19

Romance Series 27241

Segalanya berjalan lancar bagi Julie... Baran Engku Mikhail baginya bukan masalah... Lebih kepada perangai mengada-ngada...Amir dah jadi pasangan bergosip nya.... Setiap kali Engku Mikhail cari pasal dengan nya... Julie akan mula bergosip dengan Amir... Kadang-kadang dengan Mak Hawa...

Dan sekarang sudah ada pakar fisioterapi yang akan datang memberi rawatan dan latihan untuk pemulihan pinggang dan kaki Engku Mikhail... Awalnya Engku Mikhail menolak untuk menjalani rawatan tersebut... Semuanya sebab Engku Kamal yang carikan pakar tersebut... Tapi setelah Engku Maria memujuk dan menasihati baru lah Engku Mikhail bersetuju...

Setiap hujung minggu Julie boleh balik ke rumah sewanya dan di kesempatan itu lah dia akan berkunjung melawat bonda dan adik-adiknya... Janjinya pada bonda akan dia tunaikan jika berkesempatan...


Pada setiap malam minggu keluarga Engku Mikhail akan datang untuk bersama-sama Engku Mikhail...Engku Mikhail juga semakin terbuka untuk menerima tamu.. Kecuali Engku Kamal...memikirkan tentang itu membuatkan hati Julie rawan...

"Ni akak dah mula membawang ni... Abang Mika cari pasal lagi ke..." Tegur Amir bila Julie mula membobel pasal Engku Mikhail...senyumnya lebar..
"Pagi tadi akak dah tanya nak makan apa untuk petang... Dia cakap taknak... Ni sekarang cakap nak makan bubur jagung... Terpaksa akak turun pergi kedai cari jagung..." Bebel Julie...

"Nak bermanja dengan akak la tu..." Seloroh Amir sambil ketawa...Julie buat muka bila Amir cakap begitu... Makin besar ketawa Amir hingga terdengar oleh Engku Mikhail...

"Kak Jue... Amir ada benda nak cakap dengan Kak Jue... Amir dapat offer sambung study kat universiti..." Amir diam seketika untuk melihat reaksi Julie...

"Alhamdulillah... Tahniah... Bila Amir kena pergi..." Tanya Julie dengan rasa gembira... Ya... Dia sungguh-sungguh gembira...


"Tapi... Amir belum bagitahu Abang Mika lagi..." Perlahan saja suara Amir...


"Kenapa tak bagitahu Engku Mikhail..." Soal Julie lagi...


"Amir tak sampai hati la Kak Jue..." satu keluhan dia keluarkan


"Kenapa pulak...Amir kan harapan keluarga Amir... Untuk balas jasa mak dengan ayah Amir... Amir kena sambung study tuu...Akak bangga sangat kalau Amir sambung study...." Mata Julie bersinar-sinar seakan menyemangati Amir...


"Kak Jue boleh tolong Amir bagitahu Abang Mika tak..." pinta Amir sambil buat muka simpati...


Terus Julie ketawa besar... Geli hati dia tengok telatah Amir...Julie nekad... Julie akan menyokong keputusan Amir untuk melanjutkan pengajiannya...sinar matanya mengambarkan rasa bangganya buat Amir...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience