13

Romance Series 27241

Sofie dan Engku Haqkim terpaksa pulang ke rumah untuk memberitahu mommy dan daddy mereka tentang keadaan Engku Mikhail...

Julie tinggal untuk menemani Engku Mikhail... Setelah melewati waktu kritis... Engku Mikhail telah di pindahkan ke bilik VIP... Doktor Hisham telah memaklumkan kepada kenalannya Doktor Laili untuk memantau keadaan Engku Mikhail...

Atas arahan Doktor Laili.. Engku Mikhail telah ditempatkan di bilik VIP hospital mereka...

Keadaan masih sama selepas 5 jam keluar dari bilik pembedahan... Sekarang dah jam 10 pagi...Julie sendiri dah mula rasa penat dan mengantuk...

Bilik yang luas dengan fasiliti yang lengkap memudahkan Julie untuk membersihkan diri dan berehat sementara menunggu kedatangan Engku Haqkim datang menggantikannya...

Rasa sejuk dari penghawa dingin makin membuatkan mata Julie bagai di sihir...Matanya makin terpejam rapat... Dan Julie melayang dalam mimpi yang singgah di tidurnya...

Bunyi suara bertingkah dengan esakkan mengejutkan Julie yang sedang tidur... Julie melihat Engku Mona... Tan Sri Idrus dan Engku Haqkim berdiri mengelilingi katil Engku Mikhail...

Julie bangun dari sofa lalu membetulkan kedudukan tudung bawal yang dipakainya...

" Tidur laa... U nampak penat..." Tiba-tiba satu suara menegurnya... Julie memandang ke sisi kirinya... Endykha sedang memandang dirinya sambil tersenyum...

"Eeerrr... Saya mintak diri ke toilet kejap Tuan Dyka.." Tergagap-gagap Julie meminta izin sambil berlalu menuju ke tandas yang tersedia dalam bilik itu...

Selesai membasuh muka bagi mengembalikan kesegaran... Julie memandang wajahnya di dalam cermin... Malu menerpa dirinya... Sudah berapa lama Endykha duduk memerhatikan nya yang sedang nyenyak tidur...

Julie melangkah keluar dari bilik air dan menuju ke arah katil Engku Mikhail...

Julie tersenyum memandang Engku Mona dan suaminya Tan Sri Idrus... Tangan dihulurkan kepada Engku Mona untuk bersalam... Engku Mona menyambut huluran tangan Julie sambil memandangnya sekilas... Seketika kemudian Doktor Hisham dan Doktor Laili datang menyertai kumpulan tersebut..

Julie hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja dalam bilik itu... Engku Mona dan suaminya telah beriringan keluar bersama Doktor Hisham dan Doktor Laili...

Julie tenggelam dalam lamunan... dalam dia melayani otaknya yang entah ke mana.. Pandangannya jatuh tiba-tiba pada Endykha... Ternyata Endykha juga sedang memandangnya sambil tersenyum... Satu kenyitan mata di hadiahkan kepada nya... Julie kaget...Fushh.. Nasib baik tak ada yang melihat perlakuan Endykha...Engku Haqkim sibuk membalas masej dari Sofie yang bertanya keadaan Engku Mikhail... Julie bersyukur dalam hati... Setelah kejadian Endykha meluahkan perasaannya pada Julie... Julie merasa makin tidak selesa berhadapan dengan Endykha... Julie merasa Endykha makin berani menunjukan perasaan terhadapnya... Julie melarikan pandangannya ke arah Engku Mikhail..

Wajah Engku Mikhail ditatap...wajah yang masih di penuhi luka dan calar ringan di tatapnya... Badan yang diselirati wayar-wayar dari mesin yang membantu proses penstabilan Engku Mikhail dipandang sayu... Satu keluhan dilepaskan oleh Julie...

"Jue... U penat ni... Jom I hantarkan U pulang dulu..." Engku Haqkim perlahan menegur Julie... Keluhan Julie jelas kedengaran di telinganya...

"Tak apa Engku... Saya boleh pulang sendiri... Kalau Engku hantar saya balik siapa yang nak tolong tengok kan Engku Mikhail..." Julie menolak hasrat Engku Haqkim untuk menghantarnya... Dia boleh pulang sendiri... Engku Mikhail lebih membuntuhkan peneman berbanding dirinya...

"I boleh tinggalkan Along kejap... Nurse pun ada lagi... I boleh mintak dia orang tolong tengokkan Along...kesian dengan U... Dari semalam ada kat sini.." Balas Engku Haqkim...

"Aku tolong hantarkan Julie pulang..." Tiba-tiba Endykha menyampuk menawarkan dirinya untuk menghantar Julie pulang..." Engkau boleh temankan Mikha..." Sambung Endykha sambil bangun menuju ke arah Julie...

"Jom... I hantar Jue pulang hari ni..." beg sandang Julie di ambilnya...sambil tangannya menggapai kearah Julie... Memberi arahan untuk Julie mengikutnya...

Dengan ragu-ragu dan terpaksa Julie membontoti Endykha...

Namun sempat Julie meninggalkan pesan kepada Engku Haqkim untuk memberitahunya jika memerlukan pertolongan darinya...

Engku Haqkim memandang Endykha dengan dahi yang berkerut...Tak pernah lagi dia melihat Endykha mengambil berat mana-mana perempuan yang berdampingan dengannya...Pandangannya mengikut langkah kaki pasangan tersebut...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience