Selepas makan malam tadi....Mak Hawa berpesan agar Julie ke biliknya...
Pintu bilik Mak Hawa diketuk perlahan...
Mak Hawa bangun dan membuka pintu biliknya....Seraut wajah Julie tersembul dari balik pintu...
"Mak Hawa tak sehat ke..."soal Julie sambil memegang lengan tua Mak Hawa...Fikirnya Mak Hawa tidak sehat nipa Mak Hawa meminta Julie untuk berjumpa dengan nya tadi...
"Mak Hawa sehat... Alhamdullillah badan pun cergas lagi ni... "selorah Mak Hawa sambil manaikkan ibu jari tangannya... Julie ketawa besar sambil merebahkan kepalanya pada bahu Mak Hawa...
"Kaki Jue macam mana dah ok ke" soal Mak Hawa sambil memandang Julie...
Julie tersenyum lalu menjawab "Dah ok Mak Hawa...."
"Mika kat mana..?soal Mak Hawa lagi
"Abang kat ruang tamu...dengan yang lain...jawab Julie lalu melabuhkan punggungnya di atas katil Mak Hawa...
"Jue...Mika layan Jue macam mana Mak Hawa menatap wajah Julie..
Julie tergaman apabila Mak Hawa bertanyakan tentang suaminya..."Abang layan Jue baik...tak pernah Abang berkasar dengan Jue..kenapa Mak Hawa tanya macam tu..."soal Julie dengan perasaan ingin tahu...
Mak Hawa melepaskan keluhan berat...
Jue.... "Mak Hawa sayangkan Jue sama macam mak Hawa sayangkan Mika....kamu berdua ni dah macam anak Mak Hawa... kalau kamu berdua ada buat salah Mak Hawa akan tegur kamu ... agar kamu berdua akan perbaiki kesalahan kamu...."jelas Mak Hawa panjang lebar...
Julie terasa degup jantung bagai ingin meletup ...entah mengapa Julie dapat rasakan apa yang bermain di fikiran wanita tua itu...
"Jue.... Mak Hawa mintak maaf banyak2 kalau apa yang Mak Hawa buat ni buat Jue tersinggung dan marah...."ujar Mak Hawa lembut...sambil dia maraih kaki kanan Julie yang terluka tadi...
Julie terkejut dengan perlakuan Mak Hawa....lagi mencekam hatinya dengan kata2 Mak Hawa....
Keluh resah Julie dapat Mak Hawa baca....
"Jue takkan marahkan Mak Hawa....takkan pernah... "ujar Julie sambil mengusap lembut tangan tua Mak Hawa..
"Mika dan Jue tak pernah lagi bersamakan..."soal Mak Hawa terus menatap tajam anak mata Julie...
Julie tersentap dengan soalan dari Mak Hawa... hatinya berdebar hebat...otaknya mula menyusun alasan pada Mak Hawa..
"Jue....Mak Hawa ni dah makan garam dulu dari Jue....sekilas Mak Hawa tengok Jue.... Mak Hawa dah boleh baca masalah Jue...."jelas Mak Hawa.
Julie lantas memeluk Mak Hawa..... "Mak Hawa jangan bagitau sape2 ya.... Jue mintak sangat dengan Mak Hawa agar rahsiakan perkara ni... Jue tak sanggup tengok keluarga ni sedih....pasal hal ni inshallah Jue akan cuba selesai kan..."mohon Julie dengan suara yang sebak....tubir matanya sudah bergenang dengan mutiara jernih...
"Apa perkara ni atas persetujuan Mika dan Jue sebelum berkahwin lagi... "teka Mak Hawa lagi...
Julie hanya mengangguk mengiakan tekaan Mak Hawa ...
Mak Hawa beristifar panjang...sambil melepaskan keluhan berat.... Mak Hawa membelai rambut Julie...
"Perbuatan kamu berdua ni telah mencemarkan ikatan perkahwinan yang suci.... Allah murka dengan kamu berdua...Kamu berdua dah besar panjang...tahu membezakan dosa dan pahala.... "Mak Hawa meluahkan rasa kecewanya pada Julie....
"Jue mintak maaf sangat2...Tak pernah terniat dalam hati Jue untuk jadi macam ni..."rayu Julie sambil menangis...
" Mak Hawa nak Julie betul2 jujur dengan kali ni.... "Mak Hawa berhenti sejenak dan meneruskan kata2 nya..."Jue tak sayangkan Mika "soal Mak Hawa lagi...
Julie terdiam seketika... lalu menjawab "Jue mintak maaf.... Jue sendiri tidak pasti dengan perasaan Jue....tapi yang Jue tahu Jue hormatkan Abang sebagai suami Jue...Jue taat dengan setiap kata2 Abang.." jelas Julie lagi....
"Jue kena tahu Jue sekarang ni isteri Mikhail bukan lagi orang gaji..."terang Mak Hawa....dia dapat rasakan yang Julie keliru dengan perasaannya...
"Mika pun satu...terpelajar tapi bertindak tak guna otak..."Mak Hawa melepaskan rasa marah dan geramnya pada Engku Mikhail...
Julie yang masih terisak2 hanya diam mendengar bebelan Mak Hawa...akalnya sudah sarat memikirkan jalan penyelesaian ...
"Mak Hawa terpaksa masuk campur dalam urusan rumah tangga kamu berdua... Mak Hawa akan cuba cari jalan..." ujar Mak Hawa lagi.... perlahan tangannya menyapu air mata Julie...."Dah sekarang Jue keluar dulu....nanti apa kata Mika berlama2 di bilik Mak Hawa...."arah Mak Hawa pada Julie.
Julie bangun sambil mengelap mukanya yg bermandikan air mata dengan hujung lengan baju kurungnya...
Salam di ucapkan pada Mak Hawa... Julie lalu keluar dari bilik Mak Hawa...
di sekitar ruang tamu sudah sunyi... Julie memandang ke arah jam dinding...jarum pendek menunjukkan no 11 dan jarum panjangnya menunjukkan no 8...patut laaa sunyi dah nak masuk tengah malam rupanya....tidak di sangka dekat2 2 jam Julie berada di bilik Mak Hawa..
Julie menolak pintu bilik tidur suaminya...salam di beri sambil menjenguk kan kepalanya ke dalam bilik ... kelihatan Engku Mikhail masih manatap telephone miliknya di atas katilnya.... Engku Mikhail memandang kearah pintu seraya menjawab salam dari Julie...
Julie melangkah masuk....di pandangan sekeliling....hatinya berkata2 di mana dia perlu tidur....
Lantai bilik bermakmar bikin sejuk hingga ke tulang hitam...tiada toto atau selimut tambahan dalam almari suaminya...hanya ada satu kerusi bersama meja tulis... omel Julie dalam hati...
Engku Mikhail yang memandang perlakuan Julie yang seperti kucing hilang anak....
" Awak cari apa Jue "..soal Engku Mikhail sambil turut melilau seolah2 mencari sesuatu...
" Uummm...saya cari tempat untuk tidur..."ujar Julie
" Dah2 tak payah pikir2 lagi....awak tidur jerr atas katil ni.... kat dalam bilik ni tak ada toto lebih....ada kat bilik sebelah Mak Hawa...."ujar Engku Mikhail sambil menepuk tilam di sebelah nya...
Julie memandang suaminya dengan seribu kekeliruan...
"Awak ni... sekarang kita kat rumah Daddy... kalau tido asing2 nanti satu rumah kecoh...pecah rahsia kita..."jelas Engku Mikhail lagi....
Julie diam membisu.... Langkahnya longlai menuju ke katil...hanya hatinya yang berbicara....perlukah Engku Mikhail tahu yang Mak Hawa sudah tahu rahsia rumah tangga mereka...dia berlabuh di atas katil.
Engku Mikhail menatap wajah Julie...perasan dia yang Julie baru lepas menangis....Lantas tangan Julie di raupnya...
"Awak menangis ... kenapa...kaki masih sakit ke..."soal Engku Mikhail .
Julie yang terperanjat dengan perilaku Engku Mikhail tersentak... Julie memandang tangannya yang di pegang oleh Engku Mikhail....matanya lantas mencari raup wajah suaminya...cuba mencari sedikit kekuatan untuk meluahkan segala rasa dalam hati...
"Let's talk..."ujar Engku Mikhail...sambil mengalihkan posisinya mengadap Julie..."Kita bincang and we try to solve it together... boleh..."lembut suara Engku Mikhail cuba menenangkan Julie... Julie mengangguk kepalanya bersetuju dengan Engku Mikhail...
Tapi seketika Engku Mikhail sendiri bingung... bingung dari mana dia perlu mulakan...sambil mengepal kedua belah tapak tangannya dia cuba menyusun ayat...
"Jue sebenarnya saya sendiri bingung...kita nak bincang tapi saya sendiri tak tahu nak mula dari mana ...." ujarnya sambil menatap wajah Julie...raut wajahnya juga sugul....
" Jue mulakan dulu.." suruh Engku Mikhail....sambil menatap mata hening isterinya...
Kini giliran Julie pula yang kacau akalnya... hatinya sempat mengomel... masing2 buntu tapi ada hati nak berbincang... mereka saling bertatapan...
Wajah kedua2 nya tanpak bodoh...
Last2 keduanya ketawa kan diri masing2.. hilang resah dijiwa dan gagap dihati....setelah tawanya reda Engku Mikhail mula membuka bicara..
"Daddy dengan Mommy nak buat majlis untuk kita...Saya ikutkan saja....maaf tak sempat nak bincang dengan Jue...Nanti kalau bagi alasan bising pula Daddy....saya yang akan kena marah...awak tak... Daddy kan sayang awak...."cerita Engku Mikhail pada Julie sambil tersenyum...
Julie yang mendengar kata2 Engku Mikhail hanya tersenyum.....
"Kita tak pernah ketawa macam ni kan...."soal Julie menyimpang dari topik asal Engku Mikhail...
Engku Mikhail terkisma dengan kata pembuka dari Julie...segala yang selama ini berlaku bagai layar filem dalam benaknya..dan dengan perlahan Engku Mikhail mengangguk kan kepalanya...jelas tercalik duka pada wajahnya....
"Jue.....saya mintak maaf kalau selama ini Jue terluka dengan sikap saya.... saya mengaku saya khilaf dalam perkahwinan kita...."tangan Jue diraihnya... wajahnya terus menunduk....
Julie yang serba salah dengan tingkah Engku Mikhail terus meletakan telapak tangannya pada tangan Engku Mikhail yang masih lagi mengengam tangan miliknya...
"Bukan salah awak seorang....kita berdua sama2 bersalah....kita bersalah dari awal mula hubungan kita..."pujuk Julie...
"Kita bodoh dalam merancang permainan yang kita sendiri buat..tanpa kita sedar hubungan kita ni akan meremukkan banyak hati....dan hati tu milik orang2 yang sayangkan kita...sepatutnya kita fikir semua tu sebelum kita terikat ...."luah Julie lagi...
Engku Mikhail yang mendengar luahan kata2 Julie makin gelisah.... bimbang jika Julie mintak untuk menamatkan ikatan perkahwinan mereka.... hatinya tidak putus berdoa....moga perkahwinan mereka terus kekal....dan dia berani berjanji yang dia akan membahagiakan isterinya sampai bila2....
"Sekarang satu hati sudah terluka...Mak Hawa dah tahu pasal kita berdua...." Julie memberitahu Engku Mikhail...
"Aa..apa.... Mak Hawa dah tahu....macam mana mak Hawa boleh tahu....awak ada cakap dengan Mak Hawa ke...."soal Engku Mikhail bertalu2..tak sanggup dia nak memandang wajah Mak Hawa nanti....dan tak sanggup dia bayangkan wajah2 kecewa yang lain....
" Saya tak ada cakap apa2 pun... rahsia rumah tangga kita.... biar kita saja yang tahu....tapi Mak Hawa orang lama...dia dah dapat cium hubungan kita..."balas Julie sambi tersenyum sumbing...
Suasana kembali hening sesaat...
"Jue rasa apa patut kita buat..."Engku Mikhail bersuara memecah kebisuan...
"Entah....saya pun tak tahu...kalau awak...apa yang awak rasa kita patut buat... "Julie menjawab persoalan dengan persoalan....
Engku Mikhail merenung wajah Julie... akalnya mula mengatur idea.... tiba2 dia tersenyum....tapi senyuman itu di sembunyikan dari pandangan Julie...
" Kalau kita tetap terusan awak setuju..."soal Engku Mikhail pada Julie...
Julie terkejut lalu memandang Engku Mikhail....itu bukan solution tapi tu perangkap maut... bisik hati Julie.... tiba2 Julie di rasuk amarah....
" Itu bukan solution Tuan Engku Mikhail... apa yang awak cakapkan tu ibarat kita berdua nak terjun lombong..."Marah Julie tidak terbendung lagi ....
Engku Mikhail yang sedikit terkejut dengan sikap Julie terus ketawa besar....
Mendengar Engku Mikhail mentertawakan nya.... Julie terus hendak bangun dari katil...
Dengan cepat Engku Mikhail menyambar tangan Julie.. bagi menahannya dari bagun...
"Awak ni.... sebelum ni relax jerr.... kenapa malam ni cepat sangat sentap ni..."sakat Engku Mikhail lagi ....
"Eyer laaa... kita nak bincang cari jalan cuba selesai kan masalah ni.... tapi awak...hiisshhh..." Julie mula merengus dan sifat rajuknya yang dulu2 datang balik...
"Tak tahu pula saya kalau awak ni pandai marah ..pandai merajuk...."ucap Engku Mikhail tangannya masih memegang tangan Julie...
"Kita teruskan hubungan ni....tapi kita make it serious...macam mana....."soal Engku Mikhail sambil menatap anak mata Julie....
Julie yang terkejut dengan kata2 Engku Mikhail terus melawan tatapan Engku Mikhail....cuba dia mencari maksud Engku Mikhail....
"Maksud awak macam mana....tak faham saya ni...."soal Julie dengan wajah keliru...
" Ook...sebelum saya jawab soalan Jue.... boleh saya tanya satu soalan pada Jue...tapi Jue kena jawab dengan jujur....hanya kejujuran yang dapat selesaikan masalah kita ni... "jelas Engku Mikhail...
Julie yang masih bingung makin bingung dengan Engku Mikhail...
"Baik... kalau itu boleh selesaikan masalah kita....saya akan jujur dengan setiap pertanyaan awak.... "Julie akhirnya akur dengan Engku Mikhail...
"Apa anggap awak pada saya di awal2 pernikahan kita".. soal Engku Mikhail...
Julie memandang Engku Mikhail...lalu menjawab.." saya anggap awak sebagai majikan saya ...." lalu Julie melarikan pandangannya kearah lain....
"Apa pula anggapan awak pada diri awak sendiri...."soal Engku Mikhail lagi...
Julie terdiam seketika.... seolah2 dia mencari kejujuran dalam perasaannya....
"Saya anggap diri saya sebagai pekerja awak.....tapi...dalam masa yang sama saya anggap diri saya sebagai isteri seorang Engku Mikhail...." jawab Julie dalam getar...
Engku Mikhail makin tersenyum lebar.... hatinya bagaikan bersenandung riang....
"Dan soalan terakhir dari saya...apa perasaan Jue pada saya sekarang.... masih kah awak anggap saya sebagai majikan awak...."tanya Engku Mikhail sambil meraih kembali kedua tangan Julie....
"Awak harus jujur Jue..."perlahan Engku Mikhail berkata pada Julie....
Julie makin gelisah...genggaman jari jemari Engku Mikhail pada jarinya membuatnya makin berdebar.....agak lama Julie terdiam... bimbang jika jawapannya nanti akan memalukan dirinya sendiri...
"Saya anggap awak sebagai suami saya bukan lagi majikan saya....maaf kalau awak tidak suka pada jawapan saya...." ada getar halus pada bibir Julie saat meluahkan kata2 nya....
Engku Mikhail hanya tersenyum lebar ... genggaman jari jemarinya makin erat mengengam jari Julie....
" Dan sekarang saya juga akan jujur dengan perasaan saya pada awak Jue...." Engku Mikhail mebuka suara...tapi nada suaranya begitu senang....
"Dari awal perkahwinan kita....saya tak pernah anggap Jue sebagai pembantu rumah saya.... Tapi saya anggap Jue adalah isteri saya....dan saya adalah suami kepada Juliana Aqira.... sampai sekarang anggapan itu tidak pernah berubah..." luah Engku Mikhail....terasa segala bebanan dalam hatinya hilang....
"Maksud awak..." Julie cuba mencari kejujuran dalam tiap kalimat yang di ucapkan oleh Engku Mikhail...
Aiiihhhh.....slow lerrr pula....tingkah hati kecik Engku Mikhail....
"Maksudnya saya dah jatuh hati pada awak sebelum kita kawin lagi....kali pertama pertemuan kita dalam bilik mommy sebelum kecelakaan saya...time tu lah awak dah curi hati saya ...." bersungguh Engku Mikhail mengarang cerita pada Julie....
"Tapi kenapa awak tak pernah cakap apa2 pada saya..." soal Julie yang masih ragu.....
"Sebab saya tak pasti dengan perasaan awak pada saya Jue...awak tak pernah tunjuk yang awak sayang saya....sikap bersahaja awak buat saya takut untuk meluahkan segala rasa hati saya...." ulas Engku Mikhail pada Julie....kendur ego seorang lelaki bernama Engku Mikhail ..
"Awak cakap awak kawin dengan saya sebab saya pilihan Ummi lagi laaa saya hilang keyakinan diri ...." sambung Engku Mikhail sambil ketawa....
" Dah awak yang cakap awak anggap saya sebagai pembantu rumah awak masa saya tanya alasan awak nak kahwin dengan saya..." bakas Julie tidak mahu kalah...
"Saya mengaku saya salah sebab saya takut dengan perasaan sendiri dan simpan rasa hati ni..." balas Engku Mikhail.
" Saya pun mintak maaf dengan awak sebab tak pernah buka peluang untuk awak luahkan perasaan awak..."jawab Julie senang....
"Ummm.....kalau lah saya tahu kalau balik rumah ni kita baik macam ni....dari awal2 kahwin kita stay kat sini....tak ada lah masing2 jadi macam labu labi... mungkin lagi 4 bulan lebih dah dapat baby..." jenaka Engku Mikhail membuatkan bulu roma Julie meremang....
"Mulai detik ni...Abang janji akan cintai Jue sepenuh hati Abang....dan Abang nak Jue sayangkan Abang selayaknya diri Abang sebagai suami Jue.... boleh...."soal Engku Mikhail pada Julie....
"Pasti...Jue akan sayang dan cintakan Abang selagi hayat Jue masih ada...dan hanya tuhan yang boleh pisahkan kita..."balas Julie sambil memegang pipi Engku Mikhail....
Sesungguhnya segala beban gelora yang sebelum ini merantai hati masing2 terurai kini....dan untuk detik ini...malam mencemburui mereka...
Paginya keduanya terlewat bangun... masing2 terburu mandi dan solat bersama... Julie yang selesai melipat sejadah menghampiri suaminya berada di kerusi bacaannya...
"Saya keluar dulu ya....nak ke dapur...tolong Mak Hawa... "Julie bersuara meminta izin dari Engku Mikhail...
" 5 minit...." jawab Engku Mikhail terus memeluk pinggang isterinya....dan berdiri berhadapan dengan Julie.... tangannya masih melingkar pada pinggang Julie....ubun2 Julie dikucup manja...
Julie yang masih lagi agak kekok mulai ketawa kecik... ketawa Julie menghentikan perlakuan Engku Mikhail....dengan muka yang pelik Engku Mikhail memandang Julie...
"Jue ketawa kenapa...".soal Engku Mikhail ..
"Tak ada apa laaa... cuma sedikit kekok...tak tau nk buat apa saya ketawa lahh..."jawab Julie terus terang....
" Ishhh ada juga macam tu..."jawab Engku Mikhail sambil mengelengkan kepalanya... bingung sendiri memikirkan peel isteri kesayangannya ni....
"Ok laa saya ketawa kalau saya menangis macam mana...." sakat Julie...
Menyedari Julie sedang mempermainkannya ..Engku Mikhail terus mencium sekilas bibir mungil Julie.... Julie terdiam kerana terkejut juga malu....
"Kalau awak menangis saya cium awak sampai awak diam....macam sekarang ni...." jawap Engku Mikhail sambil kembali mendekatkan wajahnya pada wajah Julie....
tangan Engku Mikhail kembali mengemas kan pautan pada pinggan Julie.... bibirnya mula memagut bibir Julie....dengan tanpa arahan tangan Julie turut memeluk tengkuk suaminya....
Setelah keduanya memasuki ruang dapur...Mak Hawa dan Sofie sedang sibuk menyediakan sarapan..
"Lewat bangun..." tegur Sofie dengan senyuman penuh makna..
Engku Mikhail dan Julie masing2 terdiam....tiada alasan untuk di berikan pada Sofie.... mereka mengabaikan pertanyaan Sofie....tapi wajah keduanya tetap merona merah..
Mak Hawa yang memerhati hanya tersenyum....lalu mengisyaratkan agar Sofie tidak menganggu keduanya....
"Nak air..." soal Julie sambil memandang wajah Engku Mikhail....
"Boleh juga..." balas Engku Mikhail tersenyum lebar...
Julie lantas bangun untuk membancuh seteko kopi.... Sofie terus bangun mengekori Julie ke bahagian dapur basah.
Seketika kedengaran ketawa Sofie yang sedang menyakat Julie...
Engku Mikhail bangun mendekati Mak Hawa....
" Mika mintak maaf sebab buat Mak Hawa bersedih....kami tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa pun...kami sedar kami salah...." Engku Mikhail berterus terang dengan Mak Hawa..
"Hati Mak Hawa kamu berdua tak perlu fikirkan....tapi hati Daddy dan Mommy kamu yang harus kamu fikirkan...." jawab Mak Hawa.... "Mak Hawa tahu kamu dah besar panjang....dan tahu hukum hakam..." sambung Mak Hawa lagi...
" Ya Mika tahu .... Julie juga tahu...tapi kami berjanji untuk selesaikan masalah ni...dan terima kasih sebab Mak Hawa rahsiakan perkara ini...Mika harap Mak Hawa doakan kami berdua sentiasa bahagia..." Luah Engku Mikhail tersenyum sayu.
Share this novel
best...next chapter plsssss