu melayan penjual yang menegurnya untuk berkawan.Namun bila dia sudah kehilangan segalanya,orang yang dia tidak pernah suka pula yang membantunya.Aleya sempat melambaikan tangannya ke arah Sally dan Mytrice yang sudah mulai menaiki pedati kuda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience