Chapter 138.1

Mature Content Series 566

Cosmas balik dalam keadaan terburu-buru bila dia berjaya menipu Hayla sebentar tadi.Dia mengatakan kepada Hayla kepalanya terasa sangat sakit sekali.Hayla yang kurang gemar dengan perlakuan Cosmas hanya membiarkan sahaja Cosmas balik kerana dia terlalu penat berhadapan dengan Cosmas yang tidak pernah serius untuk belajar bekerja.Mahu ditengking tetapi dia teringat yang Cosmas itu adalah anak Derick.Dia terpaksa bersabar dengan kerenah Cosmas yang memeningkan kepala.

Banyak kerjanya yang terbengkalai hanya kerana dia mahu mengajar Cosmas.Apabila Cosmas tiada,barulah dia terasa tenang melakukan kerja.Nampaknya malam ini dia harus tidur di sini lagi untuk menyiapkan kerjanya.Dia mengeluh kecil.Dia tidak faham mengapa Derick menyuruh anaknya pergi bekerja sedangkan anaknya itu tidak mempunyai keinginan untuk bekerja.Mahu sahaja dia memberitahu kepada Derick.Tetapi dia hanya pekerja di sana.Dia tiada hak mahu menghalang Cosmas dari bekerja di sana.

Sementara itu,Cosmas yang sudah sampai di Villa Sakura sudah mahu naik ke biliknya.Namun Elenor memanggilnya agar turun ke taman.Dengan langkah malas,dia terpaksa mengikut arahan ibunya.Moodnya kurang baik kerana hanya sebentar sahaja dia dapat bersama dengan Nova tadi.Dia masih belum puas mahu menatap wajah Nova.Tetapi dia terpaksa balik kerana terjumpa dengan Derick dan ayahnya.

"Cosmas kenapa masih berdiri kat sana?mari duduk sini.Awal benar awak balik."Kata Elenor.

Hari ini dia tidak pergi ke Manor Dane kerana dia dimaklumkan yang Dane pergi ke Pulau Epeltus atas urusan kerja.Pada mulanya dia berasa sedih kerana Dane tidak pernah memberitahunya.Tetapi bila Dane meninggalkan dia sejambak bunga,dia balik dengan senyuman lebar.

"Pening kepala saya ibu.Banyak sangat nak dibuat.Dah lah tu kena jumpa dengan pelanggan yang cerewet lagi.Huh..penat saya ibu.Lebih baik saya duduk rumah tunggu ayah bagi wang."Kata Cosmas.

"Cosmas awak jangan buang tabiat.Awak kena buat kerja betul-betul sampai Derick tu percayakan awak.Kalau dia dah beri awak kilang tu,awak tak perlu buat semua tu lagi.Awak hanya perlu bagi arahan kepada pekerja untuk buat semua tu.Awak faham tak."Kata Elenor.Matanya tajam merenung ke arah Cosmas.

"Tapi ibu.."

"Tak ada tapi-tapi..ibu tak nak dengar alasan awak lagi.Awak nak ke Julien yang dapat semua harta Derick tu? awak nak balik tinggal dengan ayah awak yang miskin tu?."Marah Elenor.

"Ibu ni..saya tahu..nanti saya buat kerja betul-betul.Ibu,hari ni ibu tak pergi berjalan-jalan ke? biasanya jam macam ni ibu tak ada kat rumah."Kata Cosmas hairan.

"Kenapa?Awak tak suka tengok ibu duduk kat rumah ke?selalu alasan awak ibu selalu tak ada kat rumah.Sekarang bila ibu ada kat rumah awak macam tak suka pula."Marah Elenor.

Dia sedikit kecil hati dengan sikap Cosmas yang seperti tidak suka dia ada di rumah.Dia pun sebenarnya tidak betah tinggal di rumah.Tetapi apa yang dia boleh buat jika Dane tiada di manor.Dia pergi ke sana pun terasa agak bosan kerana hanya ada Brandon dan Sophie sahaja.Dia kurang suka dengan perangai Brandon yang asyik memandang ke arahnya.Jika Brandon itu memiliki wajah tampan,dia tidak kisah.Tetapi wajah Brandon kelihatan seperti pengemis jalanan.Kadang geli pula dia melihat wajah Brandon.

"Ibu ni,saya tanya sahaja pun dah melenting.Bukan saya tak suka ibu kat sini.Saya suka,tapi saya hairan sahaja.Tu pun salah ke?Ibu.. boleh tak bagi saya wang.Saya tak berani nak minta pada ayah.Tadi kat kilang saya terpaksa berlapar kerana tak ada wang untuk membeli makanan."Kata Cosmas menipu.

"Hmmm..yelah..yelah..ibu salah.Laaa..ayah Jack awak tak ada kat sana ke?takkan dia biarkan sahaja awak kelaparan?Tak lama lagi awak jadi bos kat sana,ambil sahaja wang yang ada di kilang.Tu pun ibu nak ajar juga ke?."Kata Elenor.

"Saya tak berani ibu.Ayah garang sangat.Lepas dia bebel-bebel saya,dia terus pergi ke bandar Athenil untuk berjumpa dengan ayah Derick.Pembantu ayah yang perempuan tu pula asyik sibuk sahaja.Dia langsung tak beri saya pegang wang yang ada kat kilang."Kata Cosmas.

Elenor mengetuk meja yang ada di depannya.Bila Cosmas bercakap tentang pembantu Jack,dia terbayang wajah perempuan itu.Dia menjadi geram kerana perempuan itu asyik mencuba untuk menggoda Jack.Dia sudah tidak punya perasaan dengan Jack.Tetapi dia perlukan Jack untuk membantu Cosmas jika Cosmas melakukan kesalahan.Dia tahu yang Jack sayang dengan anaknya.Dia yakin Jack sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka.

"Huh.. perempuan tu?ibu memang tak berkenaan sangat tengok muka dia.Cosmas,bila awak dah jadi bos,ibu nak awak pecat perempuan tu dari terus bekerja kat sana.Ibu tak suka perempuan tu.Tengok dari muka pun ibu dah boleh agak yang dia mahu menggoda Derick untuk mendapatkan wang.Nanti bertambah pula halangan kita untuk mendapatkan wang milik Derick."Kata Elenor sinis.

"Saya tahu ibu.Tapi sekarang belum masanya lagi.Saya tengok ayah Derick percaya sangat dengan perempuan tu.Kalau saya berhentikan dia dari bekerja,pasti ayah Derick marah saya."

"Perempuan muda,mestilah ayah awak percaya betul.Lelaki gatal memang macam tu perangainya.Awak fikir ayah Derick awak tu baik sangat ke?sana sini bawa perempuan sehingga ada anak lain.Tak guna betul.Dah lah tu,nak wariskan harta dia pada anak perempuan simpanan dia pula.Cosmas,awak kena bersaing dengan Julien tu.Jangan biarkan dia yang dapat harta Derick walau sedikit."Bisik Elenor.

"Baik ibu.Saya tahu.Ibu,saya nak rehat sekejap.Penat sangat kerja.Saya tak dapat teman ibu untuk bercerita lama."Kata Cosmas.

Dia sebenarnya pening mendengar bebelan ibunya.Dia tahu apa yang harus dia lakukan.Dia tidak perlu mendengar pendapat ibunya.Sekarang dia hanya mahu berehat dan berfikir bagaimana dia mahu menipu Hayla dan ayahnya agar dia dapat berjumpa dengan Nova.Dia risau jika Nova berubah hati.Dulu dia tidak berjaya mendapat Evona.Sekarang dia harus mendapatkan Nova dengan apa cara sekalipun.

"Hmmm..pergi lah.Ibu pun nak berangkat pergi kat bandar Athenil ni.Bosan pula duduk rumah.Asyik tengok bunga yang tak menarik.Lama-lama kat sini,muka ibu boleh berkedut sebab asyik makan hati dengan perangai jantan tak guna tu."

Cosmas kemudian berlalu pergi dari situ dengan langkah laju.Dia risau jika ibunya berubah fikiran lalu dia dipanggil lagi untuk mendengar bebelan ibunya.Dulu mungkin dia tidak kisah.Tetapi sekarang dia mulai rimas jika ibunya cuba mengatur hidupnya.Dia mahu bebas melakukan apa yang disukainya.

Elenor pula berdiri lalu mencari pembantu yang ada di sana.Dia mahu mereka memanggil pedati kuda untuk menghantar dia ke bandar Athenil.Kebetulan waktu itu Ayl keluar.Mayda pula sedang menuju ke arah pedati kuda yang ditunggang oleh Ayl.Elenor pula segera berjalan masuk mengikut Mayda.

"Mayda,awak ni asyik berjalan sahaja.Awak buat apa lagi pergi ke bandar Athenil?banyak sangat wang awak ya.Mengalahkan saya pula.Derick beri awak wang ke?."Kata Elenor dengan mata melotot.

"Err.. bukan madam yang suruh saya pergi mengekori tuan ke?madam juga yang beri saya wang untuk buat kerja tu.Madam dah lupa ke?Wang yang madam bagi tu terpaksa saya berjimat.Kalau tak memang tak cukup."Kata Mayda.

Baru sahaja dia gembira tadi,dia menjadi murung kembali bila Elenor mengikut dia ke bandar Athenil.Dia sebenarnya tidak pernah melakukan kerja yang diarahkan oleh Elenor.Dia hanya meminta kawan-kawan Donna untuk mengekori Derick.Kemudian dia membayar mereka separuh wang yang dia terima dari Elenor.Jadi dia tahu serba sedikit di mana Derick biasanya berjalan.

"Awak ada buat kerja yang saya suruh ke?saya nak tambah wang pun saya risau.Membazir kalau awak tak buat kerja."Kata Elenor seperti tidak percaya.

Kadang-kala dia kurang percaya dengan kata-kata Mayda setelah dia melihat peristiwa Mayda yang mencuri beg wang milik orang.Namun dia tidak boleh membiarkan Mayda berhenti dari bekerja di Villa Sakura.Dia tidak mahu Mayda memberitahu sesiapa tentang hubungan antara dia dan Jack sebelum dia berkhawin dengan Dane.

"Err..ada madam..malah saya ada nampak kelibat Jack berjalan dengan perempuan lain lagi.Mesra sangat mereka berdua madam."Kata Mayda.

Elenor membesarkan matanya melihat ke arah Mayda.Kakinya sempat memijak kaki Mayda.Dia memberi isyarat agar Mayda diam kerana dia risau jika Ayl melaporkan perbuatan mereka kepada Derick.Nanti dia juga yang susah mahu menjawab.

"Mayda..saya tak tanya awak fasal Jack.Saya hanya nak tahu fasal suami saya sahaja.Awak ni tak faham bahasa betul."Marah Elenor.

"Errr..maaf madam..saya cakap macam tu sebab madam berkawan baik dengan Jack.Mana tahu madam nak bagi hadiah kejutan untuk Jack tu."Kata Mayda.

Berpeluh sedikit wajahnya kerana dia cuba mencari alasan untuk menutup keceluparan mulutnya tadi.Dia tahu yang Ayl sebenarnya sudah tahu hubungan Elenor dengan Jack,tetapi Elenor belum tahu tentang semua itu.Jadi dia biarkan sahaja.Nanti dia pula yang dituduh bukan-bukan.

"Huh!! nak beri hadiah?.. dia bukannya penting sangat.Buat menghabiskan wang saya sahaja.Mayda,lain kali kalau awak bercakap jangan ikut sedap mulut sahaja.Nanti suami saya tu fikir lain pula.Dia tuduh saya ada hubungan sulit dengan Jack pula."Kata Elenor sengaja menguatkan suaranya agar Ayl terdengar.

"Err..baik madam.Saya janji tak cakap macam tu lagi.Err..madam nak saya tunjuk madam di mana tuan berada sekarang ke?."

"Yelah..habis tu awak fikir saya datang ke sini hanya nak buang masa ke?."

Mayda kemudian menyuruh Ayl untuk berhenti sebentar ke brothel terdekat yang agak kecil.Dia kemudian menarik langsir pedati kuda itu lalu dia merenung ke luar.Bila dia ternampak kelibat anaknya dan Belinda,dia tersenyum lebar.

"Madam tunggu saya sini sekejap.Saya nak keluar sekejap.Errr..madam ada wang tak?."

"Awak nak buat apa dengan wang Mayda?awak dah berani pergi ke brothel sekarang.Saya bukan nak masuk brothel buruk ni.Macam tak ada tempat lain.Geli saya tengok bangunan buruk ni."Marah Elenor.

"Madam..saya bukan nak masuk atau bawa madam masuk brothel ni.Saya perlukan wang untuk membayar mata-mata yang saya suruh untuk menjejaki tuan."Kata Mayda.

"Huh lain kali cakap tu biar jelas Mayda!!..nah ambil wang 5000ril ni.Cepat sedikit.Saya tak nak tunggu lama kat sini Mayda."Kata Elenor sinis.

Mayda kemudian cepat-cepat turun lalu bergerak ke arah mereka berdua.Dia memberi mereka separuh wang yang dia terima dari Elenor lalu dia bertanya sesuatu kepada mereka.Apabila selesai,dia meminta Ayl bergerak ke restoran Cholye.Ayl kemudian menurunkan mereka di restoran Cholye lalu dia menunggu mereka di tempat yang disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience