...Jam di dinding menunjukkan pukul 3.15 pagi.Suasana sepi dan sejuk.Bonda makin gelisah.Bayangan Haikal masih nampak..
Semenjak pulang dari England pe'el Haikal makin menjadi2... Sangka Ummi Haikal seperti dulu...menurut segala kata2nya.tapi semuanya meleset.
Bunyi kereta berdecit mengembalikan Ummi Zaharah dari khayalannya..lantas dia bangun untuk membuka pintu kepada anaknya.Tapi langkahnya mati apabila telinganya menangkap bunyi yang meremangkan bulu tengkuk nya.
Ummi Zaharah perlahan menghampiri tingkap dan mengintai dari balik langsir...kepalang terkejutnya dia apabila melihat anaknya sedang bercumbuan penuh ghairah dengan seorang gadis yang hanya memakai top dan berseluar jean pendek dan sendat.
Hati tuanya beristifar panjang ..hampir dia terjelepok ke lantai...
Seketila bunyi enjin kereta meraung meninggalkan kediaman nya...lantas pintu utama dibuka... Haikal melangkah masuk dengan terhuyung hayang.. langsung tidak menyedari kewujudan Ummi Zaharah.
Haikal terus melangkah mendaki tangga menuju ke biliknya sambil berdendang kecik...sesekali dia berbicara...entah apa yang diomelnya Ummi Zaharah tidak memahaminya...seketika bunyi pintu dihempas kuat.
Ummi Zaharah berjalan perlahan menuju ke biliknya....air mata mulai berlinang..tidak dia sangka perubahan Haikal.
Pertengkaran antara dia dan Haikal pagi tadi terlintas dibenak nya..
"Sampai hati Ummi buat Haikal macam ni...Ummi tak kesian dengan Haikal...Haikal tak pernah ingkar dengan setiap suruhan Ummi...Sehabis baik Haikal turuti kehendak Ummi...tapi sanggup Ummi hancur kan hati Haikal..."amarah Haikal tak tertanggung...
"Haikal dah agak bila Ummi desak Haikal untuk sambung study kat luar... Haikal tolak desakkan Ummi... dan Ummi gunakan Jue untuk pujuk Haikal....Ummi cakap habis study Ummi izinkan Haikal pilih jalan hidup Haikal...tapi Ummi bohong dengan Haikal..."makin deras ngongogan Haikal...
"Apa yang akan terjadi nanti semuanya salah Ummi...."ugut Haikal pada Ummi Zaharah...
Mengucap panjang Ummi Zaharah bila kata2 Haikal terlintas di benaknya..
Air matanya membasahi kedua belah pipinya...Hendak menghalang apa yang sudah tertulis sudah pasti dia tak mampu..
Ingatan kembali pada 5 tahun sebelum nya....
Ketawa galak dari kedua remaja itu di perhati penuh ralit...satu dengusan keluar darinya mewakili rasa hati yang tidak gembira..
Haikal dan Julie masing2 dalam dunia mereka sendiri...selalu bersama walau usia berbeza... Haikal lah yang akan menjadi tutor yang akan mengajar Julie dalam mana2 pelajaran yang tidak dia fahami.
Ingin di tegah tapi Ummi Zaharah tahu apa kesudahannya...persahabatan yang terjalin bertahun lamanya tidak mampu Ummi Zaharah patahkan... Julie yang pada ketika itu berumur 5 bulan dititip padanya selepas kedua orang tuanya meninggal dunia... Julie menjadi kesayangan pada semua.. lebih2 lagi Haikal...yang ketika itu berumur 5 tahun..
Julie adalah peneman dan penghibur Haikal...sayangnya dia pada Julie makin hari makin meluap seiring usia yang menginjak dewasa..tidak lagi sayang budak berhingus tapi sayang seorang remaja pada lawan jenisnya..
Haikal sudah berulang kali menyuarakan rasa hatinya pada Ummi Zaharah...tapi setiap kali itu juga Ummi Zaharah akan memberi alasan...
Umur masih muda...belum habis belajar...belum ada kerjaya...itu semua alasan yang akan Ummi Zaharah utarakan.. sehingga Haikal hafal semuanya...tapi itu semua alasan semata wayangnya...
Dia perlu mengatur cara untuk memisahkan keduanya..cara yang tidak mengaitkan dirinya...
"Jue.... Ummi nak jumpa petang nanti...datang pejabat Ummi ya..."pesan Ummi Zaharah pada Julie.
"Baik Ummi... petang nanti Jue datang..."sambil tersenyum lebar Julie menjawab.
Petangnya di bilik Ummi Zaharah..Julie sedang duduk berdepan dengan Ummi Zaharah... Julie tidak habis fikir meneka sebab Ummi Zaharah ingin bertemu dengannya..
"Jue...Ummi ada satu permintaan buat Jue..." Ummi Zaharah membuka bicara..sambil memandang tepat wajah Julie..." Ummi harap Jue tak hampakan Ummi... sambung Ummi Zaharah lagi..
seketika Ummi Zaharah diam sambil membaca bahasa tubuh Julie.
"Ummi nak Jue buat apa.." soal Julie setelah melihat Ummi Zaharah seakan berat untuk melanjutkan bicaranya.
"Ummi nak Jue pujuk Abang Haikal untuk sambung study dekat oversea. Abang Haikal ada potensi untuk berjaya...sayang kalau dia tolak peluang ni..."Ummi Zaharah menyuarakan hasratnya.
"Abang Haikal pernah bagitau Jue dia nak sambung study kat sini sahaja Ummi..Abang Haikal cakap dekat Malaysia ni pun ada university yang bertaraf antarabangsa...."jawab Julie seperti yang diberitahu oleh Haikal padanya...
Huushh...!! Ummi Zaharah merengus... matanya makin tajam menatap Julie..
"Abang Haikal masih mentah... masih bodoh
tidak tahu memilih apa yang terbaik untuk diri sendiri lagi..."Suara Ummi Zaharah sedikit meninggi dan keras.
"Ummi dah bagi peluang untuk dia belajar kat sini sehingga tamat dan sekarang Ummi nak dia sambung dekat luar negara..."marah Ummi Zaharah.
Ummi nak Jue pujuk dia... tekan Ummi Zaharah lagi..
Julie terdiam kerana terkejut...tidak pernah dia melihat Ummi Zaharah seperti ini..
" Ummi tak pernah mintak apa pun dari Jue dari pertama kali Jue di sini sehingga hari ini...Ini pertama kali Ummi mintak pada Jue untuk memujuk Abang Haikal...Pujuk untuk kebaikkan nya...bukan untuk keburukkan nya..."ujar Ummi Zaharah lagi...
Julie terdiam...terasa hawa sekitarnya panas dan mencengkam...hatinya mulai terasa pedih dengan lontaran kata2 Ummi Zaharah...tiada lagi nada yang lembut tapi hanya kedengaran nada yang membentak.
"Dua hari lagi Abang Haikal balik... Ummi nak Jue pujuk Abang Haikal... Ummi tak kesah macam mana cara Jue.. asalkan Abang Haikal setuju dan menurut kata2 Ummi.." Ummi menutup bicaranya dan menyuruh Julie keluar dan balik ke biliknya.
Seperti kehendaknya Haikal setuju untuk mengikuti pengajiannya di luar negara...Kepalang gembiranya dia bila memikirkan rancangan nya berjalan dengan lancar...lancar tanpa persengketaan antara dia dan anaknya...
Tidak pernah sekali pun dia bertanya bagaimana Julie memujuk anaknya itu...
Haikal mengikat dirinya dengan satu janji .. Julie akan jadi pasangan di kemudian hari ... Ummi Zaharah hanya mengiakan....baginya cinta dan perasaan Haikal akan berubah selari dengan umur dan persekitarannya nanti..dan kerana janji itu juga dia terhukum.
Rancangannya semakin berjaya bila 2 tahun berikutnya Julie genap 20 tahun dan Julie sudah mampu untuk menyara diri sendiri...Rumah Bonda bukan lagi menjadi tempat tinggal utama Julie...
Share this novel