Betul..Dalam setiap ujian akan menguji kesabaran. Dan dalam setiap kesabaran akan di hadiah kan kedamaian...
Julie bersyukur sangat... Engku Maria sudah semakin menerima kehadiran Julie... Walau pun ada kala Engku Maria akan memberontak... Julie sungguh amat kasian kan Engku Maria...
Dari apa yang dia dengar dari Mak Hawa...Apa yang terjadi pada Engku Maria adalah kerana kesilapan yang Engku Kamal pernah lakukan...
Dan kerana peristiwa itu telah mengakibatkan Engku Maria kecelakaan jalan Raya.. Dan pepecahan dalam keluarga..
Dan... Kerana cerita itu lah... Julie memasang tekad untuk terus berada di samping Engku Maria... Kerana dia amat mengerti rasa sakit yang wanita itu lalui.. Rasa sakit bila terasa diri hanya sendiri... Rasa sakit yang tidak mampu kita rasai sendiri.. Kerana itu dia bertahan..
Julie sudah siap membersihkan sisa makanan pagi Engku Maria... Nasi lemak sambal sotong permintaan dari Engku Maria untuk makan pagi..
"Jue..." panggil Engku Maria perlahan... Sambil mengempal kedua tangan nya..
Julie berpaling mengadap Engku Maria.. "Mak Engku nak apa2 lagi.." Tanya Julie sambil mengambil tisu basah untuk membersihkan mulut dan tangan Engku Maria.
" Mak Engku nak mintak tolong dengan Jue boleh.." Tanya Engku Maria perlahan..
" Mak Engku nak Jue tolong apa.." soal Julie sambil meramas tangan milik Engku Maria..
" Mak Engku nak Jue ambil telekong solat... Dah lama Mak Engku tak solat.." Jawab Engku Maria dalam getar... Ya.. Dia tahu... Dia alpa dengan segala rahmat yang tuhan berikan buat nya hanya kerana satu ujian yang Allah swt turunkan kepada nya...Dia tahu apa yang dia minta itu ibarat membuka pekong di dada sendiri...Engku Maria percaya Julie akan membantu nya...Gadis ini...tidak pernah menolak akan permintaan nya... Walau pun permintaan nya itu sedikit melampau.
Seraya memeluk Engku Maria..Julie menanggukkan kepala nya.. "InsyaAllah boleh Mak Engku.." Jawab Julie perlahan dan penuh rasa syukur..
Rutin jadual Julie sudah mula berubah.. Boleh di katakan hampir setiap 5 waktu dia akan menemani Engku Maria solat... Dan kadang-kadang Sofie serta Mak Hawa akan bersama-sama mereka.. Namun Engku Maria masih lagi mengelak untuk berbicara tentang suami nya Engku Kamal. Dan dalam setiap solat penghuni rumah agam itu mendoakan agar setiap penghuni kembali bahagia seperti dulu..
"Menung jauh Mak Engku..." Tegur Julie bila melihat Engku Maria dalam keadaan statik sehingga tidak menyedari kehadirannya.
Terkejut dengan teguran Julie ... Engku Maria membalas dengan senyuman Sambil memandang wajah Julie... Wajah yang bagaikan tiada masalah.. Membuatkan orang yang memandangnya terasa tenang..
Dan.. "Jue.. Jue pernah rasa separti bebanan yang berat dalam dada.. Terasa bagai nak pecah...Jiwa terasa bagai kosong... Hati yang terasa sentiasa resah dan hiba...
Sambil menarik nafas dan merangka jawapan yang tidak mengguris hati wanita di hadapan nya ini...
"Pernah... Jue pernah rasa apa yang Mak Engku rasa... Mungkin berbeza tapi bagi Jue tetap sama.."
Senyap sedetik... "Rasa bagai tiada sesiapa di samping kita... Rasa seperti takdir mengkhianati kita... Dan rasa maruah dan perasaan kita di pijak-pijak..Jue rasai semua tu.." Julie diam sejenak untuk mengawal emosi nya.. Dia tahu... Berdepan dengan wanita yang rapuh... Dia tidak seharusnya turut rapuh..." Syukur dalam Jue terumbang ambing Ummi sentiasa bersama Jue... "sambung Julie... Ummi.. Wanita yang membesarkan nya di Terantak Kasih... Wanita yang menjadi ispirasi Julie... Wanita yang menjadi dahan tempat dia bergantung...
" Mak Engku nak tahu macam mana Jue bangkit.." soal Julie... Engku Maria mengangguk...
" Ummi mintak Jue maaf kan semua rasa sakit yang menyakitkan hati Jue sendiri... Maksud nya Jue kena maaf kan diri Jue sendiri dulu... Maaf kan diri Jue yang membenci diri sendiri... Maaf kan hati Jue yang sentiasa memberontak pada diri Jue sendiri... Maaf kan perasaan Jue yang sentiasa berperang sendiri... Dan yang paling penting Jue harus berdamai dan berkasih dengan takdir Jue..."
"Setiap kita ada buat salah Mak Engku... Antara kita sedar atau tidak... Dan Allah swt sentiasa memberi kita peluang untuk kembali kepada Nya... Dan peluang yang diberikan jangan di sia-siakan Mak Engku..."sambung Julie...
" Jue rasa tuhan masih sayang kan Mak Engku.. Atas semua yang Mak Engku laku kan... Soal Mak Engku tulus..
" Sungguh Allah swt sayang kan Mak Engku... Mak Engku di berikan peluang kedua untuk meneruskan hidup Mak Engku... Mak Engku juga di kelilingi oleh orang-orang amat menyanyangi dan mengambil berat tentang Mak Engku.." ujar Julie... "Dan Jue rasa Mak Engku lagi beruntung dari Jue... Jue tak punya keluarga yang perhatian dengan Jue..."Jawab Jue dalam sebak...
" Kalau Jue cakap Mak Engku jangan marah dan jangan salah faham ya... Jue tidak menyebelahi mana-mana pihak... Jue cakap untuk kebahagian Mak Engku sekeluarga... " Tutur Julie menahan resah... Bimbang jika kata-kata nanti akan membuatkan Engku Maria marah..
" Cakap la Jue... Mak Engku takkan marahkan Jue.. Mak Engku yang minta pendapat Jue... "Jawab Engku Maria dalam pasrah...
" Jue harap Mak Engku maafkan Pak Engku... Jue yakin Pak Engku betul - betul menyesal dengan apa yang telah terjadi... Hampir setiap malam Pak Engku sedekahkan bacaan Yassin buat Mak Engku.. "Cerita
Julie kepada Mak Engku...
Mendengar kata-kata Julie... Engku Maria hanya tunduk merenung lantai..
Share this novel