12

Romance Series 27241

Suasana kelam kabut di luar perkarangan hospital...

Engku Haqkim... Sofie dan Julie masih mundar mandir di luar bilik pembedahan...Tiada sesiapa pun di situ selain mereka..

Setiap detik bagai begitu lama... Sofie sudah lesu...Air mata nya bagaikan sudah kering... Kepenatan tergambar jelas di wajahnya...

Engku Haqkim cuba untuk nampak kuat... Walaupun dia juga rapuh...

Julie... Tiada perasan yang boleh digambarkan... Rasa bersalah dengan kelancangan nya pada Engku Mikhail mengheret dia ke sini... Hatinya tidak putus-putus berdoa pada sang pencipta agar Engku Mikhail baik-baik saja...

Julie teringat bagaimana selepas keadaan tegang yang terjadi selepas majlis tadi... Pak Engku terkena serangan jantung... Doktor Hisham memberi rawatan untuk Pak Engku dan ubat penenang buat Mak Engku...

Julie dan Mak Hawa menyambung tugasan mereka di dapur...

Bila Engku Haqkim Dan Sofie mengkhabarkan yang Engku Mikhail terlibat dalam kemalangan jalan raya... Mereka bergegas ke hospital...

"Jue... U dahaga tak... I nak pergi cafeteria ni... Nak belikan sesuatu untuk kita minum dan makan... Nanti tak pasal-pasal kita bertiga check in katil sebelah-sebelah nanti..." Gurau Engku Haqkim sambil tersenyum lesu..

Julie membalas gurauan Engku Haqkim dengan senyuman yang sama seperti Engku Haqkim...

"Biar saya yang pergi... Engku Haqkim still sini... Kot-kot ada perkembangan dari doktor kat dalam tu.." Saran Julie pada Engku Haqkim... "Nak saya belikan apa untuk Engku..." Soal Julie sambil membetulkan tudung kepala nya...

" Apa-apa pun boleh Jue... I jenis tong sampah... And untuk Sofie... I rasa U know her better ..." Jawab Engku Haqkim...

Engku Haqkim sentiasa tenang dan seorang yang suka menghiburkan hati orang sekeliling.... Sifat yang ada padanya Julie lihat diwarisi dari Engku Kamal...

Engku Haqkim tenggelam dalam sunyi hening kawasan bilik bedah ini... Tiada sebarang bunyi... Tenang yang tidak memberi ketenangan kepada sesiapa pun... Doanya semoga di permudahkan segala urusan abang long nya...

Julie mengatur langkah menuju cafeteria... Otoknya ligat memikirkan keadaan Engku Mikhail...

Perasaan menyesal di atas apa yang terjadi seperti menyalahkan dirinya sendiri... Setiap kata-kata yang di ucapkan pada Engku Mikhail seperti menghukum setiap hirupan nafasnya...

" Ya.. Allah... Engkau lindungilah dia... Engkau permudahkan segala urusan dia... Engkau ampuni lah akan dosa-dosanya...Engkau ampunilah juga dosa-dosa ku ya Allah... Ampunilah setiap lisanku ya Allah..." dalam setiap detik...doa ini tidak pernah Julie tinggalkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience