Elenor dan Mayda pula berjalan menuju ke restoran itu.Tetapi belum pun mereka berdua melangkah masuk,Elenor berfikir seketika.Dia kemudian merenung tajam ke arah Mayda.Dia tidak mahu Mayda masuk ke dalam bersamanya kerana dia tidak mahu malu.
"Mayda.. tinggalkan saya seorang kat sini.Awak pergi ikut Ayl balik.Saya nak uruskan hal ni sendiri."
"Baik madam."
Mayda berlalu pergi dengan wajah masam.Dia baru sahaja berasa senang hati kerana dia akan makan di restoran terkenal itu.Malangnya Elenor pula tidak mahu membawanya masuk ke dalam.Terasa menyesal pula dia menolong Elenor.
Elenor pula masuk ke dalam lalu mencari-cari kelibat Derick.Dia kemudian duduk apabila dia tidak melihat kelibat Derick.Marah betul dia dengan Mayda yang cuba untuk menipunya.Tetapi memandangkan dia sudah sampai di sana,dia memesan beberapa jenis makanan untuk mengisi perutnya.
Baru beberapa suapan masuk ke mulut,dia terlihat Derick, Edora dan Chole turun dari tingkat atas restoran itu.Dia mencebikkan bibirnya melihat wajah Derick yang tersenyum manis apabila bercerita dengan Edora dan Chole.Sakit pula hati Elenor melihat senyuman manis Derick itu.Dia menyumpah dalam hati.'Lelaki gatal.Dua perempuan tu pun gatal sama.'Bisik Elenor dalam hati.
Selera makannya sudah hilang serta-merta bila dia melihat kelakuan mereka bertiga.Dia segera berdiri lalu dia membayar harga makanan yang dipesannya sebentar tadi.Dia kemudian cuba untuk mengejar mereka.Namun kakinya berhenti melangkah bila dia melihat kelibat Enara yang kelihatan seperti sedang memanggil Derick.
Dia cepat-cepat berjalan laju lalu menarik tangan Enara dengan kasar menuju ke sebuah kerusi yang dikhaskan untuk pengunjung duduk bersantai.Enara yang tidak selesa,menolak tangan Elenor agar tidak memegang tangannya dengan kasar.
"Apa ni Elenor?sakit.. tahu tak.Awak ni dah gila ke?buat apa awak bawa saya ke sini?saya nak jumpa dengan Derick.Bukan dengan awak.Dah lah saya tak suka tengok muka awak.Awak pula sibuk nak tarik tangan saya."Marah Enara.
"Baru tarik macam tu dah kesakitan.Mengada-ada betul.Saya nak bercakap dengan awak.Saya tahu awak tak nak jumpa saya.Saya hanya nak tahu apa alasan awak nak berjumpa dengan suami saya."Kata Elenor curiga.
Dia sebenarnya risau jika Enara memberitahu kepada Derick tentang corak lukisan yang dia berikan kepada Dane dulu.Dia belum memikirkan jawaban untuk diberikan kepada Derick jika rahsianya terbongkar.Geram pula dia dengan Enara yang cuba mahu menganggu rancangannya.Dia tidak boleh membiarkan Enara membocorkan rahsianya kepada Derick.
"Kulit awak tu lain dari kulit saya.Kulit saya ni lembut bukan macam kulit awak yang macam orang kampung.Saya ni tak biasa ditarik kasar macam tu.Faham tak.Suami??..macam tak percaya pula saya yang awak masih anggap Derick tu suami awak.Sedangkan hampir setiap hari awak bagi badan awak dengan Dane secara percuma.Awak langsung tak ada rasa malu ke?Kalau awak masih anggap Derick tu suami awak,tak perlu gatal sangat nak rebut Dane dari saya.Dasar perempuan murahan.Saya nak jumpa Derick bersebab.Awak tak perlu tahu."Tempelak Enara.
"Awak ni melampau betul Enara.Hal saya biar saya uruskan sendiri.Awak tak perlu masuk campur.Muka awak dah lah tak cantik, perangai lagi teruk.Sebab tu Dane pilih saya biarpun saya dah ada suami.Awak tu yang gatal.Terhegeh-hegeh pada orang yang tak sudi.Enara saya ada hak nak tanya.Derick tu masih suami saya.Nanti awak goda Derick lagi.Bukan saya tak tahu perangai awak tu.Gatal sangat."
"Huh..awak bercakap dengan diri sendiri ke?perempuan sundal tak tahu malu.Awak memang sengaja nak cari nahas dengan saya.Awak belum kenal siapa saya."
Enara kemudian bertindak menyerang Elenor sebaik sahaja dia habis bercakap.Tangannya menarik rambut Elenor dengan kuat sehingga Elenor terjerit kesakitan.Pergaduhan mereka itu mendapat perhatian orang ramai yang mulai berkumpul di sana.Kebetulan waktu itu,Derick sedang berjalan di sana.Dia segera datang menghampiri lalu dia cuba untuk meredakan ketegangan antara Enara dan Elenor.
"Hei Derick..awak jangan percaya sangat dengan isteri murahan awak ni.Tolong nasihatkan dia supaya jangan ganggu suami orang.Awak jangan jadi bodoh Derick.Awak tahu tak,isteri awak yang tak cantik ni curang di belakang awak."Teriak Enara.
Elenor cuba untuk menyerang Enara lagi.Tetapi ketika itu juga Sophie datang lalu dia menarik tangan Enara agar masuk ke dalam pedati kuda lalu beredar dari sana.Elenor yang tersedar,pura-pura menangis lalu memeluk Derick.Kebetulan Chole dan Edora yang baru mahu berlalu pergi segera datang sambil melihat dari jauh keadaan Elenor.Chole pula bertindak menyuruh pengawalnya untuk memberitahu kepada orang yang berkumpul di sana agar bersurai dengan segera.
"Chole kenapa awak tak biarkan sahaja orang ramai yang berkumpul tu? bukan selalu mereka dapat melihat perempuan bergaduh."Kata Edora tergelak.
"Saya memang berniat nak biarkan sahaja.Tapi kasihan pula saya dengan Derick tu."Kata Chole.
"Hmmm..pelik saya dengan Derick ni.Dalam banyak-banyak perempuan,tu juga yang dipilihnya.Dah lah tak menarik.Tu masih boleh diterima lagi.Apa yang saya tak suka tu saya banyak dengar cerita dari orang yang perempuan tu tinggalkan suami dia kerana nak kejar Derick.Perangainya tu saya tak berkenaan betul."Kata Edora.
"Entah lah Ed..saya pun susah nak cakap.Mungkin bagi kita Elenor tu macam tu.Tapi di mata Derick,Elenor tu kelihatan sempurna sangat."Kata Chole.
Dia juga tidak berkenaan dengan sikap Elenor.Tetapi dia malas mahu bercakap buruk tentang Elenor dengan orang lain walaupun dia lebih banyak tahu tentang Elenor.Namun dia mengambil keputusan untuk memekakan telinganya.Tetapi jika Elenor berkata buruk di hadapan wajahnya,dia tidak akan teragak-agak untuk mengenakan Elenor kembali.
"Huh..awak tengok isteri dia tu..eh..geli pula saya tengok.Pandai betul dia berlakon di hadapan Derick.Chole saya pergi dulu.Tak sanggup saya nak tengok lakonan perempuan tu."Kata Edora.
Chole pula hanya tersenyum melihat telatah Edora yang berlalu pergi dari sana.Dia juga kembali masuk semula ke dalam restoran kerana sebentar lagi Maer pasti akan datang ke sana untuk makan.Dia tidak mahu Maer melihatnya di sana.Nanti ada sahaja alasan yang Maer gunakan untuk bergaduh dengannya.
Sementara itu,Elenor pula mengesat air matanya.Dia memukul perlahan-lahan bahu Derick.Matanya merenung tajam ke arah Derick.Dia harus mencari alasan supaya Derick mempercayai kata-katanya.Dia tahu yang Derick sudah mendengar kata-kata Enara sebentar tadi.Benci pula dia dengan Enara yang cuba membocorkan rahsianya.
"Sayang..siapa perempuan tadi tu? perempuan simpanan awak ke? tiba-tiba sahaja dia cakap saya macam tu.Sayang tahu tak,malu saya bila perempuan yang saya tak kenal cakap saya macam tu.Mana saya nak letak muka saya ni sayang?.Kalau saya ada buat macam yang dia kata tadi,saya tak kisah.Tapi..tapi..saya tak ada buat semua tu.Sayang..sayang yang suruh perempuan tu cakap macam tu pada saya ke?sayang buat semua ni sebab sayang dah bosan hidup dengan saya ke?"Kata Elenor sedih.
"Sayang awak cakap apa ni?saya tak kenal pun siapa perempuan tu.Dia silap orang agaknya."Kata Derick dengan wajah pucat.
"Tak mungkin..sayang tipu saya ke?."
"Sayang saya tak tipu awak sayang.Sumpah!!..saya tak ada perempuan lain lagi selain awak seorang.Sayang satu-satunya isteri saya.Kenapa sayang cakap macam ni.Saya betul-betul cintakan sayang.Saya tak pernah bosan dengan sayang.Saya takkan buat perkara bodoh macam tu sayang.Sayang tolong percaya dengan kata-kata saya."Kata Derick cuba untuk meyakinkan Elenor.
"Saya malu sayang.. saya nak letak muka mana lagi?sayang tengok sendiri tadi.Ramai orang perhatikan saya lepas perempuan tu tuduh saya macam tu.Chole pun saya sempat lihat dia tersenyum sinis bila dia tengok saya tadi."Kata Elenor meminta simpati.
"Sayang.. biarkan sahaja mereka tu.Tak perlu fikir sangat tentang pandangan orang pada awak.Lagipun saya percaya cakap sayang.Sayang bukan macam perempuan yang dikatakan tadi.Chole?saya tak pernah lagi dengar dia masuk campur urusan orang lain sayang.Awak jangan risau tentang dia.Saya cukup kenal dengan Chole tu."Kata Derick.
Wajah Elenor berubah.Dalam keadaan seperti sekarang pun Derick masih menyebelahi Chole dari dia.Geram pula dia dengan Derick.Agaknya Derick punya hubungan sulit dengan Chole di belakang dia dan Maer fikirnya.
"Sayang memang senang sahaja cakap macam tu.Bukan sayang yang dituduh.Tapi saya.Sayang tak pernah fikir perasaan saya."Marah Elenor.
"Sayang jangan marah-marah lagi.Maafkan saya sayang,sebab saya tak dapat melindungi sayang dari serangan perempuan gila tu.Dah..mari kita pergi berjalan-jalan.Sekarang saya temankan sayang berjalan ke mana sahaja yang sayang nak pergi."Jelas Derick.
Dia sudah mulai pening kepala melayan kerenah Elenor.Jika dia tidak memujuk Elenor,pasti dia pula akan dimarah oleh Elenor.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertengkar dengan Elenor hanya kerana perkara kecil.Elenor yang mendengar penjelasan Derick pula tertawa senang.Dia mahu menghabiskan wang Derick untuk membeli jewelry lagi.
"Yelah..saya tak marah sayang lagi.Sayang hari ni ada jualan penghabisan stok di kedai jewelry.Saya nak pergi ke sana.Dah lama saya tak beli jewelry."Kata Elenor.
"Hmm..saya ikut ke mana sahaja yang awak nak pergi sayang.Tapi tunggu sekejap.Saya suruh Malik sampaikan pesan pada Xavier dulu."
Derick kemudian cepat-cepat berjalan ke arah Malik.Dia bercakap sesuatu lalu dia bergerak ke arah Elenor yang sudah menunggunya.Hari ini dia terpaksa menyuruh Xavier untuk berjumpa dengan pelanggan kerana dia mahu menemani Elenor berjalan-jalan.Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.Entah berapa ribu ril lagi yang akan dihabiskan oleh Elenor kali ini.Namun dia terpaksa juga menuruti kehendak isterinya itu.
Share this novel