Majlis bertemakan warna pearl white dan cream membangkitkan aura klasik tapi mewah...
Para tetamu yang tiba makin ramai.Selain keluarga dan teman rapat dan pekerja mereka... Engku Kamal juga mengundang rakan bisnesnya juga.
Bagi pihak Julie dia serahkan pada Ummi Zaharah untuk memberi undangan.Terpulang pada beliau untuk menjemput siapa pun.
Julie mengintai dari balik tingkap ...Melihat tetamu yang makin ramai Julie mula terasa sebu...peluh dingin mulai keluar.Julie memandang dirinya dalam cermin.Wajahnya yang sudah dirias makin membangkit kecantikannya... tubuh nya dibalut dress pengantin bewarna blue sky dengan lace blue sky yang sedikit dark terletak elok pada badannya menambahkan keayuan Julie.
Sofie yang menjadi penemannya cuba mententetamkannya...
"Don't panic Jue nanti hilang seri".. sakat Sofie sambil merebahkan badannya ke atas katil...
"Tarik nafas dalam2 and hembus slowly..."Sofie memberi saran pada Julie..
Julie mengikuti saranan dari Sofie...dia cuba menghilangkan gegabah dengan menarik nafas panjang dan melepasnya dengan perlahan...
Tiba2 pintu depan dibuka...tersua wajah Engku Mikhail yang masih belum siap berpakaian..
"Along ni...kenapa datang sini..." marah Sofie sambil merengus..
"Main aci masuk jerr..."marah Sofie lagi...
"Bilik isteri Along...suka hati laa.."jawab Engku Mikhail sambil menghadiahkan jelingan pada adiknya ..
"Belum siap.."soal Julie melihat suaminya kelam kabut menyarung tuxedo..
"Geli laaa budak andam tu dok meraba2..."jawab Engku Mikhail dengan rasa tidak puas hati... mengingatkan kelakuan lelaki lembut tadi naik berdiri bulu roma dia...
Julie dan Sofie ketawa mengekek-ngekek memandang telatah Engku Mikhail yang bergetar badannya kerana merinding...
Engku Mikhail terus memandang mereka berdua ... lalu tawa keduanya terus mati....
"Sofie keluar kejap... Along ada hal dengan Kak Jue..."arah Engku Mikhail pada adiknya agar meninggalkan mereka berdua...
"Hal apa lagi ni Along..."soal Sofie masih bermalasan di atas katil yang ada di dalam bilik tersebut..
"Hal suami dengan isteri laaa ... Sofie budak lagi cepat keluar..kan bila Along buat hal cakap Along takde manners pula...buat hal depan Sofie...."arah Engku Mikhail lagi...
Sofie yang mendengar kata2 abangnya terus ketawa...lalu mengangkat kedua tangannya isyarat tanda menyerah...dengan cepat2 dia berlalu keluar dengan sisa ketawa yang masih kedengaran..
Lalu tubuh Julie diraih...satu pelukkan hangat diberikan pada Julie... Julie membalas pelukkan Engku Mikhail...terasa hilang debaran dalam dada Julie dengan pelukkan suaminya.
"Macam mana ok tak.." soal Engku Mikhail sambil membelek tubuh nya dihadapan cermin .
"Ok..ok sangat.."balas Julie dengan senyum meleret..
"Sayang pun cantik.."balas Engku Mikhail sambil menarik Julie agar mendekatinya.
Kini mereka saling mengadap... Tinggi Julie yang di bawah dagu Engku Mikhail memaksanya untuk memdongak bagi memandang suaminya.Hatinya makin berbunga2 bila mendengarkan panggilan baru kepadanya...
Tanpa basa basi Engku Mikhail melayankan satu ciuman ringan pada dahi Julie.
Julie yang terkejut kaku memandang Engku Mikhail.. wajahnya sekali lagi merona merah... Engku Mikhail ketawa besar melihat keadaan Julie... Julie lantas tertunduk malu.
"Jom keluar...nanti bising dia orang kat luar tu ajak Engku Mikhail...
Pintu dibuka... Mereka sama2 mengatur langkah.... Tangan Julie dipautnya .. kedengaran sorakkan dan tepukan dari para tetamu... keduanya melangkah menuju ke arah pelamin yang terhias indah...
Ucapan tahniah dan kata2 doa meniringi keduanya...keduanya tersenyum dan membalas dengan ucapan terima kasih.
Setelah acara menepung tawar berakhir... keduanya mulai bertemu mata dengan para jemputan yang sedang menjamu selera...di iringi juga dengan nyanyian dari band group yang diundang oleh event planner...
"Sayang...tak lapar ke..." bisik Engku Mikhail...
Julie lantas memandang suaminya...
"Abang lapar ke.."soal Julie kembali...
"Lapar juga..tapi Abang sekarang ni betul2 dahaga..."ucap Engku Mikhail..
"Sayang tunggu kejap... Abang nak ambikkan air dan makanan..." Engku Mikhail bersuara..
"Abang tunggu sini...biar Jue ambikkan ..."jawab Julie
"Sayang ambik makanan yang ringan2 jerr...untuk alas perut..."terang Engku Mikhail...
"Boleh tahan ke..."soal Julie kembali
"Abang kuat laaa...Sayang jerr yang tak tahu..."usik Engku Mikhail...
Julie tersenyum sipu...bab menyakat suaminya memandang juara sekarang ni..
"Leceh laa kalau makan sekarang ni...nanti tengah2 sedap kita makan ada tetamu yang datang menyapa...kita layan dulu tetamu...dah selesai majlis kita makan laaa .." jelas Engku Mikhail lagi...
"Ok...kejap... Jue tengok apa yang juadah yang ringan..."balas Julie dan berlalu meninggalkan Engku Mikhail yang berjalan menuju ke arah teman2 rapatnya...
"Tak menyempat ya bro..."sakat Alex disambut derai tawa yang lain.
"Benda baik...yak boleh tunggu lama2..."jawab Engku Mikhail.
"Aku mintak maaf sebab bergurau pasal Jue hari tu..." sambung Shah dengan di iakan semua...
"Mana kita orang tau Jue tu isteri kau....kau pun satu habuk tak bagitau kita orang..."sambung Shah lagi ...
"Aku faham laaa....tak ada nyer nak marah2...sebab dari awal I'm the winner..." sambut Engku Mikhail sambil tersenyum bangga...Ia...dia betul2 bangga dapat isteri sebaik Julie...
"Patut lah ajak lepak selalu tolak... kalau join pun kejap jerr...club memang tak jijak dah rupanya dah kena gari..." selorah Mike lagi...
Dan derai tawa pun pecah... Beberapa pasang mata gadis2 melirik kumpulan pemuda tersebut...
Sedang Julie mengambil makanan...seseorang menghampirinya...jaraknya terlalu dekat membuatkan Julie beralih dua langkah... Julie yang hanya memandang hujung mata melihat lelaki itu tidak berganjak dari laluannya...
"Abang rindukan Jue..." tiba2 satu suara keluar dari sosok di hadapannya...
lantas Julie mendongok melihat lelaki di depannya itu...
"Aa..bang Haikal.."Julie bersuara sedikit terkejut...
Haikal tersenyum memandang Julie... Julie hanya tergaman tak berkutik...
"Tahniah atas pernikahan Jue..." ujar Haikal lagi tapi ada getar pada suaranya...
"Terima kasih Abang...Bila Abang balik... Jue tak tahu pun..."soal Julie matanya menatap wajah Haikal...
"Dah seminggu lebih.." ujar Haikal masih lagi dengan senyuman.
"Ummi tak bagitau Jue pun..."soal Julie kehairanan..
"Ummi lupa kot....maklum lah dah makin muda..."jawab Haikal cuba berselorah.
Julie terus ketawa mendengar kata2 dari Haikal..
"Tak nak kenalkan Abang pada suami Jue ke.." soal Haikal sambil memandang kearah Engku Mikhail...
Engkau Mikhail juga memandang ke arah Haikal pada masa yang sama itu.
Julie lantas mengangguk kan kepalanya lantas mengajak Haikal agar Haikal mengekori lenggang Julie..
Julie melangkah mendekati suaminya yang masih bersama kawan2 nya....rasa segan masih menebal dihatinya..
"Kita orang semua ucapkan selamat pengantin lama...semoga perkahwinan you are berdua kekal dan bahagia hingga hujung nyawa..."ujar Shah diikut aamin dari yang lain...
Masing2 tersenyum senang memandang kedua pasangan itu..
"Abang... Jue nak kenalkan Abang pada seseorang..."cakap Julie separuh berbisik..
Engku Mikhail berpaling mengadap Haikal yang berdiri dibelakangnya.
"Abang... ni Abang Haikal...anak Ummi Zaharah...Abang Haikal sebelum ni kat oversea sambung study..."terang Julie pada Engku Mikhail
"Abang Haikal...ni suami Jue... Engku Mikhail... "sambung Julie memperkenalkan suaminya pada Haikal.
Engku Mikhail menghulurkan tangan untuk berjabatan... Haikal menyambut huluran salam dari Engku Mikhail.
Haikal juga turut bersalaman dengan teman2 Engku Mikhail... masing2 lebat bersembang...betul lah kata orang .. orang lelaki ni mudah berkawan...
Masa makin berganjak ke petang... tetamu mula beransur pulang...hanya kerabat dekat sahaja yang masih ada...
Puan Sri Engku Mona masih rancak bersembang dengan Ummi Zaharah...kelibat Andykha tidak kelihatan...katanya Andykha ke rumah bapa saudara sebelah Daddynya ada urusan kerja kata Tan Sri Idrus.
Engku Mikhail terpandang kelibat auntie Monanya yang sedang rancak berbual dengan Ummi Zaharah...
" Tak sangka Abang.. Auntie Mona rapat dengan Ummi..."Bisik Engku Mikhail pada Julie...setahunya Auntie nya yang sorang tu hanya bergaul dengan golongan yang sekufu dengannya sahaja...
Mendengar kata2 suaminya itu... Julie memandang kearah Ummi Zaharah dan Puan Sri Engku Mona...dia hanya membalas kata2 suaminya dengan senyuman...lalu pandangannya di alih kearah yang lain...
Seketika kemudian Haikal dan Ummi Zaharah datang menemui mereka suami isteri..
" Jue...Abang dan Ummi dah nak balik..."Ujar Haikal sambil bersalaman dengan Engku Mikhail...
" Ummi doakan kamu berdua sentiasa dalam lindungan Allah swt...dunia akhirat.."ujar Ummi Zaharah sambil memeluk Julie... Julie membalas pelukkan Ummi Zaharah dengan erat... air matanya menitis...sebak dalam dadanya tidak tertahan..
" Terima kasih untuk semuanya Ummi... terima kasih sebab sentiasa ada dengan Jue..."Jue sayangkan Ummi dunia akhirat... balas Julie sambil mengesat air matanya..
Ummi Zaharah tersenyum sambil memegang kedua belah pipi Julie..
"Terima kasih Ummi atas segalanya... Terima kasih atas titipan amanah Ummi pada saya..."ucap Engku Mikhail pada Ummi Zaharah...saya janji saya takkan sia2 Julie selagi hayat saya masih ada... sambung Engku Mikhail lagi..
Seketika Engku Kamal dan Engku Maria juga datang berkumpul bersama... Sofie dan juga Engku Haqkim juga datang untuk bertemu mata dengan Ummi Zaharah dan Haikal...
Ummi Zaharah meminta diri untuk pulang...
" Abang...Jue temankan Ummi sampai kereta ya...." Julie meminta izin dari Engku Mikhail... Engku Mikhail memandang Julie dan mengangguk kan kepalanya tanda boleh.
Engku Haqkim memandang ke arah Julie... Haikal dan Ummi Zaharah.... dahinya berkerut seolah2 cuba mengigati sesuatu...
"Ngelamun jerrr..." Omel Sofie terus mecubit lengan Abang Engku Haqkim...
"Tengok apa sampai tak dengar orang panggil..." soal Sofie lagi...
"Sakitt lerrr.." gerutu Engku Haqkim sambil mengosok tempat cubitan adiknya...
"Anak Ummi Zaharah tuu...macam pernah tengok.... tapi Angah lupa kat mana... jelas Engku Haqkim...Otaknya masih cuba mengigati sesuatu...tapi tak dapat...dari jauh Engku Haqkim mengawasi ketiga2 mereka.
Julie menemani Ummi Zaharah dan Haikal ke kereta...setelah Ummi Zaharah memasuki perut kereta... Haikal berjalan menghampiri Julie....
"Terima kasih Abang sudi hadir majlis Jue... "Bicara Julie pada Haikal...dan dihadiahkan juga sebuah senyuman manis.
Haikal tersenyum pahit...dan membalas kata2 Julie..."Abang pun nak ucapkan Thank you....Thank a lot because you broked our promise..."ucap Haikal dengan senyum sinis...
Julie terus berubah air muka bila mendengar kata2 dari Haikal...
"Jue tak pernah berjanji apa2 dengan Abang...dan Jue tak ada niat nak sakitkan hati Abang...sudah takdir hidup kita bukan bersama... Jue mintak maaf kalau Jue bersalah pada Abang..."Julie terus melontarkan kata2...
"Kita dah lebih dari dewasa untuk memahami situasi ini...antara kita dari awal lagi tidak di takdir bersama...." Julie menambah kata2 nya.
"Eyerr .. Abang faham tu...faham sangat2 dengan kata2 Jue..."jawab Haikal masih lagi dengan senyuman mengejek....
"Mungkin Abang bukan seperti suami Jue... and yang pasti mak mertua Jue bukan seperti Ummi..."ucap Haikal lagi.
"Rupanya Jue pun sama macam yang lain... Memandang darjat dan harta..." tuduh Haikal pada Julie...
Haikal begitu terpukul bila melihat keluarga Engku Mikhail begitu menyayangi Julie....tapi tidak seperti Ummi yang luaran nya begitu lembut dan alim tapi masih memandang pangkat dn keturunan...andai Ummi seperti mereka sudah pasti Julie menjadi miliknya..dan kerana itu Haikal begitu berdendam dengan Ummi.. Hatinya betul2 sakit...
Haikal menganggap Ummi Zaharah lah yang merancuni fikiran Julie...bila dia mengetahui asal keturunan keluarga suami Julie... Ummi memang hebat dalam memanipulasi dan memujuk sesuatu seiring keiginan nya....
Share this novel
next chapter plzzz