18

Romance Series 27241

Assalamualaikum... Julie memberi salam... Sambil jarinya menekan loceng pintu... Diam sebentar... Kepalanya di angkat melihat no pintu... 5665...no dah betul... Alamat pun dah betul...menyesal pula bila dia menolak pelawaan Pak Mail untuk menghantarnya tadi...

Kata Engku Kamal.. Hari ni hari terakhir perawat Engku Mikhail bekerja... Jadi sepatutnya perawat Engku Mikhail masih ada bersama Engku Mikhail... Jam di tangan di jeling... Dah hampir 15 minit lebih dia di depan pintu... Hari dah makin lewat... Lagi beberapa saat dah nak masuk jam 6 petang...


Julie memberi salam lagi... Telinga nya dirapatkan pada daun pintu... Sunyi...
Nafas dihembus kasar... Tombol pintu cuba dipulas... Namun tiada hasil... Telefon di tarik keluar dari saku baju kurungnya...no Sofie didail nya... "Assalamualaikum... Sofie... Saya ada kat depan pintu rumah abang long awak ni... Dah hampir 20 minit kat sini... Tak ada yang bukakan pintu...tak ada orang kot....

Waalaikummussalam.... Tak ada orang...tapi abang tak keluar mana-mana pun... Cuba U masukkan password kunci...

Julie menekan no password yang diberikan oleh Sofie... Dan daun pintu dibuka perlahan... Julie menamatkan perbualannya...

Beg baju dan beg telekung sembahyang nya di bawa masuk ke dalam... Suasana rumah itu tetap sunyi...

Julie memangil nama Engku Mikhail... Namun tiada sahutan... Tapi bunyi benda jatuh mengejutkan Julie... Julie bergegas menginjar bunyi tersebut...

Pintu bilik utama dibuka... Engku Mikhail dilihatnya cuba bangun dari katil... Julie bergegas mendapatkan Engku Mikhail...Mata mereka bertembung... Engku Mikhail melarikan pandangannya dari bertentangan dengan Julie...

"Engku nak apa... Biar saya tolong ambilkan..." Tanya Julie pada Engku Mikhail...

"Aku nak air... Dahaga..." Jawab Engku Mikhail kasar...


Julie mencapai gelas yang sudah berisi air lalu disuanya pada Engku Mikhail... Air diminum rakus...Betul-betul dahaga ni ngomel Julie dalam hati bila melihat perlakuan Engku Mikhail... Mata nya melilau sekeliling... Mencari kelibat Kak Ida... Perawat Engku Mikhail...

"Dia dah pergi... Aku dah suruh dia pergi...." Suara garau Engku Mikhail mengejutkan Julie...

"Siapa...? Tanya Julie sambil mengarukan kepalanya... Siapa yang kena pergi ni... Si kepala batu ni cakap pasal siapa ni...bicara Julie dalam hatinya..

" Aku tengok mata kau melilau... Kau cari siapa..." Soal Engku Mikhail semula...

" Eerrr... Saya cari Kak Ida.." Jawab Julie bingung sambil memandang Engku Mikhail...

"Aku pun cakap pasal si Ida tu laa... Aku dah suruh dia pergi petang tadi lagi..." Terang Engku Mikhail...

Buku yang terjatuh tadi di ambilnya... Errrkk... Doremon.. Biar betul... Takkan la si kepala batu hati simen ni baca komik Doremon... Tangannya membelek helaian komik tersebut... Matanya juga mengikut melihat watak-watak yang ada dalam komik itu.. Dan... Buku itu dirampas laju...terkoyak sedikit...

Wajahnya di angkat... Melihat Engku Mikhail memandangnya tajam... Julie mengelengkan kepalanya...

"Lain kali mintak... Jangan main sambar... Kan dah koyak... Bak sini saya cantumkan..." Bebel Julie dengan perlakuan Engku Mikhail...

"Tak payah... Tinggi suara Engku Mikhail sambil meletakkan komik tersebut di bawah bantalnya...

Julie hanya memandang...

" Engku nak makan apa-apa tak saya boleh masakkan..." Tanya Julie..

" Kalau aku nak makan aku bagitahu..." Jawab Engku Mikhail... Selimut di tarik tanda dia tidak mahu diganggu...


Margrib telah masuk waktu... Selesai menunaikan salam 3 rakaat Julie bergegas ke dapur... Di lihatnya Amir sedang membancuh air di dapur... Amir adalah anak bongsu pak cik Mail... Driver Engku Kamal dan Engku Maria.... Amir yang menjadi pembantu kepada perawat Engku Mikhail... Amir juga sepertinya tinggal bersama Engku Mikhail di kondo ini...
Tugas Amir lebih kepada menjaga Engku Mikhail bila Engku Mikhail hendak mandi atau ke tandas...


"Amir buat air untuk siapa..." Sapa Julie dari belakang...


"Eh.. Kak Jue ni terkejut Amir... Buatkan air untuk Amir laaa... Untuk siapa lagi..." Jawab Amir sambil tersengih...


Amir dah solat... Tanya Julie lagi...


Belum... Jawab Amir... Kejap lagi sambungnya...


"Engku Mikhail dah solat..." Soal Julie sambil memandang Amir...


Amir terdiam... Sambil memandang Julie dia menjawab... "Tak berani Amir nak suruh Abang Mika solat... Takut nanti melenting tak pasal-pasal Amir yang kena marah... " Bukan dia tak mahu... Tapi dia takut... Angin Engku Mikhail bukan boleh jangka...


"Ooo... Kalau kita cuba tanya boleh tak.." Tanya Julie


"Entah la kak... Abang Mika dengan perawat sebelum ni pun garang..." Amir menjawab sambil mengingati peristiwa Kak Mira perawat pertama Mikhail yang di lempar gelas oleh Mikhail pada hari ke5 bekerja... Atas sebab apa pun Amir tak pasti... Yang dia tahu kak Mira dah menangis keluar dari bilik Engku Mikhail... Tak berani dia bertanya... Dan Engku Mikhail pun tidak pernah bercerita panjang...


"Kita nak makan apa malam ni... Tanya Julie pada Amir...

" Amir semua boleh telan kak... Tolak batu dengan kayu jerr... Jawap Amir sambil ketawa...Julie ikut ketawa... Patut laa badan besar... Makan tak menolak rupanya... Bisik hati Julie...

" Tapi Abang Mika akak kena tanya dulu... Nanti tak kena dengan seleranya..." Tak makan la jawab nya... Sambung Amir lagi... Julie menangguk kepalanya berkali-kali...


"Ok... Akak tanya dia dulu laaa... Nanti kalau selera dia tak sama dengan kita... Akak masak asing untuk kita... Jelas Julie lagi.... ialah... Takkan nak ikut selera dia sorang jerr... Ngomel Julie sendiri...

" Daun pintu diketuk dan dengan perlahan di tolak... Salam diberi... Julie melangkah memasuki bilik Engku Mikhail...
Engku Mikhail sedang berada di atas sofa rehat..

" Engku nak makan apa untuk malam ni... Saya akan masakkan... Tanya, Julie sejurus berdepan dengan Mikhail...

" Engkau orang berdua makan apa... Soal Engku Mikhail semula...


"Julie memandang Engku Mikhail sejenak... Nak buat nasi goreng tomyam dan telur dadar sahaja... Jawab Julie


" Aku pun makan apa yang kau masak saja lah... Esok-esok baru aku pikir nak makan apa... Jawab Engku Mikhail selamba....


Julie berlalu keluar setelah meminta izin dari Engku Mikhail... Hanya ekor mata Engku Mikhail yang mengikuti langkah kaki Julie...


Setelah selesai semuanya... Julie menasuki bilik yang disediakan untuk nya... Punggung di labuhkan di atas tilam... Dan matanya memerhati di sekitar... Luas bilik ni... Warna biru kelabu menjadi latar utama ruang bilik tersebut... Di hiasi dengar langsir warna putih bunga merah...tandas juga tersedia di dalam bilik tersebut... Simple yang sempurna bagi Julie... Dia tersenyum sendiri dengan kemudahan yang tersedia...


Jam telah menunjukkan pukul 11 malam... Julie melangkah memasuki bilik Engku Mikhail... Sudah menjadi tugasnya untuk menjenguk majikannya sebelum tidur...


Sebotol air mineral dan sebiji gelas diletakkan di atas meja sudut di tepi katil Engku Mikhail... Selimut di tarik ke atas menutupi dada majikannya... Remote aircond diambil dan suhu diselaraskan bagi memberi keselesaan pada lena Engku Mikhail... Lampu utama dipadamkan...Julie melangkah keluar dan pintu di tarik perlahan...


Engku Mikhail tersenyum nipis... Selamat malam... Semoga hari esok lebih Indah buat kita...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience