24

Romance Series 27241

Tiga hari berlalu... Keadaan bagaikan tiada perubahan... Tiga hari juga Engku Mikhail di rundum gelisah... Tiada satu pun cerita perihal Julie sampai kepadanya...

Untuk bertanya pada Sophie dia dah tak sanggup... Teruk dia dimarahi Sophie... Semua gara-gara hasratnya untuk berkahwin dengan Julie...

"Along jangan cari pasal dengan Jue... Adik sayang Jue... Adik tak sanggup tengok Jue terluka... Apa alasan Along nak kawin dengan Jue..." Bertalu-talu Sophie menyerang Engku Mikhail...

"Nak kawin pun kena ada alasan ke..." Jawab Engku Mikhail acuh tak acuh..

Makin berang Sophie dengan telatah abangnya....

"Kalau Along buat kerja gila... Along akan tengok adik buat kerja gila juga... Last warning... Don't U dare..." Sophie terus berlalu dengan hati membara...

Entah pada siapa dia ingin bertanya... Setiap panggilan dan pesanannya sepi tanpa balasan....
Hendak ke rumah Julie dia tidak tahu alamatnya... Kakinya juga belum betul-betul sembuh lagi...

Hanya bisa memujuk hatinya agar tenang dari gundah...

Dan akhirnya Engku Mikhail terlena tanpa sengaja... Mungkin kerana penat... Mungkin juga kerana rindu...

Bunyi orang bercakap mengejutkan lena Engku Mikhail... "Siapa yang datang... Mungkin Julie sudah pulang..." Bisik hatinya girang...

Matanya dibuka... Dan dia bangun dari tidur untuk duduk dengan lebih selesa...
Matanya memandang sekeliling... Engku Maria... Engku Haqkim dan Mak Hawa sedang memandangnya... Dan ketawa mereka pecah bila melihat muka Engku Mikhail yang bagai tak sudah...

"Mika ni dah kenapa... Muka macam orang mati bini..." Soal Engku Maria di ikuti gelak ketawa dari yang lain...

"Entah... Baru kena tinggal sekejap... Dah macam cicak berak kapur..." Sambung Engku Haqkim lagi...
Mak Hawa pun sama ketawakan dia bagai tak ingat dunia...

Sebijik bantal di lempar pada Engku Haqkim tanda memprotes... Tapi tindakkannya makin mengundang tawa mereka semua... Mukanya masam mencuka...
" Dah... Dah.. Haq jangan diusik Mika lagi..." Mak Hawa cuba meredakan suasana...

"Mika bangun... Pergi mandi... Ni dah berapa lama tak mandi ni... Rumah pun bersepah..." Bebel Mak Hawa sambil melihat sekeliling bagai dilanda ribut...

"Dah 2 hari Mak Hawa..." Jawab Engku Mikhail selamba... Betul... Dah dua hari dia tak mandi... Hanya ambik wuduk dan basahkan sebahagian tubuh sahaja... Makan pun order dari food grab sahaja...
Sedap ke tak sedap dia telan saja...

"Dah sasau anak sulong mommy ni..." Engku Maria berkata sambil tersenyum penuh makna..

Engku Mikhail mencapai tongkatnya dan melangkah ke arah bilik tidurnya....
Hatinya sedikit berbunga dengan kehadiran keluarganya...

Cermin di pandang... Dia sedikit kurus selepas kemalangan itu... Mukanya didekatkan pada cermin... Terpandang akan parut goresan pada pelipis kirinya... Parut itu diusapnya... Teringat kali terakhir bicaranya bersama Julie ...Rindu...

Selepas selesai makan... Mereka sekeluarga borak-borak kosong... Dan..
Engku Maria bersuara menceritakan perihal Julie yang bagaikan hilang dari radar... " Julie sekarang ada kat hospital... Dah tiga hari kat sana..." Ujar Engku Maria...

Debaran terasa di dada Engku Mikhail bagai nak pecah... Ringan mulutnya bertanya... "Kenapa mommy.." soalnya sambil memandang Engku Maria berselang seli dengan Mak Hawa...

"Ummi Zaharah masuk hospital... Demam dan jatuh dalam tandas... Julie yang tolong jaga puan Zaharah...." sambung Engku Maria lagi...

"Ooo..."Jawab Engku Mikhail pendek...

"Aik.... Takkan laa ooo jerr... Lain-lain ayat takde ke..." Soal Engku Haqkim sambil mengherotkan mulutnya...

Semua memandang Engku Haqkim... Tapi secara automatic semua beralih pandang pada Engku Mikhail...

Merah mukanya sampai ke telinga... "Ada adik bukan boleh tolong cover... Tolong expose lagi ada laa..." Bisik Engku Mikhail geram dalam hatinya...
"Habis tu nak cakap apa..." Soal Engku Mikhail bersahaja..sambil terus menonton berita di television...

Semua mengeluh dan diam membisu...
Berita di television menjadi santapan mata tapi hati melayang entah dimana...

Keluarganya telah lama pulang... Mak Hawa nak tolong tengokkan dia... Tapi Engku Mikhail bersikap keras mengatakan yang dia baik-baik saja walau sendirian ...

Engku Mikhail berkalih di pembaringannya... Lelangi siling kamarnya direnung...kebas dan ngilu kakinya mula terasa... Selama Julie tiada Engku Mikhail telah membatalkan sesi rawatan susulan dengan pakar fasiologinya...Ikutkan hatinya dia tak nak jumpa sesiapa pun...ubat dicapai dan ditelannya...dan dia mula terlena...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience