Dia sudah memasang tekad untuk menjadi seperti Mytrice.Walaupun terlihat muda,namun Mytrice rajin berusaha.Malah Mytrice dan Sally tidak pernah tamak.Apa sahaja makanan yang dibeli oleh mereka akan diberi kepadanya walaupun dia baru mengenal mereka.Ada satu kata-kata Mytrice yang membuat dia terpana.Dia masih ingat sampai sekarang.Waktu itu dia melihat Mytrice sedang mengira wang.
"May..banyak sangat wang hasil jualan hari ni.Kalau jualan tu milik sendiri,dalam masa sebulan sahaja simpanan awak dah banyak."Kata Aleya.
"Wang ni sebenarnya bukan hasil dari jualan.Tapi hasil dari saya kerja dulu.Saya simpan wang ni sebab saya nak beli rumah untuk nenek saya .Wang simpanan saya ni dah kurang sedikit.Tapi saya tak kisah.Sebab saya guna beli barang-barang untuk nenek.Selebihnya saya bayar untuk kos rawatan nenek saya dulu.Sekarang saya hanya dapat tambah sedikit sahaja sebab majikan saya tak beri saya gaji."Kata Mytrice.
Terkejut Aleya bila dia mendengar pengakuan dari Mytrice.Remaja yang lebih muda darinya sudah berfikirkan seperti orang dewasa.Sedangkan dia masih lagi berebut lelaki yang tidak pernah memandang ke arahnya.Dia menjadi malu tiba-tiba.
"May..err..tak baik majikan awak buat macam tu.Awak kerja tapi tak dibayar gaji.Ada juga majikan jahat macam tu."Kata Aleya simpati.
"Saya tak kisah semua tu,yang penting majikan saya beri makan dan tempat tinggal pada nenek saya.Saya ni masih muda,selagi boleh tahan lapar saya tahan.Awak tengok tangan tegap saya ni,dengan tangan ni saya buat kerja.Tapi kak Sally baik.Dia banyak beri saya makanan biarpun saya tak minta.Saya terhutang budi dengan dia."Kata Mytrice tersenyum.
"Hahaha..awak ni May,sempat bergurau lagi."
Hanya itu sahaja kata-kata yang mampu diucapkan oleh Aleya kerana dia sebenarnya terasa dengan kata-kata Mytrice itu.Andai sahaja dia berfikiran seperti Mytrice,ayah dan ibunya mungkin tidak terbunuh seperti itu.Dia tahu ayah dan ibunya pergi ke rumah Evona untuk bercerita tentang perangainya yang kerap menghabiskan wang.Bila mereka sudah tiada,baru dia terasa bagaimana susahnya untuk mencari wang.Andai dia hidup di tempat Mytrice,dia yakin yang dia mungkin akan menjadi gila kerana dia hanya berfikir tentang dirinya sendiri sahaja.Sedangkan Mytrice pula lebih memikirkan bagaimana untuk membantu neneknya.
Dia tersenyum pahit.Wang gaji yang ada di tangannya direnung.Kakinya kemudian melangkah ke kedai menjual makanan yang paling murah di bandar Athenil.Dulu kedai itu tidak pernah dia masuk kerana dia terasa geli mahu membeli di sana.Kini kedai itu yang menjadi tempat untuk dia membeli barang-barang makanan sekarang.Hari ini,majikannya tidak memberi kuih kerana kuih yang dijualnya tadi sudah habis terjual.Tapi majikannya memberi wang lebih kerana terkejut bila dia dapat menjual sehingga habis.Sebab itu dia terpaksa membeli makanan di luar.
Apabila keluar dari sana,dia berjalan ke arah lorong kosong yang jarang dilalui orang.Rumahnya hanya berada di depan sahaja.Kebanyakkan yang tinggal di sana adalah orang yang berpendapatan cukup-cukup makan sahaja.Namun mereka jauh sekali mahu menganggu atau mengemis dengan penghuni lain kerana mereka juga bekerja.
Ketika dia sedang berjalan untuk kembali ke rumahnya,tiba-tiba beberapa lelaki dan perempuan berjalan di sana lalu menolak tubuh Aleya dengan kasar sehingga Aleya terjatuh.Makanan yang ada di tangannya juga jatuh.Mereka kemudian memijak semua makanan yang dibeli oleh Aleya sambil tergelak-gelak.
"Adik kalau berjalan,mata tu lain kali tengok sekeliling.Kalau tak ni lah yang awak dapat."Kata seorang dari mereka.
Makanan Aleya ditendang sehingga bertaburan.Baru sahaja Aleya mahu mengutip makanan yang lain,tangannya pula dipijak dengan kuat membuatkan Aleya terjerit.Jeritannya itu membuat orang yang lalu di sana mulai berpaling.Mereka yang membuli Aleya pula segera lari dari sana.
Donna yang ketika itu sedang bersembunyi, tersenyum sinis.Dia mahu menangkap Aleya sekali.Namun dia diberi amaran awal oleh Belinda agar tidak melakukan hal seperti itu buat sementara waktu kerana gerak-geri mereka sedang diperhatikan.Dia hanya mampu menyuruh kawan-kawannya untuk menakut-nakutkan Aleya.Dia belum berpuas hati kerana rancangannya terganggu.Dia menyumpah dalam hati.Lain kali dia akan fikirkan cara untuk mengenakan Aleya lagi memandangkan Mya masih dijaga dengan ketat sehingga mereka sukar mahu menghampiri.Dia kemudian mengikut kawan-kawannya balik semula ke brothel.
Sementara itu Aleya pula menangis tersedu-sedu.Dia mengutip makanan yang sudah dipijak itu.Terasa sayang jika dibiarkan begitu sahaja kerana wang yang dia gunakan itu adalah wang untuk belanja hari ini.Dia tidak boleh menggunakan wangnya yang lain kerana wang itu untuk dia gunakan di sekolah.
"Hei.. makanan tu dah kotor.Tak perlu kutip.Susah macam mana pun,jangan makan makanan kotor.Nanti awak sakit lagi mahal nak bayar kos perubatan."Kata seorang perempuan.
Dia menarik tangan Aleya untuk berdiri.Aleya pula merenung wajah perempuan itu.Namun dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu sepenuhnya kerana separuh mukanya ditutup dengan kain.Dia kemudian memberi Aleya sebakul makanan dan beberapa keping wang.
"Err...awak.."
Aleya merenung wajah perempuan itu buat kedua kali dengan wajah berkerut.Dia seperti pernah melihat mata perempuan itu.Dia menjadi ragu-ragu.Tapi dia tidak dapat menahan hatinya untuk bertanya.
"Kenapa tengok saya macam tu?wajah saya macam seseorang yang awak kenal ke?."
"Err..ha'a..tapi macam mana awak tahu?."
"Hmmm.. sebelum ni ada orang tanya benda yang sama juga.Tapi saya bukan orang tu.Awak boleh panggil saya Nova.Ambil wang dan makanan ni.Kemudian awak balik rumah.Lain kali jangan jalan kat sini lagi.Bahaya.Ikut jalan kat depan tu.Sana banyak orang lalu."Kata Nova lalu beredar.
Alya pula tidak menunggu lama.Dia berjalan laju sehingga sampai ke rumahnya.Sampai sahaja,dia mengunci pintu rumahnya.Makanan dan wang itu dipandangnya dengan rasa terharu.Ternyata masih ada orang baik yang sudi mahu menolongnya.Suatu hari nanti dia akan membantu orang itu semula.
Evona pula hanya mampu melepaskan keluhan kecil.Simpati dia melihat keadaan Aleya sebentar tadi.Namun dia hanya dapat membantu Aleya sedikit sahaja kerana dia juga menerima nasib yang lebih teruk lagi.Semalam dia ada mendengar Donna mahu memaksa Aleya untuk menjadi pelayan seperti dirinya.Sebab itu dia sengaja membawa Cosmas berjalan di sana.Dia tidak akan membiarkan Donna memperlakukan Aleya seperti apa yang dibuat Donna kepadanya.
Sejak bekerja di brothel dan berjumpa dengan banyak orang,banyak benda yang dia pelajari.Mahu sahaja dia menceritakan hal yang sebenar kepada Aleya.Tetapi siapa yang percaya dengan kata-katanya lagi?Ahli keluarganya sudah tiada.Keluarga yang ada pun tidak mahu mencarinya.Mereka beranggapan yang dia sudah mati lalu mereka mengambil semua wang peninggalan dari ayahnya.
"Nova..Nova..apa yang dah terjadi pada awak?."
Wajah Cosmas berubah panik bila melihat makanan bertaburan di sana sini.Evona pula kelihatan sedang bersandar di tepi bangunan sambil matanya merenung jauh.Cosmas berasa risau bila Evona tiba-tiba hilang dari sisinya ketika mereka memilih baju sebentar tadi.Dia sudah seperti orang gila mencari Evona.
"Err..tadi..ada orang rompak saya Cosmas..semua wang yang awak beri pada saya dah dirompak habis.Saya..saya cuba kejar mereka.Tapi..tapi tak dapat.Mereka..mereka baling saya,guna makanan ni."Kata Evona sambil menangis.
"Nova..dah..jangan menangis lagi.Mari kita beredar cepat dari tempat ni.Fasal wang,awak jangan risau.Nanti saya beri awak wang lagi.Nova,mari saya bawa awak kat rumah tumpangan tu.Risau pula saya tengok keadaan awak.Kalau awak dah tenang,nanti saya bawa awak balik ke brothel semula."
Cosmas kemudian menarik tangan Evona masuk ke sebuah rumah tumpangan.Dia menghantar Evona ke bilik sebelum dia keluar untuk membayar dan meminta pekerja rumah tumpangan itu untuk menghantar makanan di bilik Evona.Baru sahaja dia hendak naik semula ke atas,namanya dipanggil oleh seseorang.Wajahnya berubah bila dia melihat Derick dan ayahnya sedang melihat ke arahnya.Dia terpaksa turun lalu bergerak ke arah mereka berdua.
"Cosmas awak buat apa kat sini?bukan awak sedang belajar dengan Hayla kat kilang di bandar Medion ke?."
"Err..ayah saya..saya.. sebenarnya.."
"Saya suruh dia ambil corak baru kat tempat Xavier tuan."Kata Jack membantu Cosmas.
Dia pun hairan sebenarnya mengapa Cosmas ada di sini.Sedangkan dia menyuruh Cosmas untuk belajar dulu dengan Hayla,memandangkan dia agak sibuk hari ini.Dia tidak dapat mengajar Cosmas kerana dia tidak punya masa.
"Laaa..Jack,saya lupa nak beritahu awak.Cosmas tak pernah pergi lagi kat kilang sini.Awak pula suruh dia datang ke sini berjumpa dengan Xavier.Kasihan budak ni.Hari pertama dia datang bekerja awak dah buli dia.Jack,nanti anak saya ni diculik orang siapa yang nak bertanggungjawab."Soal Derick.
"Err..maaf saya tak tahu tuan."Kata Jack.
"Cosmas ambil wang ni.Awak gunakan untuk makan.Ayah pergi panggil pedati kuda untuk hantar awak balik ke kilang di bandar Medion.Jack awak jaga Cosmas ni.Lain kali awak jangan buli dia lagi."Kata Derick.
Risau pula Derick jika Elenor tahu.Nanti isterinya itu pasti akan marah padanya.Silap dia juga kerana dia tidak pernah memberitahu Jack.Dia benar-benar terlupa tentang itu.Apabila Derick sudah tiada,Cosmas cepat-cepat menuju ke arah pekerja rumah tumpangan itu.Dia menghulurkan wang lalu membisikkan sesuatu kepada pekerja itu.Jack pula hanya memerhati dengan curiga.Apabila Cosmas menghampiri dirinya,dia menarik tangan Cosmas.
"Cosmas..untuk apa awak beri wang tu pada pekerja sini?awak buat apa kat sini?."Tanya Jack.
"Issh ayah ni..saya tidur sini sebentar tadi.Takkan saya tak bayar.Nanti timbul masalah lain pula.Ayah ni banyak tanya betul.Saya bukan guna wang ayah pun.Ayah..ayah tak perlu tanya saya soalan bodoh macam ni.Boleh tak?.Saya ni bakal pemilik kilang tu.Saya ada hak nak berjalan ke mana-mana.Ayah pun dengar sendiri apa kata ayah Derick.Dia tak paksa pun sama ada saya nak kerja ke tak."Balas Cosmas sedikit biadab.
"Cosmas awak jangan.."
"Tu ayah Derick..saya dah nak balik."
Cosmas kemudian berjalan laju menuju ke arah pedati kuda yang dipanggil oleh Derick.Dia kemudian cepat-cepat masuk lalu menyuruh penunggang pedati kuda itu untuk menghantarnya balik ke bandar Medion.Geram pula dia kerana dia diganggu.Mungkin dia perlu menyingkirkan Derick agar dia bebas melakukan apa sahaja yang dia inginkan.Namun dia perlu menunggu sehingga namanya ditukar sebagai pemilik kilang.Kemudian baru dia fikirkan cara untuk menyingkirkan Derick.
Share this novel